⏵ Beri Ikan Puyu, Dapat Buah Durian
Dah hampir setahun Encik Suami bela ikan puyu dalam poly tank - ceritanya DI SINI. Encik Suami tak makan ikan puyu, saja bela suka-suka. Sekarang ikan puyu dah besar dan beranak pinak. Encik Suami berikan hampir semua ikan-ikannya kepada seorang jiran untuk buat makan dan sambung bela. Cuma lima ekor saja ditinggalkan dalam poly tank, nak menyambung bela suka-suka katanya.
Petang semalam, jiran datang pulangkan baldi (bekas mengisi ikan puyu). Bukan baldi kosong, tapi berisi tiga biji buah durian. Baunya semerbak satu rumah!
Alhamdulillah isi buah semuanya elok sedap.
⏵ Makan-makan Bersama Keluarga
Malam tadi kami ke rumah adik ipar (adik Encik Suami) di Kangar. Dah beberapa hari mak mentua berada di Perlis - adik ipar ambil mak dari kampung di Johor.
Makan-makan di Secret Recipe bersama adik ipar sekeluarga dan mak mentua.
⏵ Jojo Si Pemburu
Sudah setahun saya berkawan baik dengan makhluk Allah yang satu ini - Jojo si kucing kampung. Sejak kehadiran Jojo di rumah kami, selalu jugalah saya jumpa haiwan kecil mati - tikus, tupai dan burung. Kadang diletak depan pintu - menjerit terkejut saya pagi-pagi buka pintu ada bangkai haiwan.
Pagi tadi semasa kami sedang bersarapan sebelum Encik Suami pergi kerja, terdengar bunyi riuh di luar. Rupa-rupanya Jojo sedang memburu seekor burung. Riuh bunyi burung yang dikejar dan juga riuh bunyi kawan-kawan burung. Aduhai…kesian burung tu.
Jojo sedang ‘menjaga’ haiwan buruannya sambil mata memerhati kawanan burung di atas bumbung rumah.
Beginilah Jojo pada masa aktifnya, sibuk menghendap dan mengejar haiwan di sekeliling rumah. Baru-baru ni saya nampak Jojo sedang melambung-lambung seekor mengkarung yang masih hidup. Haiwan yang diburu bukan dibuat makan pun, tapi cuma memenuhi naluri pemburu seekor kucing.
—————————————————
Mungkin ramai yang sedang sibuk buat persiapan raya sekarang ni kan? Saya santai saja sebab tak balik kampung. Esok hari Sabtu lepas solat raya, Encik Suami perlu hadir program ibadah korban pihak syarikat di sebuah masjid. Ada aktiviti memasak dan lepas tu makan, mungkin tengah hari baru selesai. Waktu petang barulah kami akan ke rumah adik ipar.
Hari Ahad pula kami dan jiran terdekat akan bersama-sama buat ibadah korban. Juga ada makan-makan pada waktu tengah hari. Nampaknya hari raya haji kami kali ini lebih terisi berbanding tahun lepas.
Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua sahabat blog 😊. Jangan lupa ulang kaji dan lakukan perkara sunnah Aidiladha ya.
Wah, sihat perkasa Jojo ya.
ReplyDeleteSelamat menyambut Aidil Adha buat Ujie sekeluarga.
Makin berisi dia sekarang 😀
DeleteTerima kasih kak Amie.
Hehe saya makan ikan puyu tapi yang dah bersiang!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Adha. Nampaknya tahun ini sambutan berbeza dilakukan oleh saya dan Puan Ujie
Saya makan jugak, pun tak reti siang 😄
DeleteTerima kasih NA.
Wah, sambutan NA macam mana pulak tu?
Saya tidak balik kampung tahun ini.
DeleteNakalnya jojo! Sama mcm kucing saya, kadang buru burunglah, cicakla. Bukan nak makan pun, nak buli je ðŸ˜
ReplyDeleteSelamat hari raya kak ujie sekeluarga!
Kucing kampung aktif terlebih 😀
DeleteTerima kasih Mazni.
Tetangganya baik Mbak. Membalas kiriman ikan dengan durian. Banyak juga duriannya sampai 3 biji begitu.
ReplyDeleteKucingnya - si jojo - lucu juga Mbak. Hewan-hewan mati itu sebenarnya hantaran si jojo untuk majikannya. Itu semacam kebaikan hewan kepada majikannya...
Btw, selamat hari raya Idul Adha untuk Mbak dan suami. Salam hormat dari saya.
Salam,
Alhamdulillah, memang banyak untuk kami berdua. Puas makan.
DeleteHantar depan pintu sebagai tanda buat kerja 😄
Terima kasih Pak Asa.
Alhamdulillah, rezeki dapat durian, juga makan² bersama keluarga. Sihat tengok badan si Jojo tu. Bagus dia, bawa balik hadiah untuk Ujie. Seronok dapat terlibat dalam aktiviti korban.
ReplyDeleteJojo sekarang kerja makan tidur, tu makin sihat badan dia 😄
DeleteSelamat Hari Raya Aidil Adha PU...
ReplyDeleteNampak macam durian baru gugur tu, tangkainya masih segar, putih lagi bahagian atas tangkai tu. Memang sedaplah kan
Jojo bagi hadiah utk tuannya tu hihi .. kucing lama PH pun macam ni. Macam² haiwan yang dibawa balik 😆
Hehe...betul PH, durian baru gugur. Tu bau semerbak lagi.
DeleteTak taulah nak suka atau geram bila dapat hadiah dari Jojo 😄
Kalau tikus tu sukalah, kalau burung tu rasa geram sebab kesian burung dan penat kita nak bersihkan bulu burung bersepah depan pintu.
Saya browsing dulu ikan puyu ini bentuknya macam apa. Mirip mujair, tapi ternyata bukan. Kalo di Jawa disebut ikan betik. Kalo di Kalimantan selatan ikan papuyu. Tapi tetap tak terbayang apa saya pernah makan atau tidak 😅😅.
ReplyDeleteYa Allah bagus sangat durian yg dibagi ya kak. Wangi kemana2. Sedaplah tuh.
Ya…sini pun ada juga yang panggil ikan betik.
DeleteAlhamdulillah jiran berbagi rezeki dari pokok durian di rumahnya.
Jojo makin besar badan dia yaaa ... Kucing2 saya sebagian ada yg suka berburu, tp Krn mereka tak boleh kluar rumah, hanya boleh di loteng, jadi terbatas lah. Biasa yg mereka tangkap kecoak, pernah cljuga sekali anak tikus 🤣🤣🤣🤣. Memang takut saya dibuat hahahah
ReplyDeleteJojo kerja makan tidur, makin besar berat diangkat 😀
DeleteTikus tu yang buat kita geli, terjerit 😆
Eh selamat merayakan hari raya haji kak... Kemarin tuh di sini jatuh hari Jumat, jadi kurban tak bisa dilakukan semua sekaligus sebab terpotong sholat Jumat. Jadi sambung lagi Sabtu.
ReplyDeleteEh, iya...sana raya Jumaat. Memang jadi terlewat siap kalau buat selepas solat Jumaat.
DeleteSelamat Hari Raya Aidiladha kak Ujie. Hari Raya Haji kita santai-santai je kan. Baiknya jiran membalas dengan durian. Kita macam tu lah kan, kalau orang memberi dengan bekas lepas tu nak pulangkan bekas tak reti kalau nak pulangkan kosong. Mesti ada isinya sekali. Walaupun tak mengharap balasan tapi itulah tradisi kita.
ReplyDeleteHari Raya Haji, mak mentua akak raya di perantauan lah pula ye. Seronok juga dapat berkumpul tanpa perlu balik kampung.
Hebatnya Jojo, macam-macam haiwan ditangkapnya. Baguslah dia sihat dan aktif. Jadi teman baik kak Ujie.
Orang berbudi, kita berbahasa. Gitulah indahnya tradisi kita.
DeleteTerbalik pulak ya, mak yang beraya di perantauan 😄
Alhamdulillah makin sihat Jojo sekarang. Jojo jadi teman baik yang menghiburkan 😀
Durian, sedapnya. Jojo serius nya tu 😊
ReplyDeleteGitulah Jojo kalau tengah fokus memburu, memang tak kisah kita panggil dia 😄
DeleteAmboi Jojo bukan main lagi awak ye..abang long kawasan ni...sedapnya durian..tahun ni dan tahun lepas blom makan durian lagi walau seulas..salam aidiladha dari SA
ReplyDeleteKena cari durian tu SA, nanti jadi dua tahun berturut tak makan durian 😄
Deletekenapa tgk jojo makin sihat dan membesar bagaikan johan? hehehe...
ReplyDeletekena carikan partner ni utk jojo. kasi dia social sket... nnt speech delay susah jg nak msk sekolah hahahahahhaa
Ikan puyu dibalas durian.. mmg berbaloi sgt ni.. nak bela puyu jugak lah hahahaa... Jojo jojo.. nape la ganas sangat kamu ni.. tikur tu tak apa la.. ini smpai burung tupai bagai pun kamu nak buru.. dah kenapa hahaha.. ni kalau ada anak Yam mesti habis dikerjakan hahaha.. 😅
ReplyDeleteRezeki hari ni bagi ikan puyu, jiran balas bagi durian. Rasa manis bukan setakat isi durian, tapi manisnya hidup berjiran
ReplyDelete