CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 15 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Kembali ke Kunming dengan Tren CRH D8104
Penerbangan kami ke Nanjing dijadualkan berlepas pada lewat petang, masih ada masa beberapa jam untuk kami berjalan-jalan di Kunming. Dari stesen kereta api Kunming kami menaiki teksi menuju ke sebuah restoran makanan halal yang terletak di Wuhua District.
Asa Asia Arabic Restaurant - lokasi makan tengah hari kami.
Ruang dalam restoran.
Para pelayan di sini cekap dan mesra melayan kumpulan kami. Seorang pelayan perempuan muda bertudung (gaya tudung sarung) menghampiri saya dengan senyuman mesra dan memberi salam (hanya saya seorang saja perempuan Muslim dalam kumpulan kami). Gembira rasanya menerima ucapan salam di negara asing. Dia cuba berbual dengan saya - cing cong cing cong. Saya hanya tersenyum, kawan kami berbangsa Cina yang membalas perbualan. Kami ditanya datang dari negara mana dan beberapa pertanyaan lain.
Antara dekorasi menarik dan ceria di restoran ini. Banyak sudut menarik tapi saya segan nak memotret.
Pinggan dan gelas dengan sentuhan warna keemasan.
Paling saya senang hati bila nampak ada set sudu dan garpu. Hari sebelumnya, saya makan guna garpu plastik pakai buang yang dibawa sendiri sebab restoran makanan tempatan tiada garpu. Iya, bukan setakat tak menyediakan garpu malah (apabila diminta) memang tiada dalam simpanan mereka sebab budaya Cina makan guna chopstick. Sudunya pula, jenis yang biasa kita guna untuk makan sup.
Silap saya sendiri (selaku orang yang tak pandai guna chopstick) - dah tahu nak ke negara China tapi tak bersedia dengan membawa set sudu garpu sendiri, pada hal ini bukan pengalaman pertama ke China 😅. Sewaktu entri ini ditulis, saya dah pun membeli Tupperware portable cutlery set sebagai persediaan kembara akan datang.
Berbalik kepada cerita di restoran, pilihan makanan saya serah saja kepada Encik Suami dan kawan-kawan. Kami pesan beberapa jenis hidangan dan berkongsi makan, jadinya dapatlah merasa pelbagai jenis makanan.
Sejenis manisan, rupa macam Pani Puri tapi yang ini isinya berbeza. Rasanya sedap.
Masakan pasta.
Hidangan campuran pelbagai jenis buah, salad, kekacang dan ikan tuna.
Middle East Barbeque Platter.
Tak ikut berfoto - piza. Semua hidangan sedap sesuai dengan cita rasa saya.
Set hidangan minuman kopi dan air ros (kalau tak silap pemahaman saya). Ada cara untuk menikmati kopi ini, sebab tu disediakan jam pasir. Saya pun dah lupa bagaimana caranya, lupa nak catat. Saya cuba minum seteguk kopi ini, rasanya sangat pahit!
Selesai menikmati hidangan, saya beredar untuk mencari tempat solat. Saya mendekati pelayan perempuan bertudung yang memberi salam pada saya awal tadi. Tak susah nak kenal kerana hanya dia seorang saja memakai tudung sarung bertutup penuh, yang lain tu pakai tudung jenis ikat belakang menampakkan leher dan telinga.
Dengan menggunakan aplikasi Google Translate, saya bertanya sama ada saya boleh tumpang solat di restoran ini. Pelayan perempuan yang baik hati ini membawa saya ke bahagian atas restoran.
Sejadah dibentangkan di suatu sudut ruang separa tertutup. Terdapat sebuah meja besar dengan beberapa buah buku tulis di atasnya. Alhamdulillah begini pun dah cukup selesa untuk menunaikan kewajipan pada yang Esa.
Bukan setakat menyediakan ruang solat, pelayan perempuan tadi turut menawarkan untuk membantu saya berwuduk - saya dibawa ke singki berhampiran tandas dan dia sudah pun memegang sebuah bekas (bentuk seperti teko basuh tangan). Saya menolak dengan baik. Saya berwuduk di dalam tandas dengan menggunakan botol spray - lebih privasi dan tak gunakan banyak air.
Alhamdulillah perut kenyang dengan makanan yang sedap dan dapat pula menunaikan solat jamak di sini. Semoga Allah membalas budi baik pelayan perempuan tadi dengan kebaikan di dunia dan akhirat.










Pani puri rupanya... Cantik betul kejadiannya.. salad buah kekcang dgn tuna nampak sgt menyelerakan.. 🤤 hihii
ReplyDeleteBukan pani puri, cuma puri (yang bentuk bulat) tu je sama rupa.
DeleteAlhamdulillah terbaik pelayan wanita muslim tu.. tumpang solat dan tlg ambilkan wudhu.. ruang solat yg nampak selesa walau kecil.. Moga dia dipermudahkn urusan sbb mudahkn urusan org lain..
ReplyDeleteItulah, terkejut kita bila dia nak tolong ambik wuduk.
DeleteAamin…
Nampak mewah hidangannya ... Seronok kan jumpa saudara seagama di luar negara. Beliau pun pasti gembira dapat melayan PU
ReplyDeleteSeronok rasa, tambahan pulak jumpa yang mesra dan baik begini. Rasa syukur sangat.
Deletenampak mewah betul hidangan dalam platter tu. presentation cantik!
ReplyDeletealhamdulillah, jumpa dengan pelayan restoran yg baik sangat. semoga dipermudahlan segala urusan dia
Alhamdulillah, rasa sangat bersyukur jumpa dia.
DeleteAamin…
Alhamdulillah, setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan.. suka tengok set hidangan air kopi dan ros.. macam hidangan tetamu istana zaman silam
ReplyDeleteIyelah…nampak klasik.
DeleteKe mana2 pun, solat perlu diutamakan
ReplyDeleteInsyaAllah…kena sentiasa jaga tiang agama.
DeleteUnik set hidangan mnum kopi dia.. Menarik! ;)
ReplyDeleteKan!
DeleteRestoran nampak mewah. Barbeque platter besar dan pelbagai hidangan ada. Alhamdulillah, jumpa orang baik bantu untuk solat dan wuduk. Special kopi dia, ada jam pasir. Mungkin lepas nikmati benda manis kena tunggu beberapa ketika baru minum kopi kot.
ReplyDeleteOoh…mungkin jugalah tu. Saya minum kopi gitu je, memang sangat pahit 😂
DeleteLaaa...ingat pani puri....rupanya manisan ...hihihi
ReplyDeleteHehe…mujur bukan pani puri, saya kurang suka.
DeleteTempat nampak tempat mahal. Tengok makanan dihidangkanpun rasa terliur.
ReplyDeleteBaik betul pelayan bertudung itu siap sediakan teko basuh tangan untuk tolong Puan Ujie ambil wuduk. Moga Allah berkati wanita tersebut.
Aamin…
DeleteJarang jumpa tanglung kaler lain selain merah kan?
ReplyDeleteItulah..kita kat Malaysia ni kalau tanglung mesti merah. Ada warna-warni gini cantik jugak.
DeleteKecur sy tengok platter set tu. Sy yg jalan dalam negara aje pun ada beli cutlery standby la konon kalau tempat tu cuma sedia cutlery palstik. Tapi tu la, asyik lupa nak bawa, hahaha.
ReplyDeleteYelah kan, tak suka betul kalau makan guna sudu garpu plastik pakai buang tu. Kadang siap terpatah masa makan 😅
DeleteWaaah baguuuus restorannya kak. Apalagi staff ramah. Pernah baca tulisan mazni yg waktu ke Beijing dan makan di kedai halal, tp staff tak ramah. Senaaaang hati kalo bisa ketemu orang lokal yg pernah dan sangat helpful begini.
ReplyDeleteNampaknya saya juga mau belilah cutlery yg biasa utk traveling. Memang butuh yg begini
Iya, ada baca juga entri Mazni tu. Bertabah jelah kan kalau dapat staf gitu.
DeleteSila beli Fanny, mudah nak guna bila diperlukan nanti.
Middle East Barbeque Platter tu sedapnya. Set hidangan kopi menarik sangat dengan jam pasirnya. Bagus staff tunjukkan tempat solat dan berhajat membantu untuk wuduk.
ReplyDelete