Pernah dengar orang hilang ingatan (Amnesia) selepas kemalangan? Amnesia ni pulak ada jenis-jenisnya. Salah satunya pesakit tidak mampu mengingati apa yang berlaku SEMASA kemalangan. Walaupun selepas kemalangan dia mampu bercakap-cakap dan mata terbuka, tapi itu semua tiada dalam memorinya.
Itulah yang terjadi kepada seorang anak saudara saya selepas kemalangan kecil baru-baru ini. Dia terjatuh dari motor yang dinaiki bersama kawannya. Sebenarnya cuma alami luka ringan je. Cuma pelik bila dia macam tak tau apa-apa. Mata celik tapi pandangan kosong. Nasib baik kawannya yang sama-sama kemalangan tu masih okey, bolehlah hantarkan balik rumah. Itu pun dia tak tau nak masuk rumah, kena pegang dan bawa dia masuk. Tak lama tu dia muntah-muntah, dan mula bertanya apa yang jadi kepada dia. Kenapa ada luka-luka, dia ke mana, naik apa dan macam-macam soalan lagi. Ahli keluarga lain jadi terkejut sebab dia tak ingat langsung yang tadi dia jatuh dari motor.
Bila di bawa ke hospital, dia ditahan untuk pemantauan lanjut. Setelah diperiksa, kepala tak cedera cuma ada sedikit benjolan. Alhamdulillah selepas 24jam dia tak muntah-muntah lagi. Cuma masih pening dan sakit kepala. Tapi dia masih tak dapat ingat kejadian yang berlaku. Ingatannya cuma setakat dia ada naik motor, itu pun setelah diterangkan apa yang berlaku.
*update: Menurut doktor Daddy Ziyyad, apa yang anak saudara saya alami ini adalah Post Traumatic Amnesia dan ia bersifat sekejap sahaja. Bukan Retrograde Amnesia (amnesia yang lebih teruk).
Bila di bawa ke hospital, dia ditahan untuk pemantauan lanjut. Setelah diperiksa, kepala tak cedera cuma ada sedikit benjolan. Alhamdulillah selepas 24jam dia tak muntah-muntah lagi. Cuma masih pening dan sakit kepala. Tapi dia masih tak dapat ingat kejadian yang berlaku. Ingatannya cuma setakat dia ada naik motor, itu pun setelah diterangkan apa yang berlaku.
p/s: Bila dah terjadi kepada ahli keluarga sendiri, barulah saya mula faham adanya amnesia begini. Mulalah saya mencari info di internet, kalau ikutkan ini adalah Retrograde Amnesia.
*update: Menurut doktor Daddy Ziyyad, apa yang anak saudara saya alami ini adalah Post Traumatic Amnesia dan ia bersifat sekejap sahaja. Bukan Retrograde Amnesia (amnesia yang lebih teruk).
simpati kat dia..moga cepat sembuh..biasanya org accident ni dia jadi blank, sbb penah borak dgn sorang kakak yg accident sampai tertanggal tumit kaki..sakit pun dia tak rasa masa tu, kesian
ReplyDeleteSaya ada seorg mcm yg kena penyakit gini selepas eksiden. Sampai skrg blom pulih.tapi dia ok. Cuma dia tak ingat yg selalu bantu dia tugas seharian adalah adalah suami dan kedua org anaknya. Kesian.
ReplyDeleteAmnesia pun kena cuba ikhtiar lain Ujie. Anak sepupu kakak pernah kena masa merentas desa sekolah tetiba pengsan - ingatlah sebab terlalu letih bila sedar terus hilang ingatan. Tak ada cedera apa pun. Berubat hospital pakar dan sampai darulsyifa' Datuk Harun Din tau.
ReplyDeleteMoga anak buah ujie cepat sembuh. Ikhtiar Ujie jgn terlambat.
isy meremang baca cerita n baca komen kawan2..bahaya ye.jatuh sikit je tapi effect boleh tahan jugak..hopeully dia cepat sembuh
ReplyDeleteMoga anak saudara akak cepat sembuh...sian kat dia...
ReplyDeleteTIHARA:
ReplyDeleteNgeri lak citer kakak tu.
TP:
Kesiannya..pd dia dan keluarganya. Perlu rawatan intensif.
KAKZAKIE:
Setakat ni dia mcm okey, dah pegi sekolah. Tapi dari masa ke semasa kena perhatikan, kot ada yg tak kena.
Berat jugak jadinya kes anak sepupu akak tu.
ZIE:
Tu la yg akak terkejut, nampak takde apa rupanya ada effect dlmn.
Wow! Sy mmg tak pnh berdepan dgn amnesia mcm ni. Selalu dgr, baca (mcm blog Ujie ni) dgn tgk TV je. Hrpnye anak saudara Ujie lekas sembuh dr amnesia ni....
ReplyDeletemuger cepat semboh yee..,uhUUu
ReplyDeletesemoga dia cpt sembuh..
ReplyDeletebaru tau ada jd kes mcm ni.
sebelum ni tgk citer kat tv je, bila eksiden, hilang ingatan. lps tu ingat balik.
bahaya rupanya jatuh ni wp sikit. smga ank buah akak cpt sembuh.
bila tengok drama pasal amnesia ni macam tak logik pulak. bila dah ada pengalaman (kenal seseorang yang kena) baru la faham kot...
ReplyDeleteSebenarnya, apa yg anak saudara itu alami ialah Post Traumatic Amnesia...retrograde amnesia lebih teruk dimana keupayaan nak recall memory yg terjadi sebelum kemalangan/event, terganggu. Post Traumatic Amnesia bersifat transient/sekejap sahaja
ReplyDeleteDIANA:
ReplyDeleteSetakat ni dia cuma tak ingat kejadian tu je, yg lain2 nampaknya okey..boleh ingat.
DADDY Z:
ReplyDeleteThanks doc.
Saya mmg tunggu doc komen psl ni, sbb info yg dpt dr internet tak berapa jelas kat saya. Nanti saya buat pembetulan info ni.
Kawan den pernah main futsal di bangi...kena bola kat kepala lepas tu hilang ingatan kejap....tak taw balik rumah...pelik....agaknya sama lah tu sakitnya...
ReplyDeletetetiba sy rasa insaf pulak kat ujie. mcm mana lah ye? pagi ni kita sihat, bila ptg jatuh ckit terus tak ingat apa buat, kat mana, apa berlaku..hisy..takutnya..
ReplyDeleteuish..
ReplyDeletetakut jugakkan..
jatuhnya x luka..
tpi kesan tetap ada
mg betullah apa yg dikatakan dek doktor tuu mg cepat sembuh
ReplyDeletepenah dengar kak..tetapi yg selalu dengar ialah lelaki yang amnesia lepas kantoi ngan gf/isteri...hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
AZLAN:
ReplyDelete^__^ itu amnesia buatan..
mujur sekejap je...
ReplyDeletemoga anak sedara akak cepat sembuh...
Semoga dia cepat sembuh, mujur keadaan tu hanya sementara
ReplyDeleteAdik saya mungkin sdg alami perkara yg sama sbb accdnt baru2 ni. Dia x igt apa yg jd pd dia. Harap adik sy cpat sembuh. Aamiin
ReplyDeleteSemoga adik sis cepat sembuh, insya Allah.
Deletelepas beberapa tahun ni, anak sedara saya masih gagal ingat apa yg berlaku masa kejadian. Kiranya, memori tu mmg takde dalam ingatan dia.