Entri ni mengandungi tiga perkara, sengaja saya catatkan sekaligus. Maklumlah, sekarang saya agak kurang rajin menulis blog. Kalau tunggu tulis satu-satu, memang tak terbuat jawabnya.
BLOGGER EITA
Terima kad raya comel dari sahabat blogger - EITA. Seingat saya dah 3 tahun berturut Eita hantar kad raya pada saya. Walaupun Ramadhan tahun ni dah bergelar isteri, masih tak lupa kad raya untuk saya. Terima kasih banyak-banyak pada Eita! Inilah kad raya pertama tahun ini (dan mungkin jugak satu-satunya). Bila dapat kad raya ni, terus terasa aura Hari Raya!
PROMOSI JUALAN RAYA
Promosi kat butik maya saya, bermula hari ni. Kepada yang cari t-shirt labuh (untuk penyusuan dan yang hamil pun ada), tudung cotton empat segi (bidang 50 & 60), wide shawl dan tudung saiz sehingga XXL bolehlah jenguk-jenguk di SINI.
Tawaran yang diberi ni memang istimewa, kalau waktu biasa diskaun 10% tu saya beri untuk belian minima 5 helai. Sekarang ni cuma perlu belanja RM100 sahaja! Kepada yang lelaki mungkin boleh beli sebagai hadiah hari raya untuk yang tersayang (memang sudah beberapa kali pelanggan lelaki membeli tudung/baju dari saya, untuk yang tersayang pastinya).
MEREKA YANG TERUS TERTINDAS
Rasanya kita semua dah pun tahu apa yang berlaku di Gaza pada bulan Ramadhan ini. Mereka terus-terusan diserang tanpa halangan dan pembelaan dari kuasa besar dunia. Hati kita pedih, sedih dengan apa yang menimpa saudara Muslim kita di sana.
Jadinya, apa boleh kita bantu dikejauhan ini? Boikot produk Israel (tak mampu semua, sebahagian atau sedikit pun jadilah), kirimkan doa & solat hajat buat kemenangan mereka (ini paling mudah!) dan hulurkan dana buat mereka. Pastikan ianya ke NGO yang dipercayai seperti Aqsa Syarif (banner di atas).
Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:
1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)
Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)
Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +603-8733 4636 atau +6013 744 4760.
1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain)
Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)
Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +603-8733 4636 atau +6013 744 4760.
membeli sambil beramal
ReplyDeleteBunda singgah...jamu mata t shirt n tudung...salam ramadhan..
ReplyDeleteDah lama benar saya tak terima kad Raya. Nostalgia zaman dulu-dulu....
ReplyDelete1. Kad raya pertama agaknya ye Ujie
ReplyDelete2. Alhamdulillah business menjadi nampaknya
3. Semakin dunia sibuk dgn WC semakin dahsyat serangan dikenakan ke atas saudara kita di sana. Dah tiba masa kita baca qunut nazilah ni Ujie. Surau tempat kakak dah mulakan dah..
comel kad raya ada teddy bear :)
ReplyDeletewah ada diskaun menarik tu
insha Allah sama2 kita bantu sedaya upaya
so cute kad raya tu.. hehe
ReplyDelete#PrayforGAZA :(
tanda ingatan kak..
ReplyDeletenk cuci mata pun susah leni guna phone...harap akak lg suksess niaga
sama2 lh kite berdoa untuk gaza
sama2 kita membantu semampu mungkin
ReplyDeletesalam ramadhan
ReplyDeleteSaya pon ada dpt kad raya daripada blogger. Belum balas lagi. Heheh...
ReplyDeleteDiskaun sempena raya ke nih? Nak shopping, tapi kena berjimat. Huhu..
Ya Allah, sedih sgt pasal Gaza ni. Saya mendoakan Al Qassam dpt menawan lebih ramai tentera Israhell
Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
ReplyDeleteTerkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga
Bagus Ujie...satu entri 3 message sekali gus senang! hehe......
ReplyDeleteRajin Eita mengepos kad Raya yeh....
Kita buat mana yg termampu utk membantu sedara kita di Gaza selain dpd doa...