Wednesday, 13 July 2022

Catatan Hari Raya Aidiladha 1443H / 2022M

Terasa lama tak mencatat kisah di blog, sibuk ke sana ke sini - balik kampung di Johor dan menjenguk rumah sendiri di NS. Perjalanan saya dan encik suami balik ke kampung bermula pada hari Khamis lalu, kebetulan di PP cuti umum sempena George Town World Heritage City Day yang disambut pada setiap 7 Julai. Jadinya encik suami cuma perlu memohon cuti kerja sehari saja (Jumaat), dapatlah kami bercuti lama sikit (Khamis - Isnin).

Dari PP kami terus balik ke kampung saya di Pontian. Walaupun namanya cuti umum, tetap juga ada online meeting yang perlu encik suami hadiri. Maka lambatlah kami bertolak dari PP. Dah tengah hari baru mula bergerak, singgah pula di beberapa tempat untuk beberapa hal. Akhirnya sampai jua di Pontian kira-kira pukul 11.30 malam. Alhamdulillah, lega dan letih. Sempatlah 2 malam di Pontian.

Tahun ni kami sambut Hari Raya Aidiladha di kampung encik suami. Pada hari Sabtu kami bergerak ke Batu Pahat pula - kampung encik suami. Sambutan raya dari aspek makanan, kami sambut ringkas saja. Ahli keluarga yang ada pun tak ramai, cuma dua keluarga saja yang ada. Malam menjelang hari raya saya masak nasi impit menggunakan PPC dan rendang ayam menggunakan pes rendang jenama Tumisan Bonda. Hasilnya tak mengecewakan, sedap aroma masakan sampaikan anak saudara datang menjenguk kuali. Nampaknya lain kali bolehlah beli lagi jenama Tumisan Bonda ni, memudahkan kerja dan jadi penyelamat bagi orang yang masih belum berjaya masak rendang yang sedap (saya la tu…hehe).

Pagi hari raya, saya dan biras memasak lodeh. Mak mentua pula mengukus ketupat palas yang dibawa oleh adik ipar dari Terengganu. Lepas tu masing-masing terus bersiap untuk ke masjid berhampiran. Kami pergi menaiki dua buah kereta. Rumah kosong.

Ahad, 10 Julai 2022 | Masjid Jamek Seri Medan, Batu Pahat
Kami tiba di sini sekitar pukul 8.10 pagi, ingatkan dah terlewat tapi rupanya belum ramai orang datang. Kawasan parkir masih banyak kosong.

Alhamdulillah…kali ni dapat juga saya menunaikan solat hari raya di masjid. Tak ramai pun muslimat, cuma ada tiga saf pendek dan tak penuh pun safnya.

Petangnya kami bergerak ke rumah NS. Hampir dua bulan tak menjenguk, lega saya bila tengok pokok Orkid Harimau dan Pothos hidup segar. Orkid Harimau makin meninggi dan tumbuh anak-anak pokok, manakala Pothos merimbun dan mula menjalar di lantai. Rumah juga dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Kami bermalam satu malam di rumah NS. Hidupkan hampir semua kipas, lampu dan peti sejuk untuk mengelakkan rosak kerana lama tak digunakan. Kuali-kuali pun dah nampak berkarat sebab dah lama tak digunakan. Nak dibawa ke rumah PP tak boleh pula sebab rumah PP gunakan induction cooker.

Decathlon Shah Alam
Esoknya dalam perjalanan balik ke rumah PP, kami singgah di Decathlon Shah Alam. Tujuannya nak membeli clip-on sunglasses dan beg je, tapi itulah bila dah masuk Decathlon memang jadi rambang mata saya. Akhirnya kami keluar dengan membawa tambahan barang-barang lain. Itu pun encik suami mengingatkan kepada saya bahawa kami cuma boleh berada di sini selama sejam saja. Haha.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah PP pada waktu Maghrib. Ok, ini saja catatan hari raya kami untuk kenangan pada masa akan datang. Maklumlah, tahun lepas kita masih dalam suasana pandemik dan tak dapat balik kampung pada hari raya Aidiladha. Tahun ni pun masih dalam keadaan berjaga-jaga, COVID-19 masih ada dan sekarang ramai pula yang dijangkiti virus influenza.



18 comments:

  1. Betul, ramai betul yang terkesan dengan influenza kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tempat sampai habis Panadol, entah sebab terlampau ramai demam atau memang stok tak banyak sampai ke tempat tu.

      Delete
  2. Decathlon tu bahaya, bagi saya. Boleh berjam-jam duduk dalam tu. Tapi berbaloi beli, kasut Kalenji tu, saya pakai bertahun, harga pun tak berapa mahal banding kasut lari jenama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan…mana cukup sejam kalau masuk Decathlon. Semuanya menarik untuk dibelek. Memang berbaloi beli barang kat situ, berkualiti.

      Delete
  3. tak pernah lagi masuk decathlon tu... macam best aje gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la bagi peminat sukan & aktiviti luar. Segala kelengkapan ada kat sini.

      Kalau tak silap, tak lama lagi Decathlon akan di buka kat Johor. Dekatlah Yan nak pergi.

      Delete
  4. Dari utara ke selatan. Singgah di Selangor. Siap beli-belah di Decathlon. Belum pernah masuk sini.
    Hehe penat tapi gembira kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya NA, penat tapi gembira. Dapat jenguk orang tua di kampung, jenguk rumah dan shopping di Decathlon 😀

      Delete
  5. meriah raya kak Ujie. saya duduk di rumah sahaja. makan, tengok TV. kuali tu jual second hand je kak, or bagi orang. nanti rosak terbiar lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm...betul jugak tu Sal. Rosak lagi laa tak berguna.

      Delete
  6. Replies
    1. Besar la bagi saya.
      Ada 2 tingkat. Tu kalau nak membelek, 2-3 jam baru puas hati.

      Delete
  7. Bilalah agaknya virus jahat ini akan balik kampungnya untuk selama-lamanya huhuhuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..dia datang macam takmo balik dah ni 😑

      Delete
  8. SA antara yanag terkesan dengan Influenza A dan Broncopneumonia...Sampai hari ni masih x ok lagi batuk...

    ReplyDelete
  9. Salam Aidiladha puas berjalan tu. Anak-anak Mrs. A si Adik dan Aryssa pun suspect influenza demam tinggi sangat syukur tak perlu warded pantau kat rumah sahaja. Alhamdulillah dah baik

    ReplyDelete
  10. Jauh perjalanan akak balik kampung. Raya kali ni macam ramai yang tak balik kampung tapi jalan tetap jem. Sempat lagi singgah decathlon tu. Ini kalau dah masuk mesti akan terbeli. hehe...

    ReplyDelete
  11. seronok kampung dekat2, boleh singgah dua2....tak pernah gi decathlon..adik selalu gi, beli barang2 camping..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****