Daripada Abi Mas'ud, Uqbah bin 'Amr al-Anshari al-Badri r.a. berkata,
bahawa Rasulullah salallahu 'alayhi wa sallam bersabda:
Maksudnya:
"Sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah dikenali orang daripada ungkapan kenabian yang pertama adalah: Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu."
[hadis Riwayat al-Bukhari, Abu Daud]
- Hadis ini BUKAN PERINTAH yang menyuruh kita berbuat sesuka hati ya.
- Tetapi ia adalah ANCAMAN dan PERINGATAN KERAS bagi kita/mereka yang telah TAHU apa yang harus dijalankan dan apa yang harus ditinggalkan.
- Malu itu sebahagian daripada iman. Tanpanya, hilanglah kebaikan dalam diri seseorang.
- Adanya sifat MALU mendorong kita melakukan banyak perkara baik.
- Adanya sifat MALU menjauhkan kita melakukan perkara yang mungkar/tidak baik.
[sumber rujukan: Hadis 40 Imam Nawawi]
*Malulah kepada Allah yang telah menciptakan kita, yang telah memberi segala nikmat hidup. Tunduk dan patuhlah kita pada suruhan dan larangan-Nya*
peringatan bagus..
ReplyDeleteorg skrg dh tahu malu... hmmm...
ReplyDeletetak tahu malu dan angkuh depan tuhan...
ReplyDeletesy malu..kadang2 terfikir tindakan kita betul ke atau memalukan diri sendiri..hopefully setiap pertimbangan bukan mengikut emosi..
ReplyDeleteMalunya kat Allah, bermacam nikmat diberi tapi manusia makin rakus dan alpa
ReplyDeleteMalu itu perlu, supaya manusia tidak angkuh.
ReplyDeletetapi skrg ni......ramai yg dah tak malu.
Sy tak nak mengata org len. Sy sendiri malu dgn diri sendiri sbb masih jauh ke belakang. Sy masih bertatih. Masih jauh nak kejar....
ReplyDelete=(
Malu kat manusia, tapi tak malu kat tuhan. Itulah kita manusia. Leka. Moga kita boleh istiqomah malu sentiasa dengan Tuhan pencipta kita
ReplyDeleteMalu itu perlu ada, sebab Allah sentiasa memerhati.
ReplyDeleteassallam ujie..acik siap print dan tampalkan dimeja kerja..supaya beringat
ReplyDeletememang malu, telah banyak nikmat yang Allah berikan..kita sama2 mencari redha Nya..
ReplyDeletedengan ade sifat malu kita boleh menghalang diri dari melakukan perkara2 yang bodoh..tapi biar laa malu bertempat..jangan nak order air kat kedai pun malu..susah nnt..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
heran juga dengan manusia zaman sekarang.. tahu hukum hakam tapi tak tahu amalkan..
ReplyDeleteSaya kadang2 malu melihat banyak perkara di depan mata. Malangnya saya tak boleh mengubahnya kerana saya tak ada kuasa utk mengubahnya. Utk mengubah melaui undi pun saya cuma ada 1 undi...
ReplyDeleteSifat malu membawa kebaikan kepada kita..
ReplyDeletetengs sbb share..
ReplyDeleteMalu sy dgn Allah. Allahuakbar...
ReplyDeletesekarang malu memang dah takde...
ReplyDeletentah mana diorang letak pun tak tahu..
demi kebaikan... apa salahnya malu
ReplyDeleteperingatan bersama...terima kasih kak Ujie :)
ReplyDeleteerm ramai yg sudah hilang sifat malu...moga sifat malu kita terus terpelihara....
ReplyDelete