Memang ini adalah entri ketiga berkenaan Mee Racun yang saya coretkan di blog. Di tiga tempat berbeza, dan dengan rasa yang berbeza. Kali ini, saya mencuba Mee Racun di KOMPLEKS NIAGA JALAN SULTANAH, BATU PAHAT, JOHOR.
Mee Racun Biasa - RM5 sahaja. Ada kentang goreng, potongan telur dadar, daging.
Mee Racun Special (Tulang) - RM10 sahaja. Lembut dagingnya tau.
Agak lama menunggu barulah hidangan kami sampai. Sebelum tu, saya perhatikan pelanggan lain masing-masing makan licin dan siap beli bungkus. Macam sedap je gayanya. Bila mencuba sendiri, emmm...memang sedap! Memang berbeza dari yang pernah saya makan sebelum ni. Licin saya makan. Aduhai, ni cerita dah terliur pulak! Memang jadi tempat wajib pergi tiap kali balik Batu Pahat ni.
Bagi yang berkesempatan, boleh la ke Kompleks Niaga Jalan Sultanah ni. Ada terpampang tulisan 'Mee Racun'. Di buka dari jam 4.50 petang hingga 12 malam. Tutup pada hari Isnin. GPS : 1.850727,102.929848,18
Lepas tu singgah di Aeon Big Batu Pahat, terjumpa pulak blogger Izan Ishak. Berdua dengan suaminya. Saya kenal dia (melalui gambar di blog dan fb), tapi Izan memanglah tak boleh nak kenal saya. Maka, sayalah yang memulakan sapaan. Pertama kali terserempak dengan rakan maya. Hehee..
macam sedaaaap je tu akak ^^
ReplyDeletebatu pahat kat mana...yan senggarang....wah best lah dapat jumpa rakan maya.....harap2 lain kali pi aeon big..yan pulak lah terserempak dengan ujie yer... :-))
ReplyDeleteBP rumah mertua..kat Seri Medan. Saya dok NS.
DeleteInsya Allah..ada rezeki terserempak la kita ya. ^_^
sedapnya tengok gambar 2... huhuhu biasa dh dgr sal mee racun nih tapi xprnah brpeluang memcuba lg... hehe
ReplyDeletetak pernah dengar pun mee racun tu..hehehe sedap nampaknya tu
ReplyDeleteMee racun yg ini pun ok juga Ujie. Kakak tapi kalau balik BP lebih suka makan mee bandung udang yg bawah pokok. Abang suka mee bandung depan hotel. Malam beli sup Sitam kat depan Maybank. Pilih ajelah nak makan apa semua ada di BP. Yg best murah berbanding di JB.
ReplyDeletewah..byk lagi yg saya tak tau ni kak Zakie.
DeleteWah nama pun dah Mee Racun tu Ujie... memang beracun nak makan lagi ye ujie :)
ReplyDeletedah terkena 'racun'..hahaa
DeleteMasa saya pergi BP melawat anak saya tahun lepas dia membawa saya ke satu gerai mee racun sebab saya dah lama mengidam nak makannya. Malangnya ketika itu lebih kurang 11.00 pagi gerai tu belum buka, malangggg...
ReplyDeletealahai..siannya JR. Dah mengidam tak kesampaian pulak.
DeleteSaya pun sebenarnya dah beberapa kali ke kedai mkn kat atas ni, asik tutup je. Rupanya dia buka lewat petang. Lain kali JR kena set masa ptg2 baru pegi.
Agak2 kalo ujie jumpa saya, Ujie tegur ke tak ye? Harap2 tegur la ye. Saya pernah jumpa Kak ina KL dan Suria Amanda je.
ReplyDeleteMee racun tu rasanya mcm mee bandung ke? Merah2 tu pedas ke tak?
Insya Allah Lyd..kalo jumpa mesti saya tegur punyalah!
Deletemee racun tu rasa masam2. Tak pedas pun.
Bulan ni balik BP bolehlah saya mencuba...
ReplyDeleteWah.. mmg beracun ni.. tgk gmbr pun da terliur.. :)
ReplyDeleteita yang tengok ni pun dah terasa racun nyer..terliur nyer...
ReplyDeleteMacamana rasa mee racun ni Ujie....macam mee bandung ke? Ke macam mee rebus....habak mai sikit....Walaupun nama jer duduk kat sempadan BP, okje tak pernah rasa .....
ReplyDeleteHehe...boleh pulak terserempak yek.....Tak kenal lagi dgn Izan Ishak ni...
rasa dia..masam2. Tak reti nak describe la kak.. :)
Deleteizan ni dah lama tak blogging, tapi aktif kat fb skrg.
Ohh masam masam eh..
DeleteUjieeeee....akak dah terliur ni tau....
ReplyDeleteapa lagi kak..dtg la BP.. ^_~
Deletetak pasti la ada aji ke tak, saya tak reti nak rasa ada aji camne. Tapi rasanya takde atau sikit, sbb mak mertua mkn sekali tak komen apa. Biasa dia akan komen..byk aji. :)
ReplyDeleteahaha..ingat betul2 beracun...terkono den kak Ujie..rupanya 'beracun' yg membawa kepada ketagihan tu...dap nyeee
ReplyDelete