Sabtu | 29.02.2020
(mencipta memori pada tarikh 29 Februari yang muncul 4 tahun sekali...hehee)
Kunjungan kali kedua saya ke Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Kali pertama pada tahun 2013, juga pada bulan Februari. Jika 7 tahun lalu saya gagal menaiki Canopy Walkway (Titian Silara) di Taman Negara, Alhamdulillah untuk kunjungan kali ini ada rezeki buat saya.
Saya dan suami bergerak ke Taman Negara bukan dari rumah kami di Negeri Sembilan, tetapi dari Temerloh (suami ada kerja di situ). Dengan yakinnya kami tak gunakan GPS, atas alasan tahu jalan (pada Februari 2019 kami ke Red Forest yang terletak di jalan yang sama menuju ke Taman Negara).
Tapi...bila dah asyik berborak laki bini, sampai tak perasan dah terlepas simpang ke Kuala Tahan. Tersedar bila perasan nama tempat dan jalan yang dilalui terasa asing. Bila on Google Maps, memang sah dah terlajak jauh! Kenalah berpatah balik dan dah terbuang masa kat situ.
Ok, ni dah berada di jalan yang betul. Kami masuk simpang menuju ke Kuala Tahan tadi sekitar pukul 11.45 pagi. Beginilah rupa laluan ke Taman Negara, berkelok-kelok dan turun naik.
Alhamdulillah kami sampai di Kuala Tahan sekitar pukul 12.50 tengah hari. Dah lapar sangat...terus menuju ke kedai makan di hadapan sekolah.
Kami ambil nasi yang siap dibungkus bersama lauk ayam. Ada pilihan ayam goreng, ayam masak lemak, ayam kicap. Walaupun ringkas, tapi terasa sedap dan menyelerakan. Harga makan tengahari kami ni RM10. Masa tengah makan ni nak tergelak dengar mat salih meja sebelah sebut order 'nasi ayam kick up' (merujuk kepada nasi ayam kicap).
Selesai makan, kami terus ke penginapan di Tebing Guesthouse yang dah ditempah awal. Masa ni saya dah mula risau takut tak sempat naik Canopy Walkway yang beroperasi sampai pukul 3 petang je. Disebabkan dah masuk waktu Zohor, kami masuk bilik terus solat dan kemudian keluar dan bergegas jalan kaki ke jeti. Jalan kaki lebih cepat, dekat dan mudah sebab ada jalan potong.
Sebelum turun ke bawah untuk menyeberangi sungai, kami mencari tempat beli permit di lokasi seperti 7 tahun lalu. Tapi dah takde. Bila tanya orang, rupanya permit perlu dibeli di dalam kawasan Taman Negara (lepas menyeberangi sungai).
Pemandangan dari atas, kena turun tangga. Di seberang sungai sana kawasan Taman Negara, yang juga menempatkan Mutiara Taman Negara (satu-satunya resort yang beroperasi dalam Taman Negara).
Untuk ke seberang sana, bayaran RM1/hala. Perkhidmatan bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Tiada masa tertentu untuk bot jalan dan tak perlu menunggu, kami datang dan terus naik bot.
Walaupun sekejap je naik bot sekadar nak ke seberang, tapi saya tetap rasa seronok dan teruja.
Dah sampai ke Taman Negara, kena mendaki anak tangga naik ke atas. Beginilah pemandangan dari atas. Menarik!
Kami menuju ke Park Centre yang dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan untuk membayar permit dan membeli tiket menaiki Canopy Walkway.
Permit masuk masih RM1, walaupun pada hujung tahun lalu ada diwar-warkan kenaikan permit kepada RM30. Menurut staf kaunter, keputusan tu sedang dikaji semula. Jadinya buat masa sekarang permit masih kekal RM1. Kami juga membayar untuk lesen kamera RM5 (termasuklah menggunakan kamera pada handphone). Tiket Canopy Walkway RM5.
Permit masuk, lesen kamera dan tiket Canopy Walkway. Permit dan lesen sah bagi tempoh 30 hari.
Apa yang menarik kat Taman Negara ni? Inilah dia...banyak!
Peta Rintis Teresek - laluan yang paling sesuai dan mudah untuk kami bergerak tanpa bantuan guide. Kami akan bermula dari no.1 Park Centre dan terus menuju ke no.7 Canopy Walkway. Menuruf staf kaunter tadi, perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit untuk kami ke Canopy Walkway yang terletak 1.9 km dari Park Centre. Jika kami terus ke sana, Insya Allah sempat sebelum Canopy Walkway tutup pada pukul 3 petang. Kami mula bergerak pada pukul 2.17 petang. Saya berserah kepada Allah...kot tak sempat, terpaksalah datang esok pagi pulak (ada sebab saya nak mengelak datang pagi).
Sempat atau tak kami mengejar masa sebelum pukul 3 petang? Bersambung catatan seterusnya...
Tak pernah sampai lagi
ReplyDeleteInsya Allah moga ada rezeki wak :)
Deletekak ana tak pernah sampai lagi ujie, rasa nak pii tu ada tapi risau pula takut tak daya nak berjalan jauh sekarang ni, kaki cepat kebas :)
ReplyDeletetakpe..kita pegi ikut termampu je.
Deletesaya ni sebenarnya kadang2 terasa sakit tumit, tapi bila masuk hutan (tempat yg saya suka) terus elok..haha
dana pernah sampai masa tahun 2007, masa tu dana ada kursus PA kat sana... dana baru kerja beberapa bulan masa tu kak... hari ke2 kursus kami kene masuk hutan dapat lah naik jambatan gantung tuh, masa tu dahla jenis gayat nk tengok bawah tu mmg seriau tp memang cantik tengok pokok-pokok tu... cuma yelah dah dekat pucuk pokok mmgla gayat heheh...
ReplyDeletelepas pada tu dana tak pernah dah masuk hutan lagi, memang tak minat masuk hutan tapi dah memang terpaksa, sampai jugak lah situ
takdir membawa Dana ke hutan, walaupun tak minat ya..hihi
Deletewahhh
ReplyDeleteseronok tempat-tempat macam nih
belum berkesempatan sampai sini lagi
mmg seronok bagi pencinta hutan :)
Deleteinsya Allah ada rezeki Hans ke sini.