CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025
Sambungan dari catatan terdahulu --> Makan Tengah Hari di Yi Chun Garden Beef Restaurant, Kunming
Lincang merupakan destinasi tujuan kami di wilayah Yunnan. Jaraknya lebih 500 km dari Kunming - ibu kota dan bandar terbesar di wilayah Yunnan.
Kami menaiki kereta api laju China Railway High-Speed (CRH) dari Kunming Nanyao Railway Station dan turun di Lincang Railway Station. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam.
Kunming - Lincang
Harga tiket Second Class Seat - 246 yuan (kira-kira RM145)
Terasa jauh juga kami perlu berjalan mengheret bagasi dari teksi ke pintu masuk stesen. Mujurlah pemandu teksi jadi pemandu arah, kami ikut saja langkah kakinya di celah orang ramai.
Pintu masuk stesen, hanya penumpang tren saja yang boleh masuk. Setiap orang perlu sahkan ID (dokumen pengenalan) untuk masuk. Kami masuk laluan Manual ID Verification - tak perlu tunjuk tiket tren, cuma serahkan pasport kepada petugas untuk pengesahan. Pembelian tiket (yang dah dibuat sebelum kami tiba di Kunming) menggunakan nombor pasport, jadinya petugas cuma perlu scan pasport dan buat pengesahan.
Masuk ke ruangan menunggu, terus cari tempat duduk berhampiran pintu masuk ke platform. Kami terpaksa duduk berasingan memandangkan tak banyak kerusi kosong, tapi kedudukan kami tidaklah begitu jauh antara satu sama lain.
Sementara menunggu, sempatlah saya ke tandas berhampiran. Kemudahan tandas di sini berada pada tahap memuaskan, terdapat banyak unit tandas dan selesa digunakan - kecuali bab tiada air tu memang dah sedia maklum. Dalam beg perlu sentiasa pastikan ada portable bidet, wet tissue dan tisu biasa - benda penting untuk urusan tandas.
Pintu masuk ke platform di buka kira-kira 20 minit sebelum waktu berlepas. Kami masuk barisan Manual Check-in, sekali lagi kita cuma perlu hulurkan pasport kepada petugas. Tiket hanya untuk rujukan - nombor koc dan nombor tempat duduk.
Tren CRH yang kami naiki - berwarna putih dengan jalur biru. Tempat duduk kami di koc 3, tetapi kami tersilap menunggu di tempat koc 15 berhenti. Apa lagi…berlari-larilah kami menuju ke koc 3. Fuh! Syukurlah kami sempat masuk ke koc terdekat sebelum tren mulai bergerak.
Tempat duduk kami di koc Kelas Kedua dengan susunan kerusi 3-2. Saya duduk di tengah, sebelah kiri Encik Suami (aisle seat) dan sebelah kanan saya seorang wanita tempatan.
Ada tempat letak beg di bahagian atas, tapi disebabkan kami masuk lambat maka semua tempat dah dipenuhi dengan bagasi penumpang lain. Terpaksalah letak bagasi kami di ruang kaki, mujurlah ruang kaki tren ini cukup luas.
Begini rupa tempat duduk dalam tren. Bersih dan selesa sesuai bagi sebuah perjalanan jauh, kecuali kami agak kurang selesa sebab ada bagasi di ruang kaki.
Tren CRH yang kami naiki ini jenis D-train dengan kelajuan maksima 250 km/j. D-train merupakan kereta api laju CRH yang kedua terpantas.
Selain paparan kelajuan tren, turut dipaparkan suhu di luar (apabila tren berhenti di stesen-stesen). Saya jadi teruja apabila tren berhenti seketika di stesen Dali - salah satu destinasi pelancongan popular di wilayah Yunnan. Moga suatu hari nanti saya berpeluang kembali ke Yunnan untuk kembara santai pula.
Pemandangan di sepanjang perjalanan begitu menarik dengan bukit-bukau, pergunungan dan kawasan pertanian. Tapi disebabkan kedudukan saya di tengah, saya hanya mampu memandang ke luar jendela tanpa dapat merakam foto atau video.
Sehinggalah penumpang di sebelah saya turun di salah sebuah stesen, akhirnya dapat juga saya duduk di tepi tingkap memerhati pemandangan luar. Tren ini bergerak laju, jadinya saya hanya sempat memotret apabila tren kembali bergerak setelah berhenti seketika di stesen laluan.
Antara pemandangan yang saya saksikan - kawasan pertanian terbentang indah dengan latar perbukitan dan pergunungan.
Perjalanan tren ini banyak melalui terowong, keluar terowong disajikan pula pemandangan kawasan pertanian dan penempatan penduduk.
Alhamdulillah kami sampai di Lincang kira-kira pukul 5 petang.
subhanallah, cantik betul pemandangan dari dalam train! nasib baiklah orang sebelah tu turun awal, dapatlah duduk tepi tingkap.
ReplyDeletedali tu memang tempat perlancongan famour kat yunnan kan. saya teringin nak pergi situ!
InsyaAllah Mazni, moga ada rezeki kita untuk ke Dali.
DeleteMacam jauh sangat pulak tu tersalah tempat menunggu. Kita pulak yg berdebar baca, mujur sempat naik koc tapi bukan koc sebenar kan. Besar betul train ni, nampak selesa. Keretapi laju dgn kelajuan 250km/h, tapi cantik gambar yg dirakamkan tu, Ujie.
ReplyDeleteMasa tu bersesak, jadi susah nak perhatikan tempat yang betul. Tengah kalut tu pulak tren sampai 😅
DeleteYa, tak dapat masuk terus ke koc 3, masuk mana yang dekat lepas tu jalan dari satu koc ke satu koc sampailah koc 3.
Dapat rakam gambar elok tu masa tren slow, baru nak gerak lepas berhenti di stesen.
Wah, tren laju. Nasib baik sempat naik, ye. Lawa pemandangan kawasan pertanian.
ReplyDeleteTak tau laa macam mana ceritanya kalau tak sempat. Syukur Alhamdulillah! 😄
DeleteIya, seronok tengok ladang-ladang terbentang luas.
Semoga penerbangan selamat sampai..lancar semua urusan ya. aamiin..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selamat balik. Ni catatan lepas, bulan April 😀
DeleteJauhnya perjalanan. Nasib baik guna keretapi laju jadi 4 sahaja tempoh perjalanan.
ReplyDeleteItulah…Alhamdulillah cuma 4 jam 😄
DeleteAlhamdulillah sempat ke koc. Start trip di Jepun, baru lah kami belajar selok belok naik train, platform mana dekat, koc mana, tunggu mana. Terkadang silap kena pecut jugak.
ReplyDeleteTempat baru sampai, tak biasa, memang ada kala tersilap 😄
Deletenampak selesa dalam tren tu kak, payah betul kalau kt negara yang tak guna air dlm toilet tu ek kak.
ReplyDeleteMemang leceh, sebelum masuk nak kena isi air dalam botol portable bidet. Tu pun akak berusaha takmo orang nampak, tak selesa orang pandang-pandang kita isi air 😄. Lepas tu kalau setakat buang air kecil ok lagi, kalau buang air besar susahlah 😅
DeleteAlhamdulillah sempat masuk koc yang betul. Tempat duduk dan ruang kaki nampak selesa. Lawalah gambar ladanfg tu... seronok tengok negara luar yg masih mengekalkan pertanian dlm skala yg besar dan mementingkan keterjaminan makanan utk rakyat tanpa nak bergantung sangat kpd import
ReplyDeleteMasa tengok ni, terus terfikir….patutlah kat negara kita banyak import sayur China, punyalah luas ladang tanaman mereka.
Delete155kmj? Wow lajunya!
ReplyDeleteTapi kan….tak terasa laju sangat pun 😀
Deletesyukur sempat, laju erk 155/kmj?pemandangan kawasan pertanian pun subhanallah..tenang je walau tengok dari gambar..
ReplyDeleteJadi tak bosan duduk berjam dalam tren bila tengok pemandangan gini.
DeleteJadi ingat saya ada teman kuliah di Penang dulu, yg asalnya dari Dali juga. Sayang kamu terputus kontak.
ReplyDeleteDulu saya pernah naik kereta cepat dari Tianjin ke Beijing. Apalagi saat kecepatannya mencecah 300km/jam. Memang excited . Sukaaa naik kereta api di sana. Memang bagus, bersih dan terawat
Kalau masih contact, lebih mudah bila ke sana ada kawan yang boleh jadi juru bahasa kan 😀
DeleteWow…300km/jam! Excited mahu merasa bagaimana rasanya berada dalam tren pada kelajuan begitu.