Sebuah filem lama yang baru saya ketahui dan menontonnya. Kisah yang membekas di hati saya.
Grave of The Fireflies, sebuah filem animasi Jepun mengenai kisah perjuangan hidup dua beradik di Kobe, Jepun pada bulan-bulan terakhir Perang Dunia Kedua. Filem hasil garapan Isao Takahata dan animasi oleh Studio Ghibli ini dihasilkan pada tahun 1988.
Filem berlatarkan tahun 1945 ini dihasilkan berdasarkan kisah benar yang ditulis oleh Akiyuki Nosaka.
Dua beradik iaitu Seita (14 tahun) dan adiknya Setsuko (4 tahun) melalui pelbagai kesukaran untuk terus bertahan hidup sewaktu meletusnya Perang Dunia Kedua. Seita digambarkan sebagai seorang abang yang sangat prihatin dan menyayangi adiknya Setsuko.
Sepanjang menontonnya, memang mudah saya mengalirkan air mata bila melihat si kecil Setsuko dan abangnya melalui penderitaan kesan peperangan ini.
Detik yang paling hiba, apabila Setsuko menghulurkan rice ball yang dibuatnya (gambar di atas) kepada Seita. Rice ball tersebut sebenarnya hanyalah kepalan lumpur/tanah, hasil imaginasi Setsuko yang sedang kelaparan 😢. Dan selepas itu, Setsuko akhirnya menemui ajal akibat kebuluran. Begitu juga abangnya, Seita.
Official trailer Grave of The Fireflies
Sesungguhnya, peperangan mengakibatkan kesengsaraan hidup dan meninggalkan parut luka yang amat dalam kepada yang melaluinya.
Bagi yang belum pernah menonton filem animasi ini, bolehlah menonton bersama anak-anak supaya mereka memahami derita peperangan dan lebih menghargai kehidupan yang ada.
Perang Dunia Melawan COVID-19
Hari ini, dunia sekali lagi sedang berperang. Sebuah peperangan menentang sesuatu yang tak nampak dek mata kasar, namun kesannya besar jika tertewas. Detik ini, kita hilang kebebasan untuk hidup normal. Dan ramai juga yang sedang menderita kekurangan makanan, kesan peperangan ini.
Esok, bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga (15 April - 28 April 2020). Semoga kita semua terus bertahan untuk berjuang 'duduk di rumah'. Memang tak mudah, saya sendiri kadang-kala terasa stress. Entah rindukan bau hutan, atau entah bosan dek terperap di rumah tanpa sekali pun keluar sejak PKP dilaksanakan. Apa pun yang kita rasa, kita tiada pilihan selain terus berjuang. Kepada Allah kita memohon kekuatan jiwa. Kita mesti menang!
ada terbaca review di facebook juga. cerita yang harus ditonton. tetapi dengarnya di netflix ya?
ReplyDeleteDi Netflix tak ada (setakat yg saya tau). Saya tengok di YouTube, versi bhs Jepun dgn subtitle bhs Indonesia.
DeleteTak jumpa pulak versi bhs Jepun, subtitle English di YouTube.
boleh cuba tengok "spirited away" pula nnt.
DeleteDah search tadi..menarik utk ditonton. Thanks suggest.
DeleteTerima kasih sharing...kisah benar yg mnyedihkan 😢 teringat kt Syria, gmbr dua org abang bancuh susu utk adik mereka...kesan perang mmg mnyakitkan..
ReplyDeleteSedih bila kenang Gaza & Syria yang masih dilanda peperangan tak berkesudahan 😢
Deletemenarik citer jepon ni walopon dlm bentuk kartun kannns., ;p
ReplyDeleteBetul Wak...tetap membekas kat hati.
Deletepenah tengok anime ni
ReplyDeletemmg sgt terkesan sampai menitis air mata T____T
Kan..😢
Deletesangat menarik ... sesuai utk tonton time PKP mcm skrg ^_^
ReplyDeleteLuangkan masa dgn cerita2 yg menginsafkan.
Delete