Monday, 16 August 2021

15 Hari Menjelang Hari Kebangsaan

Satu lagi catatan sejarah negara kita pada hari ini…

Tangkap layar siaran langsung ucapan terakhir Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri kita sejak bulan Mac 2020 telah pun mengumumkan perletakan jawatannya atas sebab tiada lagi sokongan majoriti ahli di Dewan Rakyat.

Saya tidak begitu mengikuti perkembangan politik semasa, jadi saya tak mahu bercakap mengenai siapa yang patut disokong. Cuma saya terasa sedih dan kecewa perkara ini terjadi ketika negara berada di dalam bulan kemerdekaan. Lebih tepat lagi, 15 hari menjelang Hari Kebangsaan.


Mendung hitam siang tadi bagai gambaran situasi semasa negara. Diikuti hujan lebat mencurah ke bumi, tak tertahankan lagi. Dan sehingga detik jari-jemari saya mencatat peristiwa negara ini, hujan masih membasahi bumi PP. Seakan turut bersedih bersama sebahagian rakyat (yang sedang bersedih dengan peristiwa hari ini).

Begitulah adat politik, ada turun ada naik. Kita selaku orang awam sememangnya tak mampu ‘membaca’ apa situasi sebenar. Dunia politik penuh muslihat, tersirat. Apa yang boleh kita buat? Berdoalah. Kerisauan hati tidak mampu mengubah apa-apa, tetapi dengan doa bererti kita menggantung harapan pada Allah Yang Maha Kuasa.

Ya Allah, berikanlah pemimpin yang terbaik untuk negara kami.
Jauhilah negara tercinta ini daripada pemimpin yang buruk.
Berikanlah keamanan dan kemakmuran buat negara kami.


12 comments:

  1. Entah tidak pandai cakap lebih-lebih. Moga negara dipimpin oleh pemimpin yang mengikuti al-Quran dan sunah Nabi.

    ReplyDelete
  2. sedihkan..disini pun hujan juga petang tadi..

    ReplyDelete
  3. samalah kak, politik sekarang kadang semakin kotor semakin hilang hormatnya

    ReplyDelete
  4. Sedih tengok TSMY berucap semalam . Tenang tapi nampak sebak ..raut wajah dia pun sangat sedih .

    ReplyDelete
  5. bukan takat sebahagian pemimpin je, sebahagian rakyat pun kadang-kadang menyakitkan jiwa dan raga...

    ReplyDelete
  6. Entahlah..saya pun tak tahu nak cakap siapa sebenarnya yang layak menerajui negara. Doa yang baik-baik. Tengok ramai berkata sesuka hati. Takut nanti kata-kata tu makan diri

    ReplyDelete
  7. Sedih betul tengok masing masing rebut kuasa dalam pandemik ni dan bakal sambut hari merdeka. Kalaulah semua bersatu dan pulihkan keadaan sekarang pasti rakyat hidup harmoni dan aman damai je.

    ReplyDelete
  8. Tak tahu nak kata apa. Kita doakan yang baik-baik saja.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, berikanlah pemimpin yang terbaik untuk negara kami.
    Jauhilah negara tercinta ini daripada pemimpin yang buruk.
    Berikanlah keamanan dan kemakmuran buat negara kami.
    Aamiin ya Allah.

    ReplyDelete
  10. Jom la kita sama- sama doa agar dapat pemimpin yang baik sama macam abah...abah antara pemimpin terbaik tapi sebab tiada sokongan dan permainana politik maka abah terpaksa letak jawatan....sedih

    ReplyDelete
  11. saya kalau terbaca ternampak apa2 tentang politik ni..yg berebut2 kuasa mmg saya skip..saya blh stress baca dan tgk..xtau kpe..selfish byk dorg nih! Harap PM yang baru "Abah Dafi" dapat menjalankan amanah dan tggjawab dgn baik.

    ReplyDelete
  12. Sedih tengok dia pakai mask last sekali tu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****