Catatan hari Ahad, 8 Jun 2025 bersamaan 11 Zulhijjah 1446.
Ibadah korban tahun ini saya dan Encik Suami lakukan bersama jiran-jiran. Ini merupakan kali pertama kami buat korban sejak berpindah ke sini.
Haiwan korban dibeli terus dari ladang ternakan dan proses penyembelihan dilakukan di rumah sembelihan. Haiwan korban yang dipilih - seekor lembu dengan berat sekitar 301 kg hingga 330 kg. Berat selepas penyembelihan - daging sekitar 100 kg dan tulang/organ dalaman sekitar 35 kg.
Kira-kira pukul 8.15 pagi jiran-jiran mula bergotong-royong mengerjakan daging korban.
Siap potong daging, timbang dan masukkan dalam bekas untuk diagihkan.
Kepala lembu sedang diproses - ambil isi/daging.
Sebahagian daging dan tulang dibuat masak sup. Pukul 2 petang - jamuan makan bihun sup Utara. Sedap sungguh dapat menikmati masakan daging segar. Kebetulan pula masa makan ni suasana mendung selepas hujan, memang sesuai hirup sup panas.
Alhamdulillah urusan ibadah korban berjalan dengan lancar. Semoga ibadah korban yang kami lakukan diterima Allah SWT.
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur.” - maksud surah al-Kauthar, ayat 2.
Alhamdulillah dapat menunaikan ibadah korban. Sedapnya sup utara dari daging segar. Sedang elok sesuai dengan cuacanya.
ReplyDeleteAamiin...
Alhamdulillah..
DeleteCuaca pun macam beri kerjasama, pagi masa buat kerja tak hujan. Lepas tu baru hujan.
Alhamdulillah pemotongan hewan kurban berjalan lancar ya Mbak.
ReplyDeleteTerlihat kebersamaan bersama tetangga-tetangga demikian terjalin. Senang ya Mbak kalau hidup berdampingan dengan tetangga secara damai.
Semoga ibadah kurbannya diterima oleh Allah SWT.
Salam,
Alhamdulillah...rezeki dapat kejiranan yang baik.
DeleteAlhamdulillah... Semoga ibadah korbannya diterima Allah... Sedap tu dengan cuaca mcm tu hirup sup panas2...
ReplyDeleteSalam AidilAdha buat kak Ujie sekeluarga
Hehe itulah, ngam pulak cuacanya.
Deletealhamdulillah... moga ibadah diterima Allah aminnn
ReplyDeleteAamin...
DeleteMeriah, seronok kan gotong royong. Kami terlepas tahun ni.
ReplyDeleteBuat ramai-ramai, jadi mudah cepat kerjanya.
DeleteAlhamdulillah rezeki di kongsi bersama
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeletePengalaman baru buat korban. Alhamdulillah.
ReplyDeleteIya, pengalaman baru buat saya 😀
DeleteAlhamdulillah selesai ibadah korban bersama jiran...sedpanya dapat makan sup tulang fresh...
ReplyDeleteBetul, rasa lebih sedap..lembut.
DeleteSemoga ibadah kurbannya diterima Allah.Sup daging bihunnya terlihat menggoda.pasti segar sekali
ReplyDeleteAamin..
DeleteAlhamdulillah supnya sedap menyegarkan.
Wah bihun sup utara sedapnyaaa. Alhamdulillah dipermudahkan urusan qurban. Puashati dpt korbam sekor lembu terus
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat pulak pilih lembu ikut anggaran berat. Memang rasa lebih puas hati.
DeleteNasib baik ramai yang gotong royong
ReplyDeleteRamai yang tak balik raya di kampung masing-masing 😁
DeleteAlhamdulillah kak, elok je semua di bungkus dalam bekas gitu mudah nak simpan kak... uih sedap tu sup utara
ReplyDeleteKan..senang orang yang terima daging.
DeleteAlhamdulillah selesai sudah ibadah korbannya...
ReplyDeleteNampak menarik bila daging korban dipek dlm bekas plastic gitu kan...
Sedapnya hirup bihun sup tu.
Alhamdulillah lega semua berjalan lancar.
DeleteDah masuk bekas plastik gitu, terus nampak macam daging korban premium 😀
Daging korban cam ni sure manis rasanya kan. fresh.
ReplyDeleteRasa masakan jadi lebih sedap!
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSlmt hari raya korban
Alhamdulillah :)
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDapat melaksanakan ibadah qurban
Alhamdulillah
DeleteSyukur.
banyak2 lauk yg selalu dibuat selepas dpt daging korban adalah sup sbb tu laa lauk yg x renyah nak buat... ;-)
ReplyDeleteDan sesuai untuk makan ramai-ramai 😀
DeleteAlhamdulillah nampak erat silaturrahim sesama kejiran.. gotong royong memotong dan memasak.. mmg itu aktiviti yg dinantikan setiap tahun 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah...memang terasa suasana kehidupan kampung.
DeleteSuasana seperti ini yg saya sukaaa sangat ketika idul adha. Ramai2 dengan Jiran , lalu masak bersama pula. Suasana saling berbagi nya terasa. Sejak saya pindah ke JKT, ga pernah lagi merasakan kurban yg seperti itu.
ReplyDeleteDulu di Aceh yg dilakukan ramai2 dengan warga komplek perumahan , laku saling bantu memasak. Rindu suasana itu ... Jakarta ini memang terasa individualis nya kehidupan berjiran☺️😔
Iya Fanny, memang berbeza suasana hidup di kawasan kampung dan bandar.
DeleteSyukur juga Fanny sempat merasa pengalaman sewaktu di Aceh.
Alhamdulillah, dapat melaksanakan ibadah korban dengan jiran tetangga. Tumpang seronok.
ReplyDeleteSyukur dapat bersama-sama menyempurnakan korban. Moga jadi saham akhirat.
ReplyDelete