Beberapa tahun lalu, saya dan Encik Suami pernah makan di FLOW Smoke & Brew yang terletak di Kg. Chubadak, Kuala Lumpur - entrinya DI SINI.
Kemudian menerusi perkongsian sahabat blogger Ily pada bulan lepas, barulah saya tahu FLOW Smoke & Brew sudah pun membuka cawangan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Menarik!
Kebetulan minggu lepas kami menginap selama tiga malam di Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi - bolehlah mencuba makan di FLOW BANGI Smoke & Brew yang terletak di Bangi Gateway. Dekat je. Kami ke sini pada waktu senja, selepas Encik Suami balik kerja.
Senang nak kenal pasti restoran ini - di hadapan kedai ada alat salai dan susunan kayu api di rak. Ia bukan sekadar hiasan tapi digunakan untuk memasak daging dengan cara salai. Jadi, hasilnya memang tak mengecewakan - daging lembut dan berjus.
Rupa bahagian dalam restoran. Dekorasi menarik dan suasana yang cukup selesa untuk kita menikmati hidangan.
Pesanan makanan dibuat dengan cara imbas kod QR. Saya screenshot sebahagian menu sebagai rujukan. Buku menu turut disediakan, bolehlah membelek dengan lebih puas mata berbanding membelek menu pada skrin.
![]() |
| Smoked Lamb Ribs |
Macam biasa, kami pilih menu berbeza supaya boleh berkongsi merasa makanan berlainan. Pilihan saya Smoked Lamb Ribs / RM54.90 dan Encik Suami pula memilih Smoked Beef Back Ribs / RM99.90 (tiada foto). Menariknya di sini, pelanggan juga diberi pilihan side dish sama ada mahu mashed potato, steakhouse fries atau waffle fries.
Mana satu lebih sedap? Kami sepakat - Smoked Lamb Ribs lebih sedap, lebih lembut. Recommended!
Minuman saya - soda lemon asamboi / RM10.90.
Hari esoknya, sekali lagi kami ke sini untuk makan malam. Kali ini kami memesan tiga jenis makanan - mushroom soup, steakhouse fries dan nasi goreng kambing.
Mushroom soup rasa sedap, cuma ia terlalu pekat. Saya kurang suka tekstur begini. Steakhouse fries dengan tiga jenis sos pencicah tu memang sedap. Nasi goreng kambing (tiada foto) pun sedap sesuai dengan cita rasa kami.
Alhamdulillah…senang hati dapat makan sedap di tempat yang selesa begini. Cuma mungkin perlu ditambah baik cara servis oleh pelayan - ianya hal-hal kecil yang memberi nilai tambah pada sesebuah perniagaan.
***********************************
FLOW BANGI Smoke & Brew
D-7-G, Bangi Gateway,
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Waktu operasi :
Selasa - Jumaat | 4 petang - 11 malam
Sabtu | 12 tengah hari - 11 malam
Ahad | 12 tengah hari - 10 malam
Tutup | Isnin
Lihat menu penuh -> DI SINI






Mushroom soup memang nampak sangat pekat.
ReplyDeleteTak apalah, yang penting boleh diterima tekak.
Sup kalu pekat memang kurang samaaa la ciknur ni
ReplyDeleteSoda lemon asam boi nmpkkk sedapp
Tak suka jugak sup terlalu pekat. Nampak sedap semua tu. Ruang makan selesa & cantik.
ReplyDeleteKalau daging salai, mesti ambil masa lama untuk masak. Tapi rasa smoky tu memang sedap. Wah... harga bapakkk...
ReplyDeleteDekat sgt dgn rumah ayah mertua ni... Boleh terjah sekali sekala huhuu
ReplyDeleteSedapnya menu² pilihan, datang dua kali untuk mencuba menu yang berbeza. Menarik dan cantik tempatnya tu, jika ke Bangi boleh singgah ni.
ReplyDeleteMushroom soup tu nampak sedap dengan warna agak gelap tak macam biasa. Cuma agak pekat ya. Menu semua sedap ni
ReplyDeleteAduh, rugi takde foto makanan RM99 tu hihi... Gurau² je tau PU 😁
ReplyDeleteoh duduk belah luar ke, patut selalu tak perasan.
ReplyDeleteboleh masuk dalam list ni :D
uittt boleh masuk dalam list ni.. kekadang klu ke bangi x tau nak makan kat mana
ReplyDeleteNampak pun dah sedap...apa lagi kalau dapat makan...hihihi
ReplyDeleteKalau makan macam ni memang ngam dengan minuman bersoda & berlemon tu
Soup tu nampak cantik je texture dia... Uncle tak suka kalau cair sangat
ReplyDelete