Monday, 14 August 2023

Menikmati Keindahan Alam di Taman Tasik Taiping

[Catatan kisah hari Sabtu, 12 Ogos 2023]

Ini merupakan kunjungan kali kedua saya dan Encik Suami ke Taman Tasik Taiping di Taiping, Perak. Kali pertama ke sini pada Januari 2022, entrinya DI SINI. Kali ini kami datang sewaktu cuaca panas, foto-foto jadi lebih cerah dan menarik.

Tujuan kami sekadar nak berjalan-jalan menikmati keindahan alam semula jadi di sini. Tapi tetap jua kami perlu memakai pakaian dan kasut bersesuaian dengan aktiviti luar supaya rasa selesa untuk menghabiskan masa di taman ini.

Sebelum memulakan langkah, saya perhatikan peta kawasan tasik di aplikasi Google Maps. Dari situ kita boleh nampak tarikan yang ada di sini dan memilih laluan pilihan. Kawasan ini sangatlah luas, kalau kita tak ada banyak masa atau kurang stamina memang tak mampulah kita nak melalui setiap laluan dan jambatan tersedia. Harus memilih.

Seterusnya, biarlah foto-foto berikut meneruskan cerita betapa indahnya alam di Taman Tasik Taiping :

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 1 | Pokok bersaiz besar dengan akar berjuraian ke laluan pejalan kaki.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 2 | Pemandangan indah hasil pantulan cahaya matahari pada permukaan air di Lake Garden Zig-zag Bridge. Air kolam ni tinggi dan laluan jambatannya kecil, membuatkan saya rasa sedikit takut sewaktu nak melalui jambatan ini.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 3 | Pemandangan di Island Pond. Sesuai dengan namanya, terdapat semacam pulau kecil di sini. Ada dua buah jambatan untuk kita ke bahagian pulau. Kedudukan pulau ini sangat hampir dengan Zoo Taiping. Sesekali terdengar bunyi haiwan dari kandang zoo, dengar macam bunyi ngauman harimau.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 4 | Dari atas jambatan di Island Pond, kami memerhatikan permukaan air yang penuh dengan buih kecil. Setelah beberapa ketika kami mendiamkan diri, muncul kepala ikan bersaiz besar di permukaan air. Terkejut jugaklah saya menyaksikan kawanan ikan keli yang cukup banyak di sini. Kelihatan juga beberapa ekor kura-kura dan kawanan ikan lain di dalam air.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 5 | Sedang kami memerhati hidupan dalam air, ternampak pulak sepasang burung kecil berada jauh dari lokasi kami berdiri. Encik Suami menggunakan binokular bagi membuat pemerhatian. Saya pula terus menghalakan lensa kamera, cuba memotret dengan tetapan 10x zoom in.

MasyaAllah cantik sungguh sepasang burung ni - badannya kecil berwarna kebiruan, bahagian kepala berwarna coklat dan paruhnya pula panjang berwarna seakan merah jambu. Entah apa namanya, saya cuba buat carian internet tapi gagal bertemu jawapan.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 6 | Ini pula antara tumbuhan yang menarik perhatian saya. Hasil carian saya gagal menemukan nama pokok ini.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 7 | Tumbuhan kecil yang menumpang di pokok turut menarik perhatian saya.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 8 | Burung bangau ‘bersendirian’ mencari makan. Bersendirian bukanlah bermaksud kita berseorangan di dunia ini, Allah sentiasa ada dengan kita πŸ’ͺ🏼

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 9 | Tenang. Nak dapatkan sudut pemandangan begini kita perlu memanjat sedikit di kawasan berbukit.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 10 | Empat sekawan bersantai di atas tunggul pokok. Comel sungguh kan!

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 11 | Bunga-bunga kemboja (frangipani) berguguran di tanah. Di larang memetik bunga di taman ini, saya cuma meminjam sekuntum kemboja yang telah gugur buat berfoto dan menikmati harum baunya.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 12 | Bunga teratai penyeri kolam. Ada dua jenis teratai yang saya perasan terdapat di sini. Sejenis dengan bunga dan daun saiz kecil.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 13 | Sejenis lagi teratai dengan bunga saiz besar dan berdaun lebar.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 14 | Sangat cantik!

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 15 | Raintree Walk. Dah dua kali sampai sini, tiap kali tu cuma berfoto di sini. Tak rajin nak berjalan ke depan sana. InsyaAllah di lain masa.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Jalur berwarna hijau (tebal) dan merah menunjukkan laluan kami. Kami menghabiskan masa berjalan-jalan di taman ini selama hampir dua jam dengan jarak 3 km.

Video berdurasi 1 minit 21 saat memaparkan keindahan alam di Taman Tasik Taiping.

Alhamdulillah masih berpeluang menyaksikan indah ciptaan Allah. Menghirup udara segar dan menikmati keindahan flora fauna di sini merupakan terapi jiwa buat saya. Saya rasa lebih tenang dan bahagia. Bukanlah bermaksud lenyap segala masalah, tetapi sekurang-kurangnya jiwa lebih tenang menghadapi ujian kehidupan.











40 comments:

  1. Alaa lama tak balik Taiping rindu nya

    ReplyDelete
  2. Indah sungguh pemandangan di Taman Tasik Taiping.
    Subhanallah!
    teruja nak tahu apa nama poko besar dengan akar berjuraian itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cari, namanya pokok ara jejawi atau beringin.

      Delete
  3. Nice shots semuanya πŸ‘
    Taman Tasik Taiping ni penuh kedamaian, suka sangat tempat ni. Tapi belum ada kesempatan utk betul² menikmati keindahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH 😊
      Betul, tenang damai sangat. Tamannya luas, walaupun ramai yang datang tapi tak sesak.

      Delete
  4. Cantiknya foto² yg dirakamkan. Paling cantik si teratai. Setiap kali tengok bunga teratai sy pasti teringat lagu Fauziah Latif, Teratai Layu Di Tasik Madu 😍.

    Taiping ni memang hijau kan.. tenang dan damai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sk 😊

      Teringat je ke? Bukan nyanyi sekali πŸ˜€

      Delete
  5. Cantiknya kat Taman Tasik Taiping ni. Dulu masa kecik2 selalu juga mama papa bawa ke sini bila balik kg kami kat Ipoh.

    ReplyDelete
  6. cantik2 gmbr di tasik taiping...slalu juga tgk kwn2 pegi...tk pernh smp lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mama tisya 😊
      InsyaAllah ada rezeki sampai jugak nanti.

      Delete
  7. Cantik2 gambarnya, pakai phone model apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Taman ni memang cantik dan cuaca pulak cerah.
      Saya pakai hp Samsung, lepas tu buat simple edit guna Snapseed - Style.

      Delete
  8. Subhanallah, indah sekali...
    salam perkenalan dari saya ^_^
    follower 684

    ReplyDelete
  9. cantik sgt gambar kak ujie... pernah lalu je kat sini bln 2 hari tu tp x sempat nk lepak kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mim 😊
      Takpe, aritu lalu, lepas ni insyaAllah sempat lepak jalan-jalan sini pulak.

      Delete
  10. Doakan suatu hari nanti saya dapat ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin…insyaAllah nanti Syaz dapat ke sini dengan keluarga. Banyak aktiviti boleh dibuat dengan anak-anak.

      Delete
  11. cantik segala pokok2 dan semua tanaman kat taman tu, cuma kalau malam mesti scary dengan pokok2 besar tu

    ReplyDelete
  12. sabtu tu ciknur pun blk kg Taiping. sampai isnin alaaa kalu tidak leh lajak dtg mkn buah buah kat kebun. Ada jga buah2, paling byk rambutan

    ReplyDelete
  13. Saya suka tempatnya. Dah kebayang kalo jogging di sana pasti betah. Krn banyak pepohonan, olahraga jadi tak terasa terlalu penat.

    Dan foto yg ada pondok di tengah kolam tuh, rasa2 ingat sedang di China πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas joging baru terasa penatnya kan πŸ˜„

      Delete
  14. Alaaa cantiknyaaaa terataiiiiiiΓ­

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpesona memandangnya, itu yang berkali-kali akak ambil gambar teratai πŸ˜€

      Delete
  15. Cakep "banget fotonya ..apalagi yg lake garden zig zag dan bunga teratai yg nyembul satu kuntum pink itu .udah seperti lukisan aja.keren banget deh..paduan warnanya indah

    ReplyDelete
  16. Cantik gambar yang Puan Ujie ambil. Tertarik dengan keunikan pokok dengan biji-biji yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NA 😊
      Unik kan, nak kata jadi bunga tapi tak nampak yang berbunga.

      Delete
  17. cantikkkk...tenang je suasana...

    ReplyDelete
  18. Best kan, pergi Taman Tasik Taiping. Saya tak pernah explore habis taman ni. Satu hari, nak la, jogging sini, lalu semua kawasan. Pernah duduk bawah pokok besar tu, lama-lama. Sebelum pokok tu condong kena tongkat atas jalanraya, kita boleh je lalu dengan kereta. Burung di foto 5, burung Kingfisher, kalau tak silap. Cantik gambar-gambar yang Ujie ambil. Henfon saya, kalau zoom-in 10X, dah jadi blur dah, hehe.. sedih pula tengok video tu. Teringat dulu, pernah lepak lake garden dan pergi zoo, dengan arwah mak saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belum habis explore, nak kena datang lagi πŸ˜„

      Saya buat carian, nampaknya betul la tu spesis Kingfisher. Terima kasih Nur 😘. Seronok dapat tau nama burung cantik ni.

      Wah..ada memori indah dengan arwah mak ❤️

      Delete
  19. tak pernah lagi sampai sini tp sy suka dgn pokok yg mcm nk tumbang tu...cantikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan besar pokok Hujan-hujan tu, teduh je berjalan bawahnya.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****