Monday, 23 February 2026

Beli Apa di Bazar Ramadan?

Petang semalam saya dan Encik Suami ke bandar Kangar bagi membeli keperluan dapur. Sengaja pergi lepas waktu Asar, jadi bolehlah kami singgah di bazar Ramadan. Kami tinggal di penempatan yang agak terpencil, tak ada bazar Ramadan berhampiran (sekurang-kurangnya sekitar 10 km radius). Orang berjualan di tepi jalan pun hampir tak kelihatan, tempat tak ramai penduduk jadi tak sesuai berjualan.

Ini merupakan kali kedua kami ke bazar Ramadan sejak berhijrah ke Perlis. Tahun pertama berpuasa di sini kami pernah ke bazar Ramadan di Jalan Kok Mak, Padang Besar. Tahun kedua (tahun lepas) langsung tak jejak kaki ke bazar Ramadan di sini.

Terdapat banyak juga pilihan bazar di sekitar bandar Kangar, lokasi paling terkenal - bazar Ramadan di Gua Sami (Gua Cenderawasih). Entah bila nak pergi, bila terkenal tu tentunya keadaan sesak dan susah cari parkir. Rasa malas pulak 😅

Kami ke bazar Ramadan yang terletak di Jalan Penjara, bandar Kangar. Jaraknya kira-kira 25 km dari rumah. Kalau saja-saja mungkin tak sampai, tapi sebab sekali jalan dengan nak membeli keperluan dapur jadi oklah kan.

Gerai jualan tak banyak sangat, jalan sekejap dah habis pusing semua gerai jualan. Pengunjung tak begitu ramai, tak sesak nak membeli. Saya suka begini, santai je.

Kami beli apa?

Encik Suami awal lagi dah sebut nak beli murtabak. Jumpa gerai pertama jual murtabak, terus beli satu keping. Harganya RM6.

Saya nampak penjual sedang menggoreng popia, terus rasa teringin. Beli empat, harganya 1 biji/RM1.

Encik Suami beli kuih akok. Harganya 4 biji/RM6. Eh, macam mahal jugak ya sebiji RM1.50. Ke memang biasa harga gitu? Saya jarang membeli kuih jadi tak tahu harga semasa.

Beli sebungkus Laksa Kuala Perlis, harganya RM4. Saya kurang gemar laksa begini mungkin sebab ia bukan makanan biasa orang selatan. Saya cuba biasakan diri makan laksa sejak berhijrah ke utara kerana ia menu yang sering dihidangkan di kenduri atau acara makan-makan. Tak sedap juga kan kalau selalu menolak pelawaan orang untuk makan laksa. Kena biasakan diri, nanti lama-lama sukalah.

Nampak penjual sedang menggoreng jemput-jemput jagung (loghat tempatan sebut ‘coq jagung’). Teringin pulak, saya beli RM3 dapat 15 biji.

Jumpa satu lagi gerai jual murtabak - Murtabak Mie Warung Ali Kopi. Pelanggan beratur menunggu giliran. Warung Ali Kopi merupakan antara kedai makan terkenal di Kangar, tapi saya belum pernah makan situ.

Tengok ramai beratur, Encik Suami teringin nak mencuba. Tadi awal-awal dah beli sekeping murtabak, tambah lagi dua keping beli di sini 😀. Boleh buat stok makanan frozen. Harganya RM6/sekeping.

Murtabak di sini cuma diberi pencicah cuka bawang, tak ada pilihan kuah kari atau dhal. Sebelum ini saya dah cuba makan murtabak dengan cuka bawang, tapi nampaknya masih belum boleh diterima tekak. Begitulah kepelbagaian makanan di negeri berbeza, kita raikan dan cuba belajar menikmatinya.







42 comments:

  1. Dana pun suka ke bazar yang tak sesak kak... tapi lama betul tak ke bazar kalau ada pun suruh Edy pergi itu pun beli sejenis 2 je. Dana faham sebagai orang dari selatan yang berhijrah jadi banyak makanan tak kene dengan tekak kita. Laksa penang sampai sekarang dana tak berapa suka, kadang-kadang je makan bila teringin. Lepas tu kat johor cicah murtabak ada kari kan tapi kat belah-belah sini takde kak, kt kl pun memang cicah dia cuka tu tapi dana suka lak makan murtabak dengan bawang cuka tu hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kat KL pun bagi satu jenis pencicah je. Kalau dulu masa di NS, dapat dua jenis kita boleh pilih makan ikut mana suka.

      Agaknya sebab akak tak suka makan bawang, jadi susah sikitlah nak terima tekak 😄

      Delete
  2. Bestnya bazar tak ramai orang. Tenang sikit nk membeli kan. Laksa utaqa saya sukaaa, tapi laksa johor saya tak reti makan sangat, hehe.
    Samalah, murtabak tu saya tak suka makan dgn cuka bawang tu. Kalau takde kuah kari, rela lagi makan kosong gitu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kan…cita rasa tiap kita berbeza 😀

      Delete
  3. Aduhai rindu nk pegi bazaar ramadan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan sesak, panas, tentu kurang rasa rindu tu 😄

      Delete
  4. Bila berhijrah nie mmg byak benda nak kena adapt terutama skali bab makan... sy masa mula2 pindah dr sabah ke Pontian mmg byak juga craving makanan sabah haha.. bazar tak crowded nie best sikit cuma kdg2 gerai tak byak sgat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena masak sendiri la kan, makanan Sabah tu 😀
      Betul, gerai tak banyak, pilihan makanan kurang, sebab tu takde crowd 😅

      Delete
  5. Barang makanan dah mahal tapi kangar pun mahal juga ke. Ingatkan murah dari kami di lembah klang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang pembeli agaknya, jadi kena letak harga tinggi untuk cover kos.

      Delete
  6. Kalau boleh hendak juga selalu ke bazar Ramadan rapi memikirkan kesesakan di bazar dan sesak jalan raya, batalkan saja hasrat itu. Sekali sekala bolehlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..betul, sebab tulah saya jarang sangat ke bazar.

      Delete
  7. Sy suka Bazar/pasar yang tak sesak macam ni... Boleh fokus nak beli apa, berkenan terus grab.
    Boleh tahan juga harga makanan di sana pun ye... Murtabak Pak Tam di tempat Sy murah seringgit ie RM5 sekeping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana Perlis lebih mahal pulak ni? 😅

      Delete
  8. Bertahun dah tak jejak bazar Ramadan. Husband je singgah gerai2 tepi jalan beli apa yang dia nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang gitu kan. Kami ni takde orang berjualan, kalau dulu suami balik kerja boleh singgah beli.

      Delete
  9. Hari nu uncle singgah jugak param... beli murtabak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murtabak pilihan ramai nampaknya ya 😀

      Delete
  10. Kalau saya suka murtabak dengan pencicah cuka bawang. Boleh lawan rasa muak rempah pada murtabak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…tekak dah biasa makan murtabak cicah kuah dhal/kari, jadi susah nak ubah agaknya.

      Delete
  11. kalo ke bazar slalunya cr kuih tepung pelita or akok...murtabak pn suka juga bln ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak tepung pelita, tapi tak ada orang jual pulak.

      Delete
  12. boleh tahan juga ya harga makanan kat sana... sini, akok sekeping RM1... murtabak RM5

    ReplyDelete
  13. terasa mcm mhl jugak akok 1.50 sebutir tp mgkin sbb hrga telur pun dah mahal skrg jd mmg xda pilihan melainkan tpksa jual hrga cmtu sebiji.. tekak ana pon xleh telan mkn murtabak cicah kuah bwg tu tetap nak cari yg ada kuah kari / dhal hehe

    ReplyDelete
  14. Ha orang utara memang makan murtabak dengan pencicah cuka bawang. Mula-mula KSarie duduk di Selangor musykil bila di sini makan murtabak dengan kuah dal dan kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…gitulah kan, murtabaknya sama tapi pencicah berbeza. Saya mula-mula dulu, terkejut tengok dapat kuah pink 😄

      Delete
  15. Saya prefer murtabak dengan cuka bawang dari cicah kari. Standard harga kuih akok sini pun sebiji RM1.50. Wah, cucuq jagung pun dia ada jual, ya. Saya pun suka bazar yang kurang orang.
    Saya pun kurang suka laksa. Kalau diberi pilhan nasi dan laksa, saya akan ambil nasi. Laksa buat saya semput (asma).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..sama harga akok kita.

      Mujurlah Nur kurang suka laksa tu, memang kena elak demi kesihatan.

      Delete
  16. Kuih-muih ni kalau sedap ok la kan tapi tak tahu bila beli dapat sebaliknya pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…itulah, bila membeli ni kena sedia risiko makanan tak kena selera kita.

      Delete
  17. Salam Ramadhan Kak Ujie. Walaupun dah seminggu berpuasa, kiteorang belum lagi berkesempatan ke bazaar Ramadhan kat sini walaupun ada je yg dekat dengan rumah 😅 tahun ni tak rajin bersesak2 kat bazaar Ramadhan lagi2 dgn penularan wabak tibi baru2 ni huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan Carneyz 😊
      Iya, elok gitu elak tempat sesak.

      Delete
  18. linda kalau murtabak, makan macam tu je pun takpe... linda suka laksa.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat murtabak sedap tak kering, memang boleh makan gitu je. Kadang isi kering, jadi lebih berselera makan dengan pencicah.

      Delete
  19. Kami memang makan Murtabak dengan cuka bawang. Tahun ni belum ke Bazar Ramadan lagi. Tapi semuanya nampak sedap kan.

    ReplyDelete
  20. Wah ....dah ke Bazar ye Ujie.. Saya belum lagi untuk tahun ni..
    Saya juga bukan leminat laksa utara versi kuah asam rebus tu tapi lebih minat laksa utara jenis lemak.
    Dah habis ke stok murtabak tu?🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan nak beli barang dapur, sekali jalan lah. Bazar pulak jauh dari rumah, kena plan bila nak pergi 😄

      Ooh..tu beza dia. Asam rebus dan lemak. Saya pernah beberapa kali orang bagi laksa lemak tu, memang kena selera saya 😋. Tapi belum jumpa lagi orang hidang di kenduri atau yang dijual.

      Haha…belum, ada satu lagi frozen tu.

      Delete
  21. Samaaaa. Saya kalau pakai acar bawang, tak akan mau makan. Memang tak suka bawang yg dibuat begitu.

    Lebih suka bazaar ramadhan yg tak terlalu ramai, jadi tak pening nak beli apa.

    Kalau macam yg di KL, yg panjangnya dah kayak ular naga, memang tak sanggub rasanya 🤣🤣🤣. Jalan kaki sampe ujung hanya utk liat menu2, langsung berbuka puasa saya rasa 😅😅.

    Laksa Penang dulu saya susaaah sangat nak suka Kak. Apalagi kuah dari ikan. Sementara saya tak terlalu suka yg begitu. Fishy bagi saya. Tapi teman ajak lagi makan di tempat lain. Dan ntah kenapa sedap pula hahahahha. Akhir nya jadi suka laksa Penang.

    Tp memang tak semua seller sedap buatnya.

    ReplyDelete
  22. So far dah singgah 2 Bazar iaitu kat Putrajaya dan depan Tenera Bandar Baru Bangi.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****