Friday, 9 July 2021

SMS Di Subuh Jumaat

 Subuh tadi, saya terima satu SMS…

Wah…saya agak terkejut bercampur gembira. Terus jari menekan aplikasi MySejahtera.


Alhamdulillah! Saya dapat tarikh untuk vaksinasi dos pertama.

InsyaAllah 5 hari lagi. Terus rasa berdebar, entah apa sebabnya. Haha. Tanya suami, kot dia pun terima SMS serupa. Boleh kami pergi bersama. Tapi agak hampa, tiada.

Sekitar pukul 7 lebih, barulah suami pula dapat SMS. Alhamdulillah, suami dapat tarikh temujanji pada 18 Julai. Lega rasanya bila sama-sama dah dapat tarikh temujanji. Sebab kami daftar hari yang sama dengan niat boleh dapat tarikh sama. Tapi takpe tak sama pun, yang penting dua-dua dapat. 

Sebenarnya saya dah rasa pasrah menunggu sejak Februari, berebut slot vaksin AZ tempohari pun gagal. Jadinya saya berdoa kepada Allah supaya berikan saya tarikh dan jenis vaksin yang sesuai untuk diri saya. Saya dah tak kisah cepat atau lambat. Alhamdulillah hari ini dapat juga.

Semoga Allah permudahkan urusan vaksinasi kita, moga cepat semua orang yang mendaftar dapat vaksin. Yang tak mahu daftar, saya doakan moga Allah membuka pintu hati mereka. Kita semua berharap agar dapat segera keluar daripada situasi pandemik ni. Vaksin adalah salah satu usahanya.


11 comments:

  1. Selamat menerima vaksin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah alhamdulillah ❤️, selamat menerima vaksin kak ujie 😁

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak ujie,shida masih menunggu tarikh..entah bila dpt..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..dah dapat tarikhnya..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..
    tahniah ujie. take care. jaga diri jaga semua..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.
    Samalah dengan saya dan kawan-kawan. Berdebar-debar tak habis sampailah hari untuk suntikan. Banyakkan bertenang. Ok semua tu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tahniah, sy tak dapat Tarikh lagi

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.penantian yang sekian lama. Semoga dipermudahkan urusan akak dan suami nanti. Saya masih setia menunggu.

    ReplyDelete
  9. Semoga baik-baik sahaja nanti..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****