Ahad | 14.11.2021
Catatan kisah di kampung Johor dan di rumah NS belum pun habis, saya tangguhkan dulu untuk beri laluan kepada catatan aktiviti hujung minggu saya dan suami.
Setelah sekian lama tak dapat masuk hutan disebabkan situasi pandemik, semalam dapat juga kami ke hutan di Taman Negara Pulau Pinang. Ini merupakan kunjungan kali ke-3 kami ke sini, jadinya dah tak perlu saya catatkan secara terperinci (bagi yang perlukan info, boleh buat carian ‘Taman Negara Pulau Pinang’ di blog ini).
Bezanya kali ni, kami buat ketetapan akan berhenti selepas 1 jam perjalanan. Berehat dan kemudian akan berpatah balik. Tiada destinasi tertentu. Yang penting ia memenuhi tujuan masuk hutan iaitu nak menikmati keindahan ciptaan Allah - mendengar nyanyian hutan, melihat kehijauan hutan dan kepelbagaian tumbuhannya, juga menyedut udara segar hutan.
Hati melonjak riang dapat masuk ke hutan. Kali terakhir adalah pada bulan Mac 2021 lalu. Tambah bersemangat sebab kali ni saya pakai tudung dan beg baru 😀
Antara keindahan pokok hutan yang menarik perhatian saya. Bila diperhatikan, rupanya pokok yang berbatang warna cerah tu tak ada kulit pokok. Kulitnya berjatuhan di lantai hutan.
Pokok besar, tinggi dan unik. Cantik dan menarik.
Walaupun ianya menarik, tapi perlu berhati-hati bila jumpa pokok yang ‘terbelah’ dan ‘kosong’ di bahagian batang pokok begini. Risau lama-kelamaan ia akan mudah tumbang, terutamanya bila cuaca buruk.
Ini pula antara laluan yang mencabar sebab tanah lembut dan licin. Dah beberapa hari hujan/mendung di PP dan mungkin hujan turun pada malam atau awal pagi tadi di sini. Perlu melangkah dengan berhati-hati supaya tak tergelincir.
Beginilah rupa kasut dan kaki seluar saya. Lepat lepot kata orang Jawa. Betul tak penggunaan tu wahai orang Jawa sekalian? 😄
Jumpa tapak kasut siapa entah. Satu di sini dan satu di tempat lain. Cerita berkaitannya, sebelah kasut yang sedang saya pakai sebenarnya dah mula terbuka sedikit di bahagian depan dan belakang. Gara-gara lama tersimpan. Jadinya sebagai langkah berjaga-jaga, saya bawa bersama sepasang kasut lain (sesuai untuk jalan-jalan bukan masuk hutan). Alhamdulillah, selamat keluar masuk hutan tanpa timbul masalah 😅
Bunyi sangat kuat seperti hujan turun, rupanya dah sampai di tempat yang terdapat aliran anak sungai. Rasanya dulu tak kuat sangat bunyinya, mungkin sebab lepas hujan jadi air sungai lebih banyak.
Indah dan tenang. Sejuk airnya.
Inilah pondok rehat pertama yang terdapat di laluan ini. Bawah sikit itulah aliran anak sungai tadi. Kami berhenti sampai di sini dan makan minum bekalan yang di bawa. Syok sungguh makan sambil layan mata lihat kehijauan hutan dan telinga mendengar bunyi deru air sungai. Dari sini kami berpatah balik.
Cendawan
Inilah koleksi gambar cendawan yang dapat saya rakamkan. Puas juga mata saya memerhati sekitar mencari si kecil yang menawan dan unik ni.
————————————————————————————-
Letak di sini untuk rekod. Memang sangat perlahan pergerakan kami, saya banyak berhenti mengatur pernafasan dan berhenti untuk merakam gambar keindahan hutan.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas kesempatan untuk menikmati hutan yang saya rasakan seperti satu taman indah.
Rindu bau hutan tapi kamiorang dah tak fit tambah lagi encik husband pernah accident lutut tak kuat dah. Dapat cuci mata tengok gambar akak pun segar biji mata ni. Memang excited lah dengan tudung dan baju baru. hihi..semangat lain macam. Mesti sejuk air anak sungai tu kan. Hiking lepas hujan ni tak penat sangat sebab kurang panas tapi kena lebih berhati hati.
ReplyDeleteBetul. Tak panas dan kurang rasa haus.
DeleteMenghayati keindahan alam. Bukan kejar masa.
ReplyDeleteAduh nasib baik tapak kasut tidak tercabut habis. Memang mencabar mendaki nampaknya.
Sambil test kasut jugak ni. Tengok ok ke atau kena cari baru 😅
DeleteSelamat beriadah menikmati keindahan flora
ReplyDelete😀
DeleteKegiatan yang sangat menantang.
ReplyDeleteJuga seronok.
Deletecantik sangat kak, tenang je tengok semua hijau... kalau dana entah hutan dan dana memang tak saling menyayangi, hutan cantik pada orang lain pada dana hutan banyak ulat atau pacat hehehhe...
ReplyDeletebetul lah tu kak penggunaan perkataan tu, lepat lepot
Pacat..akak pun geli. Tapi setakat ni jarang jumpa. Janganlah jumpa 😅
DeleteLama tak cakap Jawa, tu yang tak berapa pasti betul ke tak. Hehe
Pokok terbelah tu seram la pulak!
ReplyDeleteMemang seram bila terbayang macam sepasang kaki gergasi 😄
Deletecantikkkk..cendawan liar..bestnya dapat meneroka hutan..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dapat jugak setelah sekian lama terkurung.
DeleteBestnya masuk hutan.akak berdua je ke? Memang tenang suasana. Semangat ye hiking dengan tudung baru. Mana tau pas ni kasut baru pulak. Hehe
ReplyDeleteYa, berdua je Sal.
DeleteKasut tu cadang nak baiki je..hehe, sayang sangat kat dia…sedap dipakai, ringan, grip.
Bestnya dpaat jelajah dalam taman negara pulau pinang .
ReplyDeletewah, hiking berdua :)
ReplyDeleterindu juga nak hiking. tapi tu la, x fit.
setakat bukit yg rendah2 aje :) ha ha ha ha ha...
sambil hiking, sambil la kita lihat alam, kan.
ambil nafas dalam-dalam dan bersyukur atas nikmatNya.