Monday 1 April 2019

Menjejak Sejarah : GALERI DARURAT BUKIT KEPONG

Ahad | 24.03.2019


Jalan-jalan menjejak sejarah kali ini, saya dan suami pergi bersama mak mertua dan adik ipar sekeluarga. Tak rancang awal pun, bila duduk bersembang kat kampung...terus tercetus idea nak ke sini. Selain saya sendiri yang dah lama menyimpan hasrat nak ke sini, rupanya anak saudara pun sama - peminat sejarah!

Maka...petang Ahad tu bergeraklah kami dua kereta dari Seri Medan, Batu Pahat ke Bukit Kepong, Muar. Perjalanan terasa agak jauh, tambahan lagi melayan lengkok jalan bukit bila semakin hampir dengan destinasi. Rupanya, Bukit Kepong ni memang berbukit. Memang sesuai untuk pergerakan komunis yang bersembunyi dan bergerak di dalam hutan.


Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar, Johor
Kami sampai sekitar pukul 4 petang, pengunjung tak ramai. Ruang parking yang selesa ada disediakan di sini. Ok, jom kita tengok apa yang ada di galeri ni...
galeri darurat bukit kepong
1. Inilah bangunan Galeri Darurat Bukit Kepong, bersambung dengan bangunan putih (nampak macam struktur bangunan lama). Yang kita boleh masuk melawat cuma Galeri Darurat iaitu bangunan warna kuning. Galeri ini dibina di atas tapak asal Balai Polis Bukit Kepong.

2. Galeri ni ada 3 tingkat. Tingkat bawah (Ground Floor) ada sudut pentas mini untuk kita bergambar kenangan, juga ada kenderaan tempur lama. Tandas, surau dan lif khas untuk warga tua & OKU pun ada di sini. Tapi masa kami datang, lif tak berfungsi. Kesian tengok warga tua tak dapat masuk galeri. Mereka duduk-duduk je lah di bangku yang ada, sambil menunggu ahli keluarga lain melawat galeri ni.

3. Di bahagian tangga pun ada gambar lama begini. Membuatkan kita lebih menghayati suasana di sini.

galeri bukit kepong
4. Bagai merentasi ruang masa, di sepanjang laluan dipaparkan info & peristiwa perjuangan pasukan keselamatan ketika zaman darurat di seluruh negara. Memang menarik sebab galeri ni bukan tertumpu kepada tragedi Bukit Kepong je tau.

5. Paparan video berkenaan serangan Balai Polis Bukit Kepong. Setting yang menarik dan menambah feel pengunjung.

6. Ni bahagian yang paling menyentuh hati saya. Replika Balai Polis Bukit Kepong dan video yang menggambarkan situasi tragedi kira-kira jam 5 pagi, 23 Februari 1950. Nampak macam situasi sebenar berlaku di depan mata - seorang anggota polis yang tertembak, isteri yang turun ke bawah untuk membantu dan tangisan si anak. Audio daripada babak filem Bukit Kepong.

7. Satu lagi setting yang menarik! Tengok peti tv tu, teringat peti tv keluarga saya suatu masa dulu. Agaknya kalau simpan, tentu dah bernilai tinggi pada masa sekarang.

galeri darurat
8. Setting seakan dalam hutan, lengkap dengan tempat tidur dan alat memasak komunis. Di laluan pengunjung tu pulak siap ada jerangkap samar.

9. Ranjau - jerangkap samar daripada kayu atau buluh. Boleh la kita amik feel sikit macam mana berjalan dalam hutan dengan jerangkap samar di laluan. Menakutkan!

10. Antara senjata yang dipamerkan. Saya tertarik dengan yang ni.

11. Untuk melengkapkan lawatan, boleh tonton filem Bukit Kepong di sini. Kami sekadar duduk sekejap je.

12. Siap lawatan dalam bangunan, kita meninjau kat luar (belakang galeri). Terdapat sebuah bot dan dari sini kita boleh nampak sebahagian bangunan (dengan struktur lama) yang bersambung dengan galeri tadi. Bangunan tersebut adalah kawasan larangan.

sungai muar
13. Galeri ini terletak betul-betul bersebelahan sungai Muar yang bersih dan kelihatan menarik.

Lawatan kami berakhir sekitar 1jam lebih. Galeri yang dibina dengan kos 11.5 juta ini memang menarik untuk dilawati, terutamanya bagi peminat sejarah. Tak membosankan bagi saya, dan sebenarnya masa 1 jam tak cukup untuk kita membaca dan memahami banyak info yang tersedia.
----------------------------------------------------------

GALERI DARURAT BUKIT KEPONG
Masuk : PERCUMA
Hari lawatan : SELASA - AHAD
Masa lawatan : 10 PAGI - 6 PETANG
(kecuali Jumaat tutup jam 12.15 tengahari - 2.45 petang) 

Tutup : ISNIN


8 comments:

  1. Salam..wahh..bagus sangat pergi tempat camni..elok bawa anak2..boleh mengimbau sejarah Bukit Kepong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam Sura, memang sangat bagus untuk anak2 belajar sejarah darurat negara kita.

      Delete
  2. menarik nampaknya susunan dalam galeri tu, dapat mengimbau sejarah pastinya jika berada disini

    ReplyDelete
  3. masa pergi kursus hari tu...penceramah ambil galeri ni sebagai kajian kes. so tahu la juga konsep konsep rekaan, hiasan, dan risiko banjir kat kawasan tu yg jadi galeri kat tingkat atas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh...itu sebabnya! hehe...saya tertanya tanya gak kenapa la buat bertingkat, dengan lif tak berfungsi..kesian mereka yang tak boleh naik tangga.

      memang pun kedudukan galeri (bekas tapak balai polis) tu rendah. bangunan rumah kedai depan galeri lebih tinggi.

      Delete
  4. Hakak yg org Muo ni pun tak pernah sampai Ujie hihi.... Tp yg sebenarnya tak berapa minat, suami ada gak menyebut tapi setakat menyebut ajelah tak bersungguh jadinya memasing pun senyap....
    Menarik jugak ye diaorang buat galeri tu...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****