Ubi ngaku (arrowhead) ni biasanya banyak dijual menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Tak tahulah kenapa kali ini awal pula munculnya, Tahun Baru Cina masih jauh lagi (sekitar pertengahan Februari 2026). Saya jumpa ubi ngaku ni di Lotus’s Jitra, Kedah. Saiznya besar - mudah kerja mengupas dan nak sagat, jadi tergoda saya nak membeli.
Beli sikit je tak sampai 1 kg dengan harga RM4.90, dapat 15 biji ubi ngaku. Foto di atas - rupa ubi ngaku selepas dikupas dan dibersihkan kulitnya. Bahagian tangkai sengaja dibiarkan supaya mudah nak pegang semasa menyagat.
Tapi…rupa-rupanya penyagat yang ada di rumah saya ni tumpul. Entah bila kali terakhir saya guna, dah tumpul pun tak perasan. Terpaksalah gigih menghiris nipis ubi ngaku untuk dijadikan kerepek.
Hasil setelah digoreng. Oleh kerana ada hirisan tak sekata tebal nipisnya, maka ada bahagian kerepek yang tak rangup 😄. Rupa kerepek ngaku saya ni pun kurang cantik - agak gelap, tapi bolehlah kan setakat makan sendiri. Saya buat kerepek ngaku tanpa letak sebarang perasa, lebih suka makan gitu je.
Tak penuh pun bekas 3 liter ni, tapi cukuplah sebab tukang makan cuma saya seorang 😀



saya panggil ni keropok sayur
ReplyDeleteKenapa sayur? Hehe…kalau saya keropok sayur tu ada jenis lain, dijual dalam bentuk keropok keping.
DeleteBetul selalunya kalau dah nak CNY baru nampak ngaku ni. Tahun ni awal pulak keluar. Cie nampak dari bulan lepas lagi tapi tak beli pun nampak macam tak berapa elok.
ReplyDeleteTunggu dah banyak agaknya nanti baru muncul yang elok tu Cie.
DeleteSy nak try la sbb dah banyak kali baca pasal kerepek ngaku ni. Dekat market SG selalu juga ada
ReplyDeleteTry la PH, ambik pengalaman 😀. Saya baru kali kedua buat.
DeleteKerepek ni goreng kosong je ke? Goreng je ya ubi tuu
ReplyDeleteHa’ah Cuya, biasanya orang letak air garam bagi masin tapi ni tak letak apa-apa.
Deletekerepek ni ke yg keras susah nak gigit tu? ke ni yg biasa orang buat kerepek pedas tu?
ReplyDeleteEhh..takkk keras langsung. Ni macam kerepek kentang.
DeleteYang buat kerepek pedas tu biasanya guna ubi kayu, yang tu keras.
sedpa ni...kalo dh mkn ralit...
ReplyDeleteBuatnya leceh, makan tu sekejap je kan 😄
DeleteSaya betul2 penasaran dengan keripik ini kak. Sebab tak pernah coba, dan baru kali ini lihat bentuknya juga. Tadi saya pikir talas. Tapi talas lebih besar size nya. Ini pula kecil kan
ReplyDeleteYa Fanny, ni kecil lebih kurang saiz kentang biasa. Rasa macam potato chips.
DeleteRajinnya buat. Alahai suami tidak makan.
ReplyDeleteSebenarnya saya belum pernah makan lagi kerepek ngaku tapi agak-agak mesti serasi dengan tekak saya.
Kalau ada orang jual, mau saya beli je ni Na 😄
DeleteIya, suami jenis tak gemar makan kerepek. Dia makan sikit je buat merasa.
Rasa lebih kurang kerepek kentang, cuma ada tambahan rasa lemak. Serasi agaknya dengan cita rasa Na.
tak pernah rasa lagi setakat ni.. ubi ngaku pun tahu melalui blog sis ni. ada lebih kurang kerepek sukun ke macamana ?
ReplyDeleteLebih kurang kerepek kentang.
DeleteSedapnyaaaa..dulu arwah mak rajin buat sebab cucu2 suka makan..ni dh lama x makan..kena cari gak ni...
ReplyDeleteSeronoknya SA, dulu puaslah makan ya. Kalau dah biasa makan, mesti teringin nak makan lagi kan.
DeleteSaya tak pernah makan, Ujie. Rajin Ujie buat sendiri je.
ReplyDeleteDulu pernah beli dan pernah juga buat sendiri, saya suka kerepek ni jadi terpaksalah rajinkan diri 😄
DeleteArwah tok ada buat, kami tak rajin tapi pandai makan hehe. Sedap ni makan sambil nonton tv.
ReplyDeleteTak ada orang buatkan, terpaksalah rajin 😄. Kalau makan sambil nonton, lagi bahaya…tak cukup satu bekas kecik 😂
Deleteselalu nampak tapi tak pernah pun beli ngaku ni. kadang-kadang risau nak beli sebab bab membeli memang rajinnnnn sangat. Tapi bab nak mengerjakannya tu alahaiii
ReplyDeleteFaham sangat 😂
DeleteSaya ni pun ambik masa jugak, bukan beli harini esok buat 😄