Sejak menetap di utara tanah air hampir 2 tahun, agak kerap saya dan encik suami berulang-alik ke arah KL atas tuntutan kerja. Setiap kali balik melalui Lebuhraya PLUS arah utara sebelum masuk terowong, nampaklah papan tanda ada gambar orang tunjuk pemandangan dari atas bukit (bayangkanlah sendiri gambar pada papan tanda tu ya..hehe). Tapi tak pernah berkesempatan nak berhenti melihat-lihat.
Sehinggalah pada awal bulan April lalu, kenderaan tak banyak di laluan kami jadinya mudahlah kereta encik suami nak berhenti ke tepi dan masuk ke kawasan tersebut. Lupa pulak nak ambil gambar kawasan parkir. Tak begitu luas, tapi muatlah kalau ada beberapa kereta dan kenderaan berat nak parkir di situ. Tertera papan tanda ‘Vista Point’ di kawasan parkir.
Terdapat satu laluan bersimen yang sedikit mendaki untuk kita berjalan ke bahagian atas. Jomlah kita tengok apa yang menarik.
Kawasan atas ni di kelilingi pagar hijau. Masa ni waktu petang, mendung dan hujan renyai baru mulai turun. Maka bergegaslah kami berjalan ikut laluan disediakan, sambil melihat pemandangan hijau dan kabus di perbukitan.
Menurut saya, inilah sudut pemandangan yang paling menarik dari atas Vista Point ni. Pemandangan jalan raya berlengkok membelah perbukitan dan kabus memutih di celahannya.
Peta menunjukkan kedudukan Vista Point atau Ipoh Rest Stop - iaitu selepas Ipoh dan tak jauh dari terowong Menora.
Sesuailah kalau kita ada keperluan untuk berhenti sekejap, boleh berhenti di sini. Cuma ada kemudahan kawasan parkir dan tong sampah, lain-lain tak ada ya. Pernah juga saya nampak ada tandas bergerak (portable toilet) diletakkan di sini, tapi semasa saya ke sini tak ada tandas bergerak tu.
kalau balik semanggol, boleh try singgah sini..thank you kak ujie up tempat-tempat macam ni.. :)
ReplyDeleteSama-sama Leeya :)
DeleteKu lihat hijau .... sayup mata memandang
ReplyDeleteHehe...itulah pusing kot mana pun semua hijauuu.
Deletewak pun perasan gak selalu tp blom sempat singgah., thanks for sharing ye cikkak ujie ;p
ReplyDeleteSama-sama Wak :)
DeleteTidak tahu pula ada Vista Point. Tempat baru ya?
ReplyDeleteDah lama rasanya ni NA, cuma tak biasa dengar nama tu kan...
DeleteOrang yang selalu lalu highway ke utara tau la kot.
Kat selatan pun ada, bahagian Pedas Linggi dua-dua arah
Deletetiap kali balik kuale, tak pernah singgah...hati nk cepat sampai kuale...hehe..
ReplyDeletetak pernah pulak perasan. nampak nau kalau driving tu fikir nak cepat sampai je.
ReplyDeleteKabus yang memutih, tebal atau nipis mampu menimbulkan suasana yang berbeza dalam menempuh perjalanan menuju ke destinasi.
ReplyDelete