"Sebutkan rukun Iman?" pinta penemuduga.
Diam. Lelaki itu gagal menjawab. Mungkin jua terkejut, lalu gagal mengingati.
"Baca surah al-Fatihah." arah penemuduga lagi.
Tergagap-gagap lelaki itu cuba melafazkan kalimah suci.
"Berapa lama kamu tak solat?" tanya penemuduga, pabila lelaki itu gagal membaca surah al-Fatihah (surah yang wajib dibaca dalam solat).
Lelaki itu menjawab "Sudah lama...". Ada yang mengaku sudah berbulan, ada yang mengaku sudah bertahun. Ya, lelaki itu dan lelaki-lelaki itu sudah sekian lama tidak bertuhan!
Lelaki-lelaki itu adalah suami kepada keluarga Islam. Punya isteri dan anak-anak. Mereka adalah NAKHODA kepada sebuah pelayaran bahtera rumahtangga. Hidup mereka tidak seindah impian, terperangkap dalam belenggu kemiskinan. Tapi yang lebih malang, hidup mereka jauh dari Allah yang telah menciptakan mereka (juga kita). Mereka benar-benar miskin! Miskin harta dan iman.
-----------------------------------------------------------------------------------
Sedih, kasihan, risau....itu yang saya rasa. Entah apa yang mereka lalui, entah bagaimana didikan penjaga mereka, hingga akhirnya menjadi 'nakhoda yang pincang'. Risau mengenangkan generasi zuriat yang terhasil. Moga usaha membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan ini bakal membawa mereka kepada hidup bertuhan.
Insaf, syukur...itu jua yang saya rasa. Terima kasih Allah atas segala nikmat hidup dan kemanisan rasa bertuhan yang Kau kurniakan!
Rasa bertanggungjawab...itu yang perlu saya dan kita semua rasa. Jom sama-sama kita ambil peduli pada insan sekeliling kita. Lakukan usaha semampu mungkin. Yang miskin harta, kita berikan bantuan harta. Yang miskin iman, kita tunjukkan jalan kebenaran-Nya. Ya, semampu kita kerana kita sendiri masih terumbang-ambing dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi dan tahap keimanan.
Moga Allah beri petunjuk dan hidayah buat kita semua
ReplyDeletekadang-kadang terlupa yang dunia ni sementara
dunia ni tempat berpenat lelah mengahadapi ujian hidup
suami adalah imam keluarga..kenapa lelaki zaman sekarang ni SUSAH nak faham?pincangnya nakhoda..pincanglah kapal yg dinakhodanya..
ReplyDeletesemoga kita semua diberi cahaya petunjuk menyuluhi jalan yg lurus meskipun cahaya itu telah lama ada tapi kita buat2 tak nampak..
Mereka yg 'duduk di atas' sekali kena segera tunduk melihat 'yg dibawah' Ujie. Lihat apa jadi kalau agama sering diperlekeh. Selalu agama dipinggir. Siapa yg jadi pemula meminggirkan agama? Kemudian turun kepada organisasi-organisasi termasuklah bahtera keluarga yg dibina. Segera buka mata jgn semata-mata kaya harta sedangkan miskin iman. Mampu membeli sutera/emas beratus ribu, telekung solat RM50 ringgit tak pernah nampak bayang.
ReplyDeleteSesungguhnya semua kelak akan ditanya termasuklah kita. Itu yg kakak paling takut. Buatlah semampu kita boleh lakukan Ujie. Allahuakbar!
lama tak datang singgah sini..terima kasih atas nasihat akak..semoga sy tak menjadi seorang nakhoda yang pincang..memang tak dinafikan ramai lelaki yang mengambil ringan benda2 macam nie..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Cuba tanya orang-orang yang tak solat tu mereka pergi solat hari raya tak?? Tentu majoritinya jawab 'pergi'. Cuba tanya tarawih ada pergi tak? Mesti ada yang kata 'pergi..tapi cuma 3 hari yg pertama'. Cuba tanya masa kempen boikot Mc D, mereka boikot tak? Pasti jawabnya 'mestilah boikot!'
ReplyDeleteItulah masalahnya dalam masyarakat kita, solat fardu tak diberi keutamaan. Yang diberi keutamaan perkara sunat dan perkara-perkara kecil...
teringat masa temuduga dkt pejabat agama dulu.. kena baca surah Al-fatihah & doa kunut.
ReplyDeleteMmg merisaukan, menyedihkan lihat generasi yg mendatang ni tak solat..tak baca Al Quran...
ReplyDeleteMaka makin rosak dan pincang lah negara, semata mata nanti nak kejar dunia
yang hidup dalam limpahan rezeki Allah pun masih tidak pernah bersyukur, dan sanggup lagi melanggar amanah yang di pikul..semata untuk membahagiakan anak isteri di dunia..
ReplyDeleteAlfatihah pun tak tau baca...mmg masalah besar ni.
ReplyDeleteoo, nakhoda itu. Ingatkan nakhoda negara tadi. eheee...
ReplyDeleteselagi boleh belajar..belajar lah..sekurang2 nyer dapat jugak bimbing keluarga...
ReplyDeleteMoga2x diri ini jiga sentiasa ingat dan istiqamah dalam melakukan amal makruf nahi mungkar...insya allah akan perkukuhkan segala basic2x seorang muslim
ReplyDeleteMoga2x diri ini jiga sentiasa ingat dan istiqamah dalam melakukan amal makruf nahi mungkar...insya allah akan perkukuhkan segala basic2x seorang muslim
ReplyDeleteSyukur pada diri sendiri, walaupun suami bukanlah ustaz tapi sekurang kurangnya nakhoda tak pincang....alhamdulilah Ya Allah. Itulah betapa pentingnya memberi didikan agama untuk anak anak
ReplyDelete