Wednesday, 4 June 2025

Kenduri Kahwin di ‘Loq Staq’ dan ‘Kokdiang’

Cerita hujung minggu lalu.

Saya dan Encik Suami ke Kedah bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan. Ini merupakan pengalaman pertama kami menghadiri kenduri kahwin di negeri Kedah.


Hari Sabtu | Loq Staq
Lokasi kenduri di sebuah masjid di Alor Setar (loghat tempatan sebut Loq Staq). Kami sampai awal sekitar pukul 12 lebih. Tetamu belum ramai, dapatlah saya mencuba pelbagai hidangan dengan tenang. Bangun beberapa kali untuk ambil makanan berbeza 😁

Sedap sungguh kuetiau goreng kerang dan cucur udang ni. Semuanya masih panas. Setiap makanan yang diambil kami kongsi berdua, kecuali makanan utama (nasi).

Ambil juga ABC dan kek karamel pelangi. Pun sedap! Ada pelbagai jenis makanan lain yang saya tak cuba, cukuplah ambil makanan yang betul-betul digemari je.

Berlaku kisah yang memalukan. Perhatikan - foto pertama tu ada peket tisu dan foto kedua peket tisu dah tiada. Kisahnya, kami makan di meja bersama tiga sekeluarga. Saya nampak peket tisu berada di tengah meja, jadi saya sangkakan itu tisu yang disediakan untuk tetamu. Saya pun ambil tisu tersebut sehelai dua.

Selepas mereka beredar, barulah saya sedar peket tisu tersebut kepunyaan mereka. Bila nak guna, eh…mana tisu tadi? Saya pandang meja lain, mana ada peket tisu atas meja. Ya Allah, rasa malu sangat 🀣. Logiknya, tak ada atau jarang sekali tisu disediakan di setiap meja tetamu biasa. Entah apa yang saya fikir masa tu. Harapnya tuan punya tisu tadi tak marah dan halalkan helaian tisu yang saya ‘curi’.


Hari Ahad | Kokdiang
Lokasi kenduri kahwin di sebuah rumah dalam suasana kampung di Kodiang (loghat tempatan sebut Kokdiang). Tak jauh dari lokasi Tapak Geowarisan Gua Kerbau yang kami kunjungi pada bulan Februari lalu.

Kenduri kahwin bertemakan ‘orang kampung’. Tuan rumah, ahli keluarga dan pengantin memakai pakaian yang sesuai dengan tema. Pelamin yang terletak di luar rumah juga dihias dengan kain batik, dulang mengkuang dan lain-lain barang yang sesuai tema. Ringkas tapi sangat menarik. Lagi pula rumah ini terletak bersebelahan dengan hamparan sawah padi yang menghijau, memang sesuai sangatlah!

Kami dapat cenderamata - bunga telur dan bungkusan kotak comel berisi sebotol kecil wangian.







26 comments:

  1. Hahahahah, tak apalah kak. Saya yakin pemilik tisu mengikhlaskan πŸ˜„. Krn toh dipikir memang disediakan oleh pengantin kaan 🀭

    Duuuh sukaaa kalo bisa hadir di acara wedding yg berkonsep ala kampung. Memang dari dulu pun saya LBH suka menikmati segala sesuatu yg nature, atau kampung. Mungkin Krn sehari2 tinggal di kota besar, yg dilihat hanya hutan besi πŸ˜‚. Jadi macam cuci mata kalo melihat yg hijau2 πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga telah diikhlaskan. Cuma rasa malu sungguh πŸ˜…

      Mungkin Fanny memang berjiwa nature. Jadi suka menikmati nature.

      Delete
  2. Tergeliat lidah nak cakap nama tempat ikut loghat mereka. Belum dengaq depa cakap, lagi laju...Bestnya kenduri kahwin di Kedah. Jarang ada kuetiau goreng di majlis kenduri kahwin. Alamak, termalu tak pasal-pasal kerana tisu. hihi..bertabahlah kak Ujie. Bagus betul dorang bawa tisu sendiri. Sepeket besar pulak tu. Menariknya tema orang kampung tu. Tak ada gambarnya pula. Seronok dapat bunga telur. Doorgift comel².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni akak akan lebih berhati-hati, takmo malu lagi πŸ˜‚. Tisu sendiri bawa jugak tapi peket kecik dalam handbag.

      Nak ambik gambar, segan sebab ramai sangat tetamu. Kira sesaklah. Tapi suasana tu memang menarik sangat, sesuai tema.

      Delete
  3. Sy pun begitu jugak selalunya jika ke kenduri, kongsi kuih-muih tapi bukan nasi. Orang tu pun kan, sape suh letak tisu tu atas meja. Bila dah atas meja, kalau sy pun sangka tisu kenduri, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lepas ni dia pun akan berhati-hati tak letak tisu tengah meja πŸ˜‚

      Delete
  4. Alamak, terambil tisu orang daaa πŸ˜‚
    Suka kalau pi kenuri dapat bunga teloq. Klasik!

    ReplyDelete
  5. Macam2 menu ada. Menarik semuanya. Alahai takpela mungkin tuan tisu tu halalkan. Kita bukan tau pun kan. Pi letak atas meja buat apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dia halalkan, kita bukan sengaja ambik tisu dia πŸ˜„

      Delete
  6. Pasti mereka halalkan tisu tu Insyaa Allah. Kami pun suka kemp majlis perkahwinan awal sebab tenang tak ramai orang. Cuma kadang makanan especially dessert belum dihidangkan sepenuhnya hehe. Ya lah awal sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...betul jugak ek. Awal sangat kadang orang belum siap hidang.

      Delete
  7. ehhhhh sama dgn kes sis thisnieza pun terambil tissue org sebelah hehehe

    ReplyDelete
  8. Ops, terambil tisu orang. Saya rasa, mesti tuan punya tisu tak kisah.
    Bestnya, kenduri dia ada kuetiau goreng dan cucuq udang! ABC pun ada, peh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, macam-macam ada. Kena makan nasi last sekali, barulah muat perut nak makan itu ini 🀭

      Delete
  9. Sukanya tema kenduri yg klasik2 camni, sekarang ramai yg buat kan. Bring back tradisi bunga telur as doorgift!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tema klasik gini rasa lebih dekat dengan jiwa.

      Delete
  10. Ada juga disediakan tisu setiap meja. Haraplah orang itu halalkan tisu yang diambil.
    Kedah ini saya suka ada lauk batang pisang itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kita dok fikir tiap meja memang disediakan tisu πŸ˜„

      Kali ni takde lauk batang pisang. Kalau kenduri di Perlis pun biasa ada lauk tu, memang kegemaran saya jugak πŸ˜€

      Delete
  11. lama tk pi kenduri kawin..sedapnya tgk abc tu..nk2 cuaca panas..sejuk tekak

    ReplyDelete
  12. Minggu ni SA plak ada kenduri kahwin juga...majlis sambut menantu anak buah yang nikah hari tu...

    ReplyDelete
  13. jarang kenduri ada kuetiau ni.... kompem sedap ni!

    syukur laa masih ada yg 'ingat' nak beri berkat telur pahar... kalau x asik jajan2 je smpi ke sudah... hehehe

    ReplyDelete
  14. Mai utaqha kena cakap utaqha la hihi..
    Sedara mara sebelah mak semua di kedah dgn perlis.. bila balik kg jenuh nk bgi lidah ni lembut ckp utaqha dengan depan semua hahaha..

    ReplyDelete
  15. Tengah berpeluh-peluh, nampak menu ais kacang. Terus rasa nikmat dunia

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****