Terasa pantas masa berlalu, sekejap saja sudah lebih setahun Jojo si anak bulu menjadi sebahagian daripada kehidupan saya dan Encik Suami. Februari 2025 merupakan kali pertama kami hantar Jojo untuk vaksinasi, dan sekarang tiba masa untuk vaksinasi tahunan pula. Saya buat juga appointment untuk Jojo mandi (grooming).
Jojo semakin membesar, saya tukar pet carrier yang bersesuaian untuknya supaya lebih selesa. Namun tetap jua Jojo tak senang duduk sepanjang lebih 20 km dari rumah menuju ke klinik. Macam-macam bunyi keluar, siap bunyi ‘hisss..’ beberapa kali tanda marah atau rasa terancam. Tangannya pula asyiklah mengais sana sini cari cara untuk keluar. Lucu bercampur kasihan saya lihat situasi Jojo π
Sekitar pukul 11 pagi, kami tinggalkan Jojo di Klinik Haiwan DrVET Arau (sebelum ini dikenali sebagai Klinik Haiwan Calico). Kami datang semula pada pukul 4.30 petang untuk berjumpa doktor dan menyaksikan sendiri proses vaksinasi Jojo sebelum dibawa pulang ke rumah.
Perjalanan baliknya, Jojo jauh lebih tenang. Agaknya dah keletihan seharian tak dapat tidur. Sampai rumah, lepas makan Jojo terus cari tempat tidur. Ketika saya menaip entri ini, Jojo baru saja menyambung kembali tidurnya selepas makan dan menjilat bulu. Tidur dengan gaya terlentang, kepala terpusing dan kaki tangan terangkat - seperti foto di bawah π
![]() |
| Foto Jojo pada 4 Februari lalu. |
![]() |
| Klik foto untuk paparan jelas. |
Banyak juga kos kali ini sebab selain grooming dan vaksinasi, doktor beri rawatan ubat cacing dan ubat kutu/hama yang lebih berkesan serta tahan lama - sebabnya ada kutu babi di telinga Jojo. Begitulah kalau dah sayang, berapa pun sanggup dibayar hanya untuk si anak bulu π
Untuk rekod, berat terkini Jojo 6.4 kg.



Saya pengen sebenernya nak bawa anak bulu grooming. Tp ada 1 ekor, dah tua pula, memang ganas sikit π€£π€£. Kuatir pula saya staff groomer akan habis kena cakar dia π π .
ReplyDeleteNantilah, kalau nak bawa sekaligus 5 ekor, memang tak sanggub. Harus 1-1 diantar π€£
Kalau jenis garang/ganas, di sini akan dikenakan caj tambahan π
DeleteJojo lagi berat dari Tot, wpun nmpk lebih kecil saiznya. Lena la tidur dah wangi, bersih hehe
ReplyDeleteStaf klinik kata, Jojo jenis badan sado. Agaknya sebab tu lebih berat.
DeleteHaha...yelah tu.
bole tahan kosnya...cantik si bulus
ReplyDeleteTapi mudahlah sekali pergi buat macam-macam urusan dia. Kosnya jelah π
DeleteAmboi Jojo... gaya tidur tu macam dia terpaling penat dalam rumah tu ye π€£ 6.4kg dah nak hampir sama berat dengan kucing saya si Louis tu.
ReplyDeleteItulah..padahal dia la juara tidur hampir sepanjang siang π
DeleteTerasa berat jugak bila nak angkat kucing lebih 6 kg ni lah π
Suka jalan² la ni Jojo ya sampai ada KB, hihi. Semoga Jojo sihat² selalu begitu jugak tuan Jojo.
ReplyDeleteIya, siang biasanya tidur kat rumah, malam sibuk nak keluar merayau.
DeleteAamin...terima kasih doa SK.
Kutu babi?....pernah kutu ni masuk pusat masa kecik2 dulu. Degil bila nak cabut dia. Cengkamannya kuat.
ReplyDeleteSusah nak cabut kan. Kena guna minyak bagi cengkaman kurang.
DeleteEh, cantik pulak carrier dia cam tu... ada window pulak
ReplyDeleteSiap ada macam langsir tau, boleh lepas ke bawah atau gulung ke atas π
Deletehuntong arrr jojo ada org byr kan bil... sebab tu makin bam bammmmm eeee geramnyaaaaaaa
ReplyDeleteSenang hati ek...kerja dia makan tidur pastu mintak bermanja π
DeleteSemoga Jojo terus membesar dengan sihat. Geram tengok dia tidur, rasa nak tepuk-tepuk.
ReplyDeleteAamin...
DeleteSaya kadang usik pegang tangan kaki dia masa tidur. Geram π
Hi Jojo lama tak nampak. Kesian ya ada kutu babi ya. Moga sihat selalu.
ReplyDeleteRajin merayau masuk semak sana sini, dapatlah kutu babi π
DeleteAamin..
Aduhai..SA lupa la beli ubat kutu kucing untuk Brown...ok nak order...
ReplyDeleteKalau dok dalam rumah je mungkin kurang risiko kena kutu. Ini keluar masuk rumah sesuka hati π
Deletekemain ye jojo, tidur tak ingat dunia! bagusnya klinik ni siap ada pakej grooming. tmpt saya ni selalunya grooming hantar lain, pergi klinik just utk rawatan je.
ReplyDeletebila dah ada kucing ni, sanggup berhabis duit kan
Itulah...syukur ada klinik gini kat sini. Mudah sekali pergi je.
DeleteHehe..iya, dah sayang kan.
Untung Jojo ada papa dan mama yang sangat sayang padanya.
ReplyDeleteKami pun rasa untung jugak sebenarnya, Allah hantar Jojo yang baik dan manja. Jadi tambah seronok hidup layan dia π
DeleteLama ya kena tinggalkan Jojo dekat klinik.
ReplyDeleteTakpelah setahun sekali. Hehe betullah itu kalau sudah sayang kena ambil berat kesihatan Jojo. Semoga Jojo sentiasa menceriakan kehidupan Puan Ujie dan suami.
Bertuah la si jojo dpaat rawatan dan spa dapat itu ini hahahaha..
ReplyDelete