Hari Sabtu malam Ahad lalu, saya menghadiri jamuan makan sempena hari raya di kawasan kediaman kami. Dapatlah saya berkenalan dengan lebih ramai jiran. Tetapi disebabkan masih baru di sini, segan pulak saya nak merakam foto itu ini. Maka tiada entri catatan khas berkenaannya.
TEE-TEE-TU-IT…TEE-TEE-TU-IT…
Entri kali ini berkenaan sejenis burung yang saya temui ketika melakukan aktiviti ‘morning walk’ sebaik saja kembali dari kampung halaman di Johor. Berbeza dengan burung lain yang biasanya sangat sukar saya rakam gambar dan videonya kerana cepat terbang menghilang, burung jenis ini berkelakuan pelik dengan tidak terbang menghilang, berbunyi kuat ketika saya menghampiri kawasannya dan terbang seolah-olah mengelilingi saya.
Saya berkesempatan membuat pemerhatian selama beberapa hari di kawasan tersebut dan mencari maklumat berkenaan burung ini. Saya kongsikan foto (sila klik foto untuk paparan lebih jelas) dan video serta maklumat menarik berkenaan burung yang berbunyi kuat dan bising ini :
Nama burung : Red-wattled Lapwing
Nama tempatan : Rapang Duit
Nama sains : Vanellus indicus
Terdapat dua hingga tiga ekor burung Rapang Duit di kawasan ini dengan saiz badan yang kelihatan sama. Sebaik saja saya memasuki kawasan di mana burung Rapang Duit ini berada, suasana bertukar kecoh dan bising dengan bunyi burung-burung ini.
Tee-tee-tu-it…tee-tee-tu-it. Tak henti burung-burung ini berbunyi seakan bersahutan antara satu dengan lain. Agak lama burung ini berada di satu tempat, ia terbang beralih kedudukan tetapi masih berada tak begitu jauh dari posisi saya berdiri memerhati. Tapi bukanlah terlalu dekat ya, saya masih perlu zoom-in entah berapa kali untuk mendapatkan semua foto dan video.
Burung Rapang Duit ini juga terbang dalam bentuk pusingan seolah-olah mengelilingi saya. Dalam foto di atas, burung saiz lebih besar itulah burung Rapang Duit, manakala seekor lagi yang kecil tu burung jenis lain.
Hasil carian maklumat saya mendapati - tingkah laku burung Rapang Duit berbunyi kuat dan bising serta terbang mengelilingi saya ini sebenarnya kerana merasa terancam dan cuba mengalihkan perhatian saya (yang dianggap pemangsa) supaya tidak mendekati telur atau anak burung yang berada di kawasan tersebut. Bijak sungguh! Memang saya terpedaya, pandangan mata asyik memerhati burung-burung ini yang berbunyi dan sering beralih kedudukan serta terbang di keliling saya.
Patutlah burung-burung ini hanya berbunyi bising sebaik saja saya memasuki kawasan ini dan berhenti berbunyi apabila saya melangkah pergi. Ada sebabnya 😄
Kredit foto burung : Mohammad Samsul Fitri dan kredit foto telur burung : Perlis Nature Xplorer |
Saya kongsikan foto lebih jelas rupa burung Rapang Duit dan telurnya sebagai rujukan. Cantik burung Rapang Duit ini dengan kaki tirus panjang berwarna kuning, badan berwarna coklat/hitam/putih dan berwarna merah di bahagian mata hingga ke sebahagian paruh.
Burung Rapang Duit bertelur di tempat terbuka seperti di atas tanah tanpa membuat sarang. Biasanya, musim bertelur bagi burung ini adalah sekitar bulan Mac sehingga Jun. Saya cuba memerhatikan kawasan sekitar bagi mencari telur burung sambil mengabaikan kekecohan yang sedang dibuat oleh burung-burung dewasa. Memang susah nak jumpa, ini kerana burung Rapang Duit akan bertelur di tempat yang hampir sama dengan rupa telur bagi tujuan penyamaran. Semoga telur-telur tersebut selamat dan dapatlah menambah populasi burung di sini.
Nak dengar bunyi bising burung Rapang Duit? Klik video yang saya rakam pada 16 April lalu.
Burung yang boleh ditemui di kawasan berair, kawasan padang dan kawasan terbuka ini merupakan spesis burung yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Jadi jangan suka-suka nak tangkap burung Rapang Duit ni tau. Jika sabit kesalahan, kita boleh dihukum denda maksimum hingga RM1 juta dan penjara maksimum 15 tahun.
.
Mesti peramah burung RD ni. Tak lari wpun ada manusia berhampiran. Bunyi pun bising tu tak tahulah apa yg dibualkan ek, hihi.
ReplyDeletePeramah ada makna tu Sk 😁
Deletetelur dia macam telur burung puyuh..
ReplyDeleteItulah..nampak serupa je.
DeleteTakut pemangsa rupanya..
ReplyDeleteBuat kecoh sebab takut 😀
Deletemacam telur burung puyuh ke kecik lagi saiznya tu kak
ReplyDeleteTak pastilah Dana, akak tak pernah tengok depan mata. Tapi rasanya lebih kurang sama.
Deleteehh haah lah macam rupa telur burung puyuh ada bintik-bintik
ReplyDeleteSerupa je kan...yang pakar je boleh membezakan 😀
DeleteCantiknya burung ni...
ReplyDeletePH tak kenal jenis burung, except for a few 😅
Saya buat carian internet, itu yang tau nama Rapang Duit 😄
Deletehihi.. comelnye bunyi.. tee tee tu it.. tee tee tu it.. :D.. sambil mulut bunyikannya.. hehehe.. terasa gembira dgr bunyi yg keluar dr mulut sendiri.. kikiki..
ReplyDelete😂 sama la kita Lady, dok main² sebut tee tee tu it. Ajuk bunyi burung sambil gembira sendiri 🤣
DeleteOoo.. Burung ni biasa terbang waktu malam juga. Banyak kat belakang rumah saya. Dan biasa bermain di taman permainan depan rumah saya. Baru tadi masa nak pergi kerja nampak dia di taman.
ReplyDeleteIya...selalu jugak jumpa burung ni atas jalan gelap kat kawasan rumah saya ni. Bila kenderaan lalu, burung ni terbang sambil berbunyi.
DeleteDah boleh buat part national geography ni hihii.. best nya ada suasana yg lain dari yg lain ... :D
ReplyDelete😂 memang macam National Geography, asyik memerhati dan kaji itu ini.
DeleteAlhamdulillah, dapat suasana yang sesuai dengan jiwa.
Comel je telur burung macam telur burung puyuh
ReplyDeleteKan...
DeleteWarna telur dia sebijik macam batu. Boleh tak perasan ni.
ReplyDeleteSeronok Ujie, jalan-jalan boleh tengok burung. Mesti aman damai kawasan perumahan Ujie.
Itulah tujuan dia...camouflage penyamaran.
DeleteMemang sangat aman damai, tenang je hidup dekat dengan alam semula jadi.
Kaki kurus keding.
ReplyDeleteBagus dapat tangkap gambar.
Patut tidak terbang lari sebab hendak lindung telur rupanya.
Itulah saya pelik. Burung lain semua cepat je terbang. Susah saya nak ambik gambar. Rupanya mesra ada makna 😄
DeleteAda telur burung rupanya . Patut asyik bunyi jer burung tu
ReplyDeleteBuat kecoh untuk jaga kawasan 😄
DeleteAiih..cantik banget warna burungnya..ada paduan warna merah,putih dan kecoklatan ,kakinya pun mirip ranting bambu kecil.
ReplyDeleteCantik kan...suka tengok.
Deletejinak burungnya...comel bunyinya...
ReplyDeleteJinak ada sebab 😄
DeleteKalau dengar, mesti saya terikut ajuk bunyi dia.
Kaki dia panjang dan ni pertama kali saya tengok burung jenis ni.
ReplyDeleteKaki panjang tu agaknya sebab burung jenis cari makan di tempat berair.
DeleteKalau ramai ramai saya pun segan nak ambil gambar. hihi...
ReplyDeleteRupanya ada lagi burung spesis jenis kaki panjang macam bangau. Cuma tak berparuh panjang. Rupa dia menarik juga. Pattern muka macam burung tiung. Kacuk tiung dengan bangau ni. hihi...Dapat ilmu burung harini. Terima kasih share infonya kak Ujie.
Sama-sama Fiza 😊
DeleteWaah telur nya persiiiis telur burung puyuh yaaa. Kecil dan bercak2. Saya jadi tahu jenis burung ini. Biasanya kalo melihat burung yg unik tak pernah sampai cari tahu, hanya mengagumi saja.
ReplyDeleteKakinya panjang, sekilas LGS teringat dengan burung bangau 😄. Versi kecil..
Di sekitar rumah ada banyak burung cantik, jadi teringin nak tahu namanya. itu yang buat carian internet 😀
Delete