Saya sebenarnya tak tahu bila terung sesuai dituai. Maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama saya menanam pokok terung. Hasil membuat carian info di internet, akhirnya kelmarin (Rabu, 11 Februari) barulah saya menuai buah sulung pokok terung panjang ungu.
Terung boleh dituai apabila mencapai saiz bersesuaian dan warna putih di bahagian atas (pangkal) berkurangan. Oleh kerana saya tak pasti bila pokok terung ni mula berbuah (keluar buah ketika saya tinggalkan rumah beberapa hari), jadi saya tak dapat mengira dengan tepat tuaian saya ni pada hari ke berapa selepas ia berbuah. Saya anggarkan sekitar 12 hari.
Dua biji terung tuaian pertama dari dua batang pokok terung saya ni kelihatan kurang cantik sebab ada macam karat pada kulit buah. Carian mendapati ia berpunca dari serangan penyakit. Saya perhatikan memang ada beberapa jenis serangga berumah di pokok terung ni. Nampaknya saya kena lebih rajin buat semburan racun organik. Setakat ni saya guna Mr Ganick Dr Neem keluaran Baba.
Hasil terung pertama saya buat masak terung balado / berlada. Sedap betul dapat makan terung lembut dan hampir tiada biji 😊
Alhamdulillah. Terima kasih Allah 💙


tahniah atas hasil tuaian pertama! takpe ada calar2 pun, yg penting puas hati dapat makan hasil tanaman sendiri. sedapnya masak terung balado pulak tuu!
ReplyDeleteTerima kasih Mazni 😀
DeleteYeayyy dah harvest...apapun masakan kalau melibatkan terung ni memang sodap...SA nak tanam tapi tangan x berbedung..confirm mati...nak cuba guna tangan suami plak..hahahahahha
ReplyDeleteBoleh cuba tu SA. Saya pun suami yang tolong semai biji benihnya. Dah tumbuh, barulah saya yang jaga 😀
Deletetukang kebun tu tengah intai terung mak juga ke tu?
ReplyDeleteterung berlado bertambah sedap bila hasil tanaman sendiri kak
Hihi...nampak je Afzan ya. Dia kerja ngekor kita, macam supervisor check pekerja 😂
Deletelepas ni lagi bersemangat nak bercucuk tanam sayuran pula ;-)
ReplyDeleteHehe..InsyaAllah. Tanam mana yang suka makan je ni.
DeleteYour eggplant 🍆 looks wonderful.
ReplyDeleteWarm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦
Thank you Linda 😃
DeleteTuaian pertama hasil tangan sendri kepuasan tiada terhingga. Peberet terung berlado ni.
ReplyDeleteHehe..betul, rasa puas hati sangat 😃
DeleteSuatu kepuasan bila dapat tunai hasil tanaman. Tak pernah lagi tanam terung, dulu arwah mak suka tanam.
ReplyDeleteAkak ni dah tua gini baru ada rasa nak cuba tanam terung 😄
DeleteWahhh..Sedap ni =q
ReplyDeleteAlhamdulillah rasa sedap sangat, agaknya sebab terung tuai sendiri 😄
DeleteWah... Alhamdulillah. Elok kejadian terung Ujie. Ada ulat sikit-sikit tu, biasa la, kan. Nikmat, dapat masak terung hasil tuaian sendiri ni. 😍😋
ReplyDeleteAlhamdulillah yang ni takde ulat, cuma kulit luar tu jelah rosak karat.
Deletemmg puasssss betul bila berjaya tuai hasil tanaman sendiri hehehe
ReplyDeleteHehee..iya. Seronok!
DeleteAlhamdulillah... Feeling makan tu extra special kan, bila ianya hasil dari tanam sendiri
ReplyDeleteMasa memasak pun dah rasa lain feeling dia tu PH 😀, lagi pulak tuaian sulung.
Deletesedap tu terung petik fresh dr hasil tanaman...lama tk mkn menu terung berlado
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap 😀
DeleteDari batas terus ke atas hidangan.... terbaik
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki merasa.
DeleteMemang nikmat makan terung yang hampir tiada biji..sedapnya
ReplyDeleteKalau petik lambat lagi, agaknya jadi makin tua ada biji.
DeleteAlhamdulillah dapat makan terung lembut tiada biji.
ReplyDeleteSemangat lepas ini tuai terung.
Alhamdulillah...harap terus berbuah, boleh saya tuai selalu 😀
DeleteSeronok ddan bahagia bila tuai hasil sendiri dan masak dan makan huhu :D terbaikk
ReplyDeleteBertambah sedapnya makan dari hasil panen pertama ya kak 😍😍😍🤤. Saya sukaaa terong, apapun jenisnya. Tadi belanja bahan2 basah utk sahur, termasuk beli terong ungu. Saya nak buat Pajeri, dari bumbu Pajeri yg dikasih kak Mulan 😄
ReplyDelete