Thursday, 11 January 2024

Gulai Daging Batang Pisang - Hidangan Lazat dan Unik!

Gulai daging batang pisang, jangan tersilap baca jadi gulai daging batang pinang pulak ya (merujuk kepada bahagian daging batang pinang). Masakan ini merupakan gulai daging yang dimasak bersama batang pisang.

Sebelum ini saya hanya tahu berkenaan masakan ini menerusi pembacaan di media sosial, kali ini dapat juga saya merasa buat kali pertama. Ada yang memberi, dapatlah saya merasa.

Gulai Daging Batang Pisang - Hidangan Lazat dan Unik!

Gulai Daging Batang Pisang - Hidangan Lazat dan Unik!
Bersemangat saya nak mencuba masakan gulai daging batang pisang ni tau, sebab tertanya-tanya bagaimanalah rasanya makan batang pisang. Tengok rupa nampak menyelerakan.

Alhamdulillah bila dah cuba, rasanya kena dengan selera saya 😋. Tak sangka, sedap pulak rasa masakan batang pisang ni. Daging dan batang pisangnya lembut, pandai orang yang memasaknya.

Menurut info, batang pisang ini diambil dari pokok pisang hutan. Seperkara lagi, gulai daging batang pisang ini merupakan masakan popular di majlis kenduri kahwin di negeri Perlis dan Kedah. Selama ini saya tak tahu pun, bila dah menetap nun di utara ni kenalah ambil tahu.

Saya juga perlu biasakan sebut ‘gulai’ bagi masakan begini. Gulai merujuk kepada masakan berkuah (contoh : masak kari, asam pedas). Itu yang saya fahamlah, kalau salah tolong betulkan ya. Orang selatan tak biasa guna perkataan ‘gulai’, kami terus sebut nama masakan (contoh : masak kari, asam pedas, masak lemak). Tak ada yang salah atau betul, itulah namanya perbezaan dan keunikan budaya setempat.

Semoga ada rezeki lagi untuk saya merasa masakan gulai daging batang pisang yang lazat dan unik ini!






.

24 comments:

  1. lauk famous belah utara kan kak,selalu tengok mamacella&PH share lauk kenduri kg di kedah..belah2 pantai timur pun susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  2. sedap kan UJie, bukan batang pisang tapi umbut bahagian tengah batang pisang yang masih lembut, adoi mana nak cari nih :)

    ReplyDelete
  3. saya pun dulu selalu konpius bila orang utara cakap gulai. tapi gulai batang pisang tak pernah makan. teringin nak ty. saya suka lauk kampung

    ReplyDelete
  4. Saya pertama kali makan masa hantar sepupu kahwin dengan orang Kedah. Dapatlah merasa. 2-3 kali tambah ambil batang pisang.
    Hehe selamat mencuba masakan utara yang lain, Puan Ujie.

    ReplyDelete
  5. Kita raikan saja perbezaan istilah mengikut budaya masing-masing.
    Saya teringin makan gulai batang pisang air tangan orang utara. Sewaktu bercuti bersama anak-anak di Kedah tempoh hari, anak saya kata sedap betul dapat makan gulai daging batang pisang di tempat kenduri kahwin.

    ReplyDelete
  6. Puas makan batang pinang ni....!

    ReplyDelete
  7. Saya belom pernah makan batang pisang/umbinya ..tapi di daerah Bali ada sayuran terbuat dari batang pisang,namanya gulai Ares

    ReplyDelete
  8. sedapnya kak pernah makan dulu masa pergi kenduri kt kedah, cuma kalau kt kl ni memang payah jumpa

    ReplyDelete
  9. waktu ldy g kedah br ni, ade org bagi lauk kenduri... batang pisang ade dlm tu.. sedap yg amat.. diorg siap ajar mcmn nk dptkan yg pulur lembut kt dalam.. perlu cr pokok pisang yg ade baby daun kat hujung .. br pulurnye lembut. dan hanya pokok tertentu shj yg boleh diambil untuk buat gulai

    ReplyDelete
  10. gulai daging batang pisang belum pernah cuba tapi pernah makan batang pisang dibuat sayur masa kecik dulu. Sedap.

    ReplyDelete
  11. Lauk rare ni, Ujie. Saya tak pernah makan. Tapi pernah tengok rencana orang ambil batang pisang tu macamana, iaitu bahagian paling dalam, yang lembut. Peh... teringin nak rasa. :)

    ReplyDelete
  12. Enakkan gulai batang pisang kami hehe...

    ReplyDelete
  13. ye ye. majlis kahwin kat Perlis mmg ada lauk ni. pernah sekali merasa di Perlis. sedap.. uniq.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah....dapat merasa masakan utara ...bertambah peminat gulai batang pisang...
    Sebenarnya ia bukanlah guna whole batang pisang tetapi hanya " umbutnya"..iaitu isi dalam batamg pokok pisang & mestilah pokok pisang yang belum pernah berbuah.Kira pokok pisang dara la ..Kalau pisang yang dah berbuah umbut dalamnya dah keras tak sesuai kita nak makan..

    ReplyDelete
  15. Kalau dlm keluarga sy biasa jugak sebut gulai. Masak gulai tu maknanya masak asam pedas la. Kalau kari, masak lemak, kami tak sebut gulai, hihi.

    Sy biasa jugak makan gulai batang pisang ni kalau kebetulan ada kenduri bila balik Kedah.

    ReplyDelete
  16. kalau gulai kawah daging pun letak btg pisang utan ni sedappp.
    penambah selera

    ReplyDelete
  17. menu ni jarang nak boleh dapat dah sekarang hehe

    ReplyDelete
  18. pernah makan masa kenduri di Kedah...sedapnya...dah lama x jumpa..

    ReplyDelete
  19. Feveret CCL gulai batang pisang ni . Kalau kenduri area kedah menu ni memang wajib laa

    ReplyDelete
  20. kalau dpt ke saya ni
    habis semangkuk sy bedal
    mmg sukaaaaa sangat!

    ReplyDelete
  21. Rasanya kenduri di Penang pun ada gulai daging batang pisang ni sebab pernah merasa masa pergi kenduri di Penang. Orang sana memang pandai masak hidangan yang satu ni. Tempat lain tak ada.

    ReplyDelete
  22. Saya pernah cobaa, tapi pas di Aceh dulu kak. Mungkin Krn ada kesamaan yaa antara Melayu dan beberapa tempat di sumatera, jadi makanan pun mirip.

    Tapi memang pohon pisang itu semua part dia rasanya bisa diolah macam2. Sampai batang pun sedap. Pernah juga bagian buah yg masih mentah dimasak gulai hijau Ama mama. Itu juga enaaak.

    Rindu makanan seperti ini. Kalo di Jawa, susah sangat cari makanan kaya rempah macam sumatera. Krn di Jawa biasanya lebih light dan mild. Lidah saya masih lidah sumatera sangat 😄. Suka makanan banyak rempah

    ReplyDelete
  23. hahahah saya lah org nya mula2 baca Daging Batang Pinang hahahaha

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****