Thursday, 29 May 2014

Batik Sutera Terengganu

Sejujurnya saya tak pernah tertarik apatah lagi membelek-belek kain batik sutera, walaupun dah beberapa kali ke Terengganu. Yang saya belek dan beli, makanan. Lagipun takut pulak tengok harga batik sutera ni...ratus-ratusan! Yang dekat RM1000 pun ada!
 
Tapi untuk kunjungan kali ini, saya terpaksa membelek-belek batik sutera sebab terima kiriman orang. Dari satu kedai ke satu kedai saya dan suami membelek. Perhatikan corak, material dan harga. Lama-lama...terjatuh suka pulak dengan seni corak batik ni. Aduhai...
 
Hasil pemerhatian dan perbualan dengan penjual batik sutera ni, kami dapati HARGA batik sutera dipengaruhi oleh faktor berikut:
  • material - Crepe, Jacquard, Rayon. Material Crepe paling mahal dan berkualiti, juga mudah digosok dan tidak senang kedut. Diikuti material Jacquard. Yang paling murah dan kurang berkualiti adalah material Rayon. Untuk material Rayon ni kita boleh dapat harga sekitar RM150 untuk kain pasang perempuan (4 meter).
  • corak - lagi banyak corak pada kain tersebut, lebih mahal harganya.
  • cantingan - cantingan yang halus lebih eksklusif dan mahal.
Selain faktor di atas, rasanya mungkin faktor jenama, lokasi dan hasil tawar menawar kita. Faktor kat atas ni pulak hanyalah hasil pemahaman saya dan suami. Tidak dijamin betul tau. Yang paling baik, masa nak beli korang tanyalah soalan kat penjual tu. Kalau dah rasa berkenan betul, harga boleh terima dek akal dan yakin penjual tu tak tipu...bolehlah teruskan pembelian ya.
 
 
Contoh batik sutera material Crepe. Koleksi eksklusif sebab cantingan halus.
Design ni corak jalur untuk bahagian kain. Yang bunga tu bajulah.
Harga tertera RM300 lebih. Tapi boleh dapat kurang dari RM250.
 
Contoh batik sutera material Jacquard. Juga koleksi eksklusif cantingan halus.
Kat kain Jacquard tu sendiri memang ada corak.
Nampak tak? Bukan corak batik tu ya.
 
Kat atas ni antara gambar batik sutera yang saya ambil sebab nak tunjuk (melalui WhatsApp) pada orang yang kirim. Senang kan sekarang, tak payah pergi jauh-jauh tapi boleh pilih apa yang berkenan dari kedai tu. Tapi gambar batik sutera yang dah beli tu saya tak tayang kat sinilah ya. Tak eksklusif pulak untuk tuan punya badan.
 
Oh ya, kalau rasa batik sutera di luar bajet, kita boleh beli batik cotton. Cantik jugak saya tengok. Material Cotton pun selesa dipakai. Tapi lupa nak tanya harganya.
 



19 comments:

  1. Lebih kurang seminggu lagi kakak akan ke T'ganu juga Ujie. Teringin juga membelek sutera mana tahu ada yg berkenan. Nak cari yg murah aje...

    Kakak suka coraknya cantik dan lasting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya..cuti2 family ke tganu! ada yg berkenan jgn tak beli..nanti menyesal. Bak kata kakak saya..:)

      Delete
  2. Kena sokong batik tempatan, sekarang banyak sangat batik dari negara jiran di pasaran Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. batik negara jiran dijual murah kat sini..tu yg jadi pilihan.

      Delete
  3. nieyl pun ade beli gak sutera rm300 huhu~
    pastu byk beli korea punyer...:)

    ReplyDelete
  4. saya lebih tertarik dgn songket berbanding batik..

    ReplyDelete
  5. pernah beli batik ganu dulu. Pastu buat kurung moden. Skali berapa kali je pakai, pastu kawen, jadi gemuk, bersalin gemuk tak turun maka baju tu sia2 pacam tu je 2 pasang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moralnya..kena buat baju kurung biasa je lah kan..buat yg longgar.

      Delete
  6. Masa okje belasan tahun abg mmg buat bisnes batik ni.....sedikit sebanyak mmg biasa dgn jenis kain batik ni....

    ReplyDelete
  7. kalau nak murah..kat desa murni..harga dia memang berpatutan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pegi desa murni (sblh kedai jual batik, sblh lagi jual brg mcm2). Tapi yg akak tengok mcm tak murah utk sutera crepe eksklusif...RM3xx lepas diskaun. Utk baju batik lelaki mcm ok la rege dia.

      Delete
  8. dino kaei nyong mareng tganu orak tuku pun sutera ki,
    nyong tuku kain batik sarung waie..
    tuku keropok iwak, ketam,lekor
    dholan2 pantai de eh best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain batik sarung pun cantik2 sekarang ni kan..

      Delete
    2. ujie
      ngopo kue orak jawab ngomong jowo..
      hehe

      Delete
  9. hari tu pg terengganu x sempat nak belek pun, bkn x sempat.. yg sebenarnya takda niat nak membeli pun hihihihihi

    ReplyDelete
  10. batik kat terengganu nie memang tak dinafikan cantik2 design mereka..kekadang kita rasa batik tempatan mahal sebab ade segelintir peniaga cuba mengaut untung berkali ganda..bila dipikirkan balik quality yang kita dapat, mungkin kita akan rasa berbaloi...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. betul tu...bila cakap pasal batik...1st thing is mahalnya...tapi bila dah explain sikit ni..bolehlah dijadikan rujukan pada masa akan datang kalo nak beli batik nanti kan...TQ sharing info...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****