Catatan hari Jumaat - Isnin | 30 Januari - 2 Februari 2026.
Alhamdulillah baru-baru ini saya dan Encik Suami berkesempatan pulang ke kampung halaman kami nun di selatan Semenanjung Malaysia. Dua hari cuti hujung minggu dan ditambah dengan dua hari cuti tahunan, dapatlah empat hari. Bukan setakat balik kampung, kami sempat singgah di beberapa tempat.
Laluan perjalanan kami :
Rumah Perlis -> Selangor -> Kuala Lumpur -> Johor -> Selangor -> Rumah Perlis
Jumaat malam Sabtu - kami menginap di Hotel Tenera, Bangi. Rupa-rupanya barisan pemimpin tertinggi Pas juga sedang berkumpul di hotel ini selama tiga hari bagi menghadiri program parti.
Awal pagi Sabtu - kami menuju ke Damansara atas urusan Encik Suami. Selesai urusan, barulah kami meneruskan perjalanan ke arah selatan. Perjalanan tak begitu lancar, maklum saja ramai yang ke sana ke sini sempena cuti hujung minggu panjang bagi kebanyakkan negeri - kami di negeri Perlis tak ambil cuti Thaipusam.
Alhamdulillah…lega tengok jambatan di bandar Pontian sudah siap dibina. Sebelum ini, (dalam ruangan komen) rakan blogger Sii Nurul ada maklumkan berkenaan hal ini. Dengan siapnya jambatan ini, tidaklah sesak dan serabut keadaan di sini pada hari raya nanti.
Cuma satu malam kami berada di rumah mak saya, esoknya tengah hari kami bergerak ke rumah mak Encik Suami di Batu Pahat.
Petang Ahad - kami bersama mak pergi ke kedai Kerepek Mastuki yang terletak di Parit Lapis Laman, Parit Sulong, Batu Pahat. Tujuan ke sini - misi mencari kerepek tempe kegemaran saya 😁. Kedainya luas dan ramai pelanggan. Terdapat pelbagai pilihan kerepek, keropok mentah dan kuih raya. Kami beli kerepek bawang, beberapa jenis kerepek tempe dan mi siput mentah.
Selesai beli kerepek, kami singgah makan mi bandung di Warung Mee Bandung Wak Oden 40 Hari. Sedap rasa mi bandungnya, sesuai dengan cita rasa saya.
Juga cuma satu malam kami di kampung Encik Suami, esoknya (hari Isnin) sekitar pukul 10 pagi kami bertolak balik ke rumah Perlis.
Singgah Mahnaz Food yang terletak di Shah Alam sebab nak membeli kurma dengan harga borong. Selain kurma, terdapat pelbagai pilihan makanan kering dari negara Timur Tengah. Ada juga manisan seperti kunafa dan Turkish Delight. Teringin nak mencuba Turkish Delight, saya beli beberapa jenis - ada yang saya suka dengan rasanya dan ada yang membuatkan saya serik nak membeli 😅
Perjalanan balik ke utara secara keseluruhannya lancar. Kami selamat sampai di rumah kira-kira pukul 11.30 malam. Alhamdulillah…lega rasa dapat menjenguk kampung walau cuma seketika.






ye la Ujie...walau sekejap aje kan..tetap la rasa keseronokkannya...SA x pernah sampai lagi area keropok kerepek ni...nampak menarik..boleh la ajak suami nanti
ReplyDeleteBatu Pahat terkenal dengan kerepek, sesuai sangat SA ke sini. Ada macam-macam jenis kerepek, siap tester. Boleh cuba makan sebelum beli.
DeleteKerepek tempe pun ada, ya. Bestnya kedai jual macam-macam kerepek. Telan ailio saya tengok mi bandung tu. Alhamdulillah, dapat jenguk mak dan mentua di kampung. Penat tu, banyak tempat pergi dan bermalam.
ReplyDeleteKerepek tempe ada beberapa perisa. Sedap kalau jumpa yang buat nipis, rangup.
DeleteMemang penat, seharian lepas balik rumah tu kena rest pulihkan badan 😄
Waaah baru balik bercuti kakak yaaa ☺️
ReplyDeleteIssh keripik tempe saya juga sukaaaaa. Kalau sedang ke bandung atau Surabaya, saya pasti cari keripik tempe. Ntah kenapa 2 kota ini keripik tempenya bagi saya lebih sedap.
Mi bandung ini yg saya belum coba samasekali tiap ke Malaysia.
Kalau Turkish delight, saya menyerah lah, memang tak sanggub makan 😄😄.sebab manis. Teringat pas di Azerbaijan, ada yg jual juga. Trus ternyata tak boleh beli sedikit, wajib 1 kotak. Saya makan dengan teman, seriuuuus tak habis sampai hari ke 4 . Manisnya menusuk kalbu 🤣🤣
Mi bandung di negeri Johor berbeza dengan mi bandung luar Johor. Akak lebih suka versi di Johor 😀
DeleteTurkish delight yang ini, penjualnya bagitau tak manis sangat. Memang betul tak manis sangat, tapi rasa makanan itu sendiri yang akak kurang suka 😄
mee bandung muar mmg sedap., hehe
ReplyDeleteNi mi bandung Batu Pahat. Ada beza tekstur dan rasa kuahnya. Tapi dua-dua pun unik dan sedap 😋
DeleteSedapnya mi bandung lama tak makan.
ReplyDeleteAkak kalau balik Batu Pahat suka cari mi bandung sebab berbeza dengan mi bandung di luar Johor.
DeleteBatu Pahat selalunya orang cari nasi beriyani...
ReplyDeleteTu ya juga, selain tu orang cari mi bandung BP. Ada beza dengan mi bandung Muo 😀
DeleteAlhamdulillah berjaya cover dua² kampung :) Sekejap pun takpe, janji dapat jenguk ayah bonda.
ReplyDeleteSy dah lama tak ke Pontian, banyak perubahan dah agaknya sekarang.
Perubahan terkini...jambatan di bandar sudah bertukar wajah. Lebih luas dan selesa 😀
Deletemee bandung muar..dap tu.. tapi x ramai peniaga yg nak letak daging.. kalau nak, mmg kena balik muar jawabnya.. haha
ReplyDeleteYang ini memang mewah dagingnya, lembut pulak tu. Puas hati makan.
DeleteDana balik kampung aritu tak siap lag jambatan tu kak... skrg dh siap elok la tak jem kat situ... bertahun jugak nk tunggu siap tu. Tergoda tengok kerepek tempe pedas tu kak... kadang payah nk jumpa yang sedap.
ReplyDeleteItulah, lama sungguh kan pembinaannya. Syukur sangat dapat siap sebelum raya tahun ni.
DeleteKat sini ada tester, jadi bolehlah rasa mana yang kena selera. Sudahnya, banyak jenis pulak kerepek tempe yang akak ambik sebab hampir semua sedap 😃
Kalau saya ke tempat keropok kerepek ni memang mata 360 darjah ni nak beli apa. Mesti pulang bukan dengan tangan kosong la obviously. Hehe
ReplyDeleteKan…saya ni konon nak beli satu dua pek untuk makan sendiri, sudahnya banyak pulak sebab fikir jarang-jarang dapat ke sini 😄
Deleterasanya macam kedai kerepek yang sama adik ipar pernah bawa dulu... boleh tahan jauh perjalanan balik ke kampung.. hujung ke hujung
ReplyDeleteHehe…itu yang banyak habis masa di jalan, jadi sekejap jelah di kampung.
Deletesy dgn suami kalau pergi batu pahat tak tahu nak ke mana...nti kalau nak balik Sabah bolehlah singgah kedai Kerepek Mastuki nie bikin beli ole-ole
ReplyDeleteHaa..sesuai sangat!
DeleteAlhamdulillah penuh aktiviti masa cuti.
ReplyDeleteWah beli kurma ajea ya? Banyak borong mesti untuk diagihkan sempena Ramadhan.
Iya, beli Ajwa. Hehe..insyaAllah Na, gitulah niatnya.
DeleteMee Bandung Wak Oden nampak sedap sangat. Alhamdulillah dapat balik kampung walaupun sekejap ya Ujie.
ReplyDeleteAlhamdulillah…tak dapat nak berlama, ikut sempat jelah.
Deletesedapnya dapat mee bandung ori dari johor. tapi negeri kelahiran asal dia kat muar lah kan. turkish delight tu sama tak macam baklava? sbb tgok gmbar tu macam kalerful sikit kuihnya. tapi confirm rasa manis leting kan
ReplyDelete