Kembali menyambung catatan perjalanan di Bangkok. Insya Allah lagi beberapa entri, tamatlah siri catatan Bangkok.
Berbalik kepada tajuk entri - kalau ikut itinerari, kami akan makan di Samat Muslim Food (restoran masakan Thai) yang terletak di seberang jalan besar. Tak jauh dari penginapan kami di KC Place Hotel Pratunam (hotel penginapan kami yang kedua).
Tapi sebab kami datang sewaktu Hari Raya Aidiladha, restoran tersebut tak beroperasi selama beberapa hari kami di sana.
Jadinya, saya buat carian kedai makan halal di aplikasi Google Maps dengan menaip ‘halal food near me’. Saya baca ulasan dan menu setiap kedai sebagai penilaian awal. Akhirnya saya memilih untuk cuba makan di Afanti China Halal Food berbanding beberapa kedai makan lain yang agak kurang meyakinkan status halalnya. Nampaknya, terpaksalah kami makan masakan negara China sewaktu berada di Thailand 😅
AFANTI CHINA HALAL FOOD
Afanti China Halal Food sebuah restoran masakan Uyghur yang terletak di Jalan Ratchaprarop, jaraknya cuma 230 meter dari penginapan kami. Kami berjalan melalui kaki lima deretan kedai dan membelok ke sebuah lorong untuk tiba di restoran ini.
Restoran dengan hiasan dalaman yang nampak mewah.
Buku menu. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Seorang perempuan tempatan (berwajah Melayu) dan bertudung datang melayan kami. Pada mulanya saya bertanya dalam bahasa Inggeris, beliau macam kurang faham. Lepas tu saya cakap jelah bahasa Melayu dan dibalas cakap Melayu.
“Eh, boleh cakap Melayu…”
“Boleh, saya Melayu”
Terus kami sama-sama tersenyum lebar 😁. Tapi bukan semua yang saya tuturkan boleh difahami oleh beliau. Bahasa Melayu yang digunakan juga bukanlah bahasa Melayu seperti kita, kedengaran agak sukar dituturkan. Apa pun, ia tetap jua perkara yang menggembirakan apabila kita dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu di tempat asing.
Ada dua sebab foto ini saya kongsikan - saya tertarik dengan corak pada pinggan dan satu lagi saya nak bagitau bahawa saya tak pandai pakai chopstick 😅. Mujur juga disediakan garpu, tidaklah susah payah saya nak makan mi guna sudu seperti yang terjadi sewaktu kunjungan kami ke Guangzhou, China suatu masa dulu.
Kami sempat makan di restoran ini sebanyak dua kali. Bukanlah kerana suka sangat, tapi lebih kepada terpaksa kerana tak ada pilihan lebih baik. Foto-foto di bawah merupakan makanan yang kami makan untuk dua kali kunjungan ke sini.
Signature Beef Noodles / 150 Baht. Rasanya oklah boleh makan.
Braised Beef Noodles / 195 Baht. Yang ni sedap, sesuai cita rasa kami. Dua kali datang, dua kali kami pesan mi ni.
Masa tengok buku menu kalau tak silapnya kami pesan Beef Bun. Tapi bila sampai rupa begini. Agak keras liat kulit luarnya, dalamnya cuma ada sedikit inti daging.
Yang ni paling sendu nak makan. Nampak macam sedap, bila dimakan macam tak ada rasa. Tawar. Saya minta sambal atau sos cili dari pelayan. “Nak pedas-pedas?…tak ada..”, jawabnya. Akhirnya, kami tak mampu nak makan banyak.
Semasa bayar di kaunter, kami dapat diskaun 15%. Tak pastilah sebab makan dengan jumlah bil tertentu atau sebab kami makan nasi goreng tu sikit je atau entah sebab apa 🤷♀️
Tak banyak pilihan minuman. Kami pesan jus oren, rupanya dapat jus oren dalam botol begini 😅
Restoran yang cantik, bersih dan layanan pantas. Cuma makanan yang kami cuba makan tak memenuhi cita rasa kami, kecuali Braised Beef Noodles tu jelah yang memuaskan selera. Apa pun, sangat bersyukur dengan adanya restoran ini dapatlah kami makan dengan selesa. Ada jugaklah pilihan selain makan makanan 7-Eleven.
Seperkara lagi, saiz hidangan di sini besar tau. Kalau dua orang pesan dua mangkuk mi, memang sangat kenyang. Tapi kalau pesan satu saja, tak cukup pulak. Mungkin boleh pesan satu mangkuk mi dan satu lagi jenis makanan yang lebih ringan.
————————————————————————-
AFANTI CHINA HALAL FOOD
120/24, Jalan Ratchaprarop,
Ratchathewi, Bangkok,
Thailand.
Waktu operasi :
Setiap hari bermula 11 pagi
.
oh sendu ye menu tu tp tgk mcm sedap kan tp tawar plak ye...nasibaik braised beef noodle tu sedap
ReplyDeleteada juga geng saya tak pandai nak guna chopstick hehe...bila dapat diskaun tu rasa sejuk sikit hati kan kak ,hilang la sikit rasa tak puas hati dengan hidangannya
ReplyDeletebeef noodle tu nmpk sedap kak
ReplyDeletesaya pun tak berapa pandai mkn guna chopstick hehe
ReplyDeletejadi la kan... daripada lapar.. ! jauh tu makan chinese food di thailand heheh
ReplyDeleteMacam beef noodle restoran mee tarik. :)
ReplyDeleteSayangnya, nasi goreng nampak sedap, tapi tawar pula.
Memang cantik corak pada pinggan. Saya bila masak maggi di rumah, selalu makan dengan chopstick. Barulah feeling ala-ala korea, slurrpp slurrrpp, bunyi. :D
Sama la kurang pandai guna chopstick, mesti mintak sudu garfu. Food nampak sedap tapi tu lah kan, kadang rezeki dapat kurang sedap kan
ReplyDeletebeef bun? Ingatkan roti canai
ReplyDeleteSamalah kita nampaknya... PH pun tak pandai guna chopsticks:)
ReplyDeleteMinta garam & pepper lain kali puan, kot berasa sikit nasi goreng tu hehe...
Terima kasih bagi idea…tak terfikir pulak masa tu 😄
Deletetakkan hilang bahasa melayu di dunia., hehe
ReplyDeleteCantik betul pinggan dia.. nampak unik
ReplyDeletePadahal nasi gorengnya kayaknya sedap menggugah selera ya..sayang banget kalau agak hambar....pinggangnya cantik banget...bisa"ga konsen kalau makan hehehe
ReplyDeleteNampak mewah deko. Hendak masuk mesti teragak-agak dengan harganya. Nasib baik diberi diskaun pula.
ReplyDeleteSama juga saya tidak pandai guna penyepit makanan.
Betul NA, memang berkira-kira jugak kami nak masuk 😅
DeleteSekali pandang memang nasi goreng itu begitu menyelerakan. Rupanya sebaliknya ye Ujie.
ReplyDeleteItulah antara dugaan yang sering dihadapi sekiranya mengembara di luar kawasan sendiri.
Padahal memang nasi goreng tuh terlihat sedap ya kak 😅. Sayang juga kalo ternyata tasteless.
ReplyDeleteTapi memang yg noodles nampak enaaak 🤤. Biasanya kalo makan di resto China, noodles mereka jarang ada yg failed 😄👍
menu mi di restoran cina mmg selalu sedap....
ReplyDeletesuka pula saya tengok pinggan tu. warna warni...
ReplyDeletelaaa kanape laa dia buat nasi goreng macam tu... kalau tambah telur mata, ada beza tak rasa nasi goreng tu?