Monday, 9 June 2025

Ibadah Korban Bersama Jiran

Catatan hari Ahad, 8 Jun 2025 bersamaan 11 Zulhijjah 1446.


Ibadah korban tahun ini saya dan Encik Suami lakukan bersama jiran-jiran. Ini merupakan kali pertama kami buat korban sejak berpindah ke sini. 

Haiwan korban dibeli terus dari ladang ternakan dan proses penyembelihan dilakukan di rumah sembelihan. Haiwan korban yang dipilih - seekor lembu dengan berat sekitar 301 kg hingga 330 kg. Berat selepas penyembelihan - daging sekitar 100 kg dan tulang/organ dalaman sekitar 35 kg.

Kira-kira pukul 8.15 pagi jiran-jiran mula bergotong-royong mengerjakan daging korban.

Siap potong daging, timbang dan masukkan dalam bekas untuk diagihkan.

Kepala lembu sedang diproses - ambil isi/daging.

Sebahagian daging dan tulang dibuat masak sup. Pukul 2 petang - jamuan makan bihun sup Utara. Sedap sungguh dapat menikmati masakan daging segar. Kebetulan pula masa makan ni suasana mendung selepas hujan, memang sesuai hirup sup panas.


Alhamdulillah urusan ibadah korban berjalan dengan lancar. Semoga ibadah korban yang kami lakukan diterima Allah SWT.


“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur.” - maksud surah al-Kauthar, ayat 2.






40 comments:

  1. Alhamdulillah dapat menunaikan ibadah korban. Sedapnya sup utara dari daging segar. Sedang elok sesuai dengan cuacanya.
    Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Cuaca pun macam beri kerjasama, pagi masa buat kerja tak hujan. Lepas tu baru hujan.

      Delete
  2. Alhamdulillah pemotongan hewan kurban berjalan lancar ya Mbak.
    Terlihat kebersamaan bersama tetangga-tetangga demikian terjalin. Senang ya Mbak kalau hidup berdampingan dengan tetangga secara damai.
    Semoga ibadah kurbannya diterima oleh Allah SWT.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki dapat kejiranan yang baik.

      Delete
  3. Alhamdulillah... Semoga ibadah korbannya diterima Allah... Sedap tu dengan cuaca mcm tu hirup sup panas2...
    Salam AidilAdha buat kak Ujie sekeluarga

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... moga ibadah diterima Allah aminnn

    ReplyDelete
  5. Meriah, seronok kan gotong royong. Kami terlepas tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat ramai-ramai, jadi mudah cepat kerjanya.

      Delete
  6. Alhamdulillah rezeki di kongsi bersama

    ReplyDelete
  7. Pengalaman baru buat korban. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah selesai ibadah korban bersama jiran...sedpanya dapat makan sup tulang fresh...

    ReplyDelete
  9. Semoga ibadah kurbannya diterima Allah.Sup daging bihunnya terlihat menggoda.pasti segar sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..
      Alhamdulillah supnya sedap menyegarkan.

      Delete
  10. Wah bihun sup utara sedapnyaaa. Alhamdulillah dipermudahkan urusan qurban. Puashati dpt korbam sekor lembu terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat pulak pilih lembu ikut anggaran berat. Memang rasa lebih puas hati.

      Delete
  11. Nasib baik ramai yang gotong royong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang tak balik raya di kampung masing-masing 😁

      Delete
  12. Alhamdulillah kak, elok je semua di bungkus dalam bekas gitu mudah nak simpan kak... uih sedap tu sup utara

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah selesai sudah ibadah korbannya...
    Nampak menarik bila daging korban dipek dlm bekas plastic gitu kan...
    Sedapnya hirup bihun sup tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lega semua berjalan lancar.
      Dah masuk bekas plastik gitu, terus nampak macam daging korban premium 😀

      Delete
  14. Daging korban cam ni sure manis rasanya kan. fresh.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah
    Dapat melaksanakan ibadah qurban

    ReplyDelete
  16. banyak2 lauk yg selalu dibuat selepas dpt daging korban adalah sup sbb tu laa lauk yg x renyah nak buat... ;-)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah nampak erat silaturrahim sesama kejiran.. gotong royong memotong dan memasak.. mmg itu aktiviti yg dinantikan setiap tahun 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...memang terasa suasana kehidupan kampung.

      Delete
  18. Suasana seperti ini yg saya sukaaa sangat ketika idul adha. Ramai2 dengan Jiran , lalu masak bersama pula. Suasana saling berbagi nya terasa. Sejak saya pindah ke JKT, ga pernah lagi merasakan kurban yg seperti itu.

    Dulu di Aceh yg dilakukan ramai2 dengan warga komplek perumahan , laku saling bantu memasak. Rindu suasana itu ... Jakarta ini memang terasa individualis nya kehidupan berjiran☺️😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Fanny, memang berbeza suasana hidup di kawasan kampung dan bandar.
      Syukur juga Fanny sempat merasa pengalaman sewaktu di Aceh.

      Delete
  19. Alhamdulillah, dapat melaksanakan ibadah korban dengan jiran tetangga. Tumpang seronok.

    ReplyDelete
  20. Syukur dapat bersama-sama menyempurnakan korban. Moga jadi saham akhirat.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****