Agak lama saya tak mencoret di blog dek semangat menulis yang hilang entah ke mana. Bulan April menjadi bulan paling sedikit saya mencatat di blog.
Catatan terakhir bulan ini - berkenaan Jojo si anak bulu yang sudah selamat dimandulkan. Saya juga buat full blood test bagi mengetahui status kesihatan Jojo. Maklumlah, saya mula bela Jojo si kucing jalanan ini ketika usianya (menurut doktor) sekitar 2-3 tahun. Entah apa sejarah kesihatannya saya pun tak tahu.
Saya hantar Jojo ke klinik pada petang hari Sabtu, 26 April dan ambil semula pada lewat petang hari Isnin, 28 April. Prosedur pemandulan dibuat pada petang hari Ahad.
Sepatutnya cuma perlu tinggalkan Jojo satu malam saja bagi prosedur pemandulan, tapi saya tambah lagi satu malam bagi penjagaan selepas prosedur pemandulan.
Menurut staf klinik, kucing jantan perlu dikurung selama tiga hari selepas pemandulan bagi memastikan luka sembuh dan kering. Saya nak tinggalkan Jojo di klinik selama tiga hari tersebut, tapi nampaknya Jojo tak boleh dikurung dalam sangkar - asyiklah mengiau minta keluar π
. Kasihan pada Jojo dan kasihan staf klinik tahan telinga dengar Jojo bising, jadi saya ambil bawa balik Jojo lebih awal.
Jojo saya biarkan bebas dalam rumah, bukan kurung dalam sangkar. Tapi hampir sepanjang masa Jojo bising mengiau, ada ketikanya sibuk ‘mengais’ bahagian bawah pintu rumah. Beberapa kali Jojo ‘berdiri’ nak capai pemegang pintu π. Budak dah biasa bebas keluar masuk tiba-tiba kena kurung, memang tak senang duduklah dia.
Malam tadi (selepas berbincang laki bini dan memeriksa luka Jojo), kami lepaskan Jojo ke luar rumah. Sekejap je dah menghilang, tak sabar agaknya Jojo nak jumpa kawan ceritakan pengalaman masuk wad π
Fuh…pengalaman pertama kami yang agak memenatkan dan bercampur lucu.
![]() |
Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Jojo dapat diskaun prosedur pemandulan sebab sebelum ni ambil suntikan vaksin di klinik yang sama. Harga biasa RM90 untuk kucing jantan termasuk wad satu malam. Full blood test tu pula dapat harga promosi pengenalan.
Alhamdulillah Jojo dalam keadaan baik - keputusan ujian darah semuanya ok tak ada masalah. Jojo pun nampaknya sihat selepas ‘bersunat’ - kuat makan dan minum.
Foto terkini Jojo, saya ambil kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Sejak jadi kucing yang dibela, beginilah rutin Jojo - tidur dari pagi hingga ke petang. Sesekali je bangun untuk makan dan minum. Geli hati saya tengok gaya tidurnya yang pelbagai, selalunya terlentang dan terkangkang π
Alhamdulillah selesai satu hal. Moga dengan usaha ini (prosedur pemandulan) akan memberi kebaikan buat Jojo dan dapat membantu mengurangkan populasi kucing jalanan.
wahhh Jojo dah bersunat!
ReplyDeletewah dah sunat dah dia. lega satu bab kan...
ReplyDeleteLepas ni jadi baiklah si jojo
ReplyDeleteBig boy haha...
ReplyDeleteSenang hidup Jojo ye... Makan tidur makan tidur je aish π
Assalamualaikum kak ujie...lama sunggu x singgah kat blog kawan2...sihat ke? Tgok kucing ni teringat kat kucing yag arwah ayah bela...
ReplyDeleteWa alaikum salam Eita π
DeleteAlhamdulillah sihat. Eita lah, lama sungguh menyepi diri.
Rumah saya ada 4 ekor kucing.. Asalnya ada orang bagi seekor.
ReplyDeleteDah bersunat ya Jojo.
ReplyDeleteAlhamdulillah, berita baik Jojo sihat dan dah sunat. Tiada komplikasi satu rahmat jugakan.
ReplyDelete2 kucing di rumah kakak dan adek ku juga sudah di "sunat" Jadi gendut π
ReplyDeleteAlhamdulillah. Baik budak Jojo ni. Pandai dia ye, nak capai tombol pintu. π
ReplyDeleteAgaknya, Jojo ni dah pernah ada anak ke tak, ya? Handsome betul Jojo sekarang, maklum, dah jadi bos, heheheh.
ReplyDeleteMungkin jugak ada. Biasanya sebulan sekali Jojo menghilang 3-4 hari. Memang nampak dia tengah dating dengan kucing betina π€
DeleteKadang ada jugak balik makan, tapi tergesa-gesa. Makan sikit terus lari.
Semoga Jojo sihat & jangan nakal.nakal dah lepas niπ€
ReplyDeleteOkla tu 3 hari .. pakcik dulu lagi lama kena berehat hahaa. Okla jojo dah tak boleh nak nakal2 dah lps ni hihii
ReplyDeleteHandsome la Jojo...
ReplyDeleteIhhh tak jauh beda jadwal steril Jojo dengan lucky anak bulu saya kak ππ. Lucky pun baru sunat juga. Saya pikir bakal lebih calming, ternyata tetap saja heboh dalam rumah hahahahah.
ReplyDeleteHarap2 nanti lebih tenang macam kakak2 dia yg sudah Disteril semua.
.
so ada pulut kuning ke tak ni? hahahaha
ReplyDeleteabes laa jojo pasni dah boleh jadi imam sebab dah cunat hahaha
Tak pakai pulut kuning. Pake cat treat , langsung lahap diorang makan π€£π€£
DeleteKucing ni kalau dah biasa bebas, tak senang duduk bila dikurung. Nak dibebaskan risau pulak kan luka dia tu. Wahhh majikan dah sunat, lagi santai tengok tu.
ReplyDeleteOrang cakap kucing kalau lepas bersunat jadi extra manja. Tpi kucing jantan saya tk manja pun, kekwat je. Menyampah
ReplyDeleteSA plak dapat Brown tu memang dah disunatkan...hehehe..so takde la dia main2 tembak sesuka hati je...tapi memang dia manja..dah la asalnya kucing jiran
ReplyDelete