Tajuk : Rich Dad Poor Dad (edisi Bahasa Melayu)
Penulis : Robert T. Kiyosaki
Penerbit : PTS Professional Sdn Bhd (2012)
Harga : RM21 / SM
Muka surat : 216
Terasa rugi sangat...buku hebat yang telah diterbitkan sekian lama, tapi baru kini saya membacanya. Kenapa saya kata rugi? Sebab isi dalamnya bolehlah saya kategorikan sebagai bernilai 'tinggi', dan perlu dibaca seawal mungkin.
Buku apa ni? Ia buku berkaitan membina kepintaran kewangan, juga buku motivasi ke arah bebas kewangan. Yang seronoknya, buku yang bersifat 'serius' ini tidaklah begitu 'serius' untuk dibaca. Penulis berjaya menyampaikan secara santai dalam bentuk penceritaan dan mudah dihadam.
Perkara lain yang menarik, penulis menganjurkan konsep sedekah (cth: duit/senyuman/kasih sayang) - 'apabila kamu mahukan sesuatu, kamu perlu beri dahulu'. Menarik...sebab Islam memang sangat menggalakkan sedekah, dan kita mungkin kurang mengamalkannya. Tapi ia jadi amalan penulis, yang saya kira seorang 'not yet Muslim'.
Antara topik yang terdapat dalam buku ini :
- Kenapa Perlu Belajar Pendidikan Kewangan?
- Orang Kaya Mencipta Wang
- Kerja untuk Belajar, Bukan demi Wang
(dari topik 'Jaga Bisnes Sendiri)
Mula dan uruskan bisnes sendiri. Teruskan dengan kerja makan gaji sepenuh masa, tetapi mulakan membeli ataupun melabur dalam aset sebenar, bukan liabiliti ataupun barangan peribadi yang jatuh nilainya sebaik sahaja kita bawa ia pulang ke rumah. Nilai sebuah kereta baru jatuh hampir 25 peratus daripada harga yang kita bayar sebaik sahaja kita memandu kereta itu keluar dari ruang pameran. Kereta itu bukanlah aset sebenar meskipun pegawai bank menyatakan ia termasuk dalam senarai aset. Nilai kayu golf baru saya yang berharga 400 dolar menjadi 150 dolar sebaik sahaja saya mengayunkannya di padang golf.
Pastikan jumlah perbelanjaan kita rendah, kurangkan liabiliti, dan perlahan-lahan kumpul aset yang bernilai kukuh. Adalah penting bagi ibu bapa mengajar perbezaan antara aset dan liabiliti kepada anak-anak sebelum mereka keluar dari rumah dan tinggal sendiri. Ajarkan anak supaya mula membina asas kukuh di kolum aset sebelum mereka tinggal sendiri, berkahwin, membeli rumah, mempunyai anak-anak, terperangkap dalam situasi kewangan berisiko, terlalu bergantung kepada satu-satu pekerjaan, dan membeli segala-galanya secara hutang.
---> kalau korang nak memiliki buku ni, dan buku-buku lain oleh Robert T. Kiyosaki ni secara online bolehlah beli kat BOOKCAFE ya. Ada diskaun. Saya pun beli kat situ jugak. Sekarang ni segala benda pun nak beli online kan...hehee
Nota hati : Aku ingin memiliki kebebasan kewangan, bolehlah penuhi impian musafir dunia...menyaksikan kepelbagaian ciptaan Allah yang terlalu hebat. Moga ada izin-Nya..
Lebih baik baca buku2 berunsurkan ilmu dari membaca novel sosial fiksyen yang banyak merapu tu kan,,,?
ReplyDeletetq share tentang buku ni kak ujie..
ReplyDeletemenarik isinya..
ira pun teringin nak memiliki kebebasan kewangan.. inshaaAllah.. ada rezeki nanti blh beli..
Tq share...nnt boleh cari
ReplyDeleteMak kurang suka membaca Ujie..... lebih lagi buku akademik cenggini, kang beli buku beriya, bacanya tidak hihi....
ReplyDeleteterima kasih atas pekongsian tentang buku ini, saya juga suka baca buku2 yang macam ni sekarang..
ReplyDeleteSebuah buku yang sangat bagus dibaca ... banyak benda yang kita tak pernah terfikir berada dalam buku ni ..
ReplyDelete