[Catatan Hari Isnin, 25 Disember 2023]
Catatan pertama saya pada tahun 2024, tetapi ceritanya berlaku pada tahun lepas 😄
Sempena cuti sekolah yang lalu, ahli keluarga Encik Suami datang berkumpul di Perlis. Dua beradik (Encik Suami dan adiknya) memang menetap di Perlis, manakala yang lain (termasuk mak mentua) datang dari Johor dan Terengganu.
Tiada acara tertentu, kami sekadar menghabiskan masa santai bersama dengan aktiviti makan-makan dan jalan-jalan di sekitar Perlis.
Antara tempat yang sempat kami pergi - Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam. Di sini kami fokus kepada aktiviti eksplorasi Gua Kelam 1 sahaja.
Ini merupakan kunjungan kali kedua saya memasuki Gua Kelam 1 . Kunjungan kali pertama pada Januari 2022 sewaktu melakukan eksplorasi ke Gua Kelam 2 dan perjalanan baliknya melalui Gua Kelam 1.
Bayaran masuk ke Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam masih sama seperti kunjungan terdahulu, iaitu cuma RM2 seorang dewasa dan bayaran parkir kenderaan RM1. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk pengunjung masuk ke Gua Kelam 1.
Foto kenangan di pintu masuk Gua Kelam 1. Lagi 4 orang ahli keluarga tiada dalam foto ini.
Tidak seperti kunjungan saya yang terdahulu, kali ini ruang dalam gua tidak sesak dengan pengunjung. Mudahlah bagi saya memerhati sekitar dan memotret itu ini.
Ada ruang gua yang gelap dan ada ruang yang terang dengan cahaya lampu. Ada juga laluan yang basah dengan titisan air yang mengalir dari bumbung gua.
Sambil berjalan kita perhatikanlah persekitaran dalam gua. Nikmati juga bunyi aliran deras sungai yang mengalir di bawah platform jambatan. Foto di atas - ‘Gour Pools’ iaitu kolam atau empangan semula jadi yang terbentuk oleh kalsit dan mineral lain.
Di penghujung gua, terdapat tempat berehat dan mesin minuman. Sebahagian ahli keluarga berehat di sini, manakala sebahagian lagi meneruskan eksplorasi di kawasan sekitar.
Saya dan sebahagian ahli keluarga lain naik ke bahagian lebih tinggi dengan mendaki anak tangga. Foto di atas - antara laluan landai di bahagian atas.
Penghujung laluan ini membawa kita ke pintu gua Gua Kelam 2. Tapi kita tak boleh sampai hujung sebab ada pintu pagar berkunci sebelum tiba di pintu gua tersebut. Gua Kelam 2 hanya boleh dilawati dengan khidmat juru pandu arah berbayar. Nak info lanjut boleh baca entri saya berkenaan Gua Kelam 2 DI SINI.
Pemandangan dari atas, sebahagian lanskap taman tropika di pusat eko pelancongan ini. Menarik dan tenang jiwa dapat menikmati keindahan alam di sini. Kawasannya luas, kami datang sekejap saja memang tak sempat dan tak larat nak berjalan melihat-lihat semuanya.
Untuk kembali ke tempat permulaan, pengunjung perlu berpatah balik melalui gua tadi. Kami menghabiskan masa kira-kira 1 jam di Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam ini. Tak ambil masa lama kerana kami cuma masuk ke Gua Kelam 1 sahaja.
Selain eksplorasi gua, pengunjung boleh ke Galeri 3D Gua Kelam, Rumah Cermin, bermain ATV, berkelah dan melakukan aktiviti perkhemahan di sini. Berkunjung ke Perlis? Jangan lupa masukkan Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam ini dalam itinerari kalian ya.
.
Alhamdulillah mak mertua Puan Ujie masih lagi mampu meneroka Gua Kelam 1.
ReplyDeleteCantik dan mesti asyik menikmati Gour Pools.
Ya, Alhamdulillah mak masih sihat berjalan, boleh ikut masuk gua.
Deletepernah masuk ke sini...yang pasti sebelum tahun 2004 sebab masa tu belum kahwin lagi.
ReplyDeleteKena datang lagi tu ammi, ambik pengalaman tahun 2024 pulak 😀
Deletetak tau la bila saya boleh sampai Perlis ni kak...harap ada rezeki boleh jalan2 ke sana nanti..saya belum pernah masuk mana2 gua sebab ada overthinking
ReplyDeleteInsyaAllah moga ada rezeki Afzan jalan-jalan sini.
DeleteGua Kelam ni InsyaAllah sesuai untuk Afzan cuba. Sebab bukan kategori yang mencabar. Santai dan pendek je laluannya.
Nasib baik le tak ramai pengunjung lain kan? Kalau tak berlaga bahu kot....
ReplyDeleteKalau ramai, susah nak menikmati suasana gua.
Deleteanak kak ana nak sangat ke Perlis ni Ujie, boleh lah masukkan dalam list andai di rezekikan kami sampai ke sini nanti..
ReplyDeleteInsyaAllah moga ada rezeki kak Ana sekeluarga untuk ke sini.
DeleteSaya belum pernah sampai Gua Kelam ni...
ReplyDeleteTapi bila sebut Gua Kelam & gua gua lain dan dan teringat subject Goegrafi..Saya suka subject tu
Sepp...saya pun suka subjek Geografi.
DeleteAtas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ReplyDeleteYang benar,
Permaisuri Cuya.
😁 dah jadi permaisuri ya..
DeletePernah pergi Perlis tapi belum pernah sampai ke Gua Kelam lagi.
ReplyDeleteBagusnya dapat beriadah bersama keluarga.
Cantik lanskap tu macam lukisan
InsyaAllah kalau MrsA ke Perlis lagi boleh jalan-jalan ke Gua Kelam. Boleh nikmati sendiri keindahan lanskap taman kat sini.
DeleteGua Kelam ni memang popular dari zaman saya sekolah lagi. Sebab ada dalam buku teks
ReplyDeleteHehe...betul.
Deletebestnya. tgk view gua menarikkk
ReplyDeletextvt gini, rinduu cik nur nk jln2 cani
sejakk ada ank2 bulus ni payah nk jln2
Hehe...macam ada anak kecik jugak ya, payah nak berjalan.
DeleteSelalu dengar namanya saja, belum ada rezeki ke Gua Kelam.
ReplyDeleteNampak bersih dalam gua tu, terjaga. Good job 👍
Alhamdulillah memang bersih elok dalam gua dan kawasan sekitar. Bagus pihak pengurusan sini.
Deletedana pernah ke gua kelam lama dulu kak masa masih bujang trang tanng, dalam tahun 2006 gitu.... dulu takde tmpt bergambar cantik2 gini, banyak tahi kelawar je
ReplyDeleteHehe...sekarang dah takde kelawar kot.
Deletewah..kak Ujie dah jadi duta Perlis pulak. hihi
ReplyDelete😄 duta tak berbayar Tahun Melawat Perlis 2024/2025.
DeleteUniknya pembentukan dinding gua tu Kak Ujie.
ReplyDeleteKan! Kolam bertingkat.
DeleteMenarik sekali Mbak perjalanan menyusuri Gua Kelam ini. Lokasi-lokasi di dalam gua demikian menarik.
ReplyDeleteItu disana bisa berkemah juga ya Mbak?
Asik juga ya kalau berkemah, bermalam dengan suasana sejuk, damai, bersatu dengan alam.
Btw, ini kunjungan pertama ke blog Mbak. Salam jumpa dan salam kenal melalui media blog.
Salam persahabatan dari saya di Sukabum, west java, INA.
Iya, ada disediakan tapak perkhemahan di bahagian luar gua.
DeleteSalam kenal :)
cantik view dlm gua esp yang Gour Pools..
ReplyDeleteSuka explore gua kelam ni lagi-lagi bila dh dapat masuk dalam gua . Rasa sejuk dapat juga tengok apa yang ada dalam gua tu
ReplyDeleteSeronoknya bila keluarga datang berkunjung. Boleh bawa jalan-jalan. Perlis pun dah banyak tempat menarik sekarang ni. Ada juga perasan ada kedai kopi di gua. Tak pasti dimana. Paling best bila tak ramai pengunjung, senang nak memotret.
ReplyDeleteMenariiiik tempatnya kak. 👍 Saya belum pernah ke Perlis. Boleh lah nanti jadi referensi saya kalo kesana.
ReplyDeleteGua seperti ini memang ada banyak juga di sini, tapi saya tak pernah bosen lihat. Krn masing2 gua pasti berbeda, bentuk stalaktit dan stalakmit nya. Itu yg menarik di lihat
Lama betul tak jejak kan kaki ke Gua Kelam ni.. adalah 18 tahun lepas dtg bersama arwah ayah ...
ReplyDeleteberapa lama untuk explore kat area gua kelam ni puan.
ReplyDeleteKalau Gua Kelam 1 sahaja, ambil masa kira-kira 1 jam jika berjalan santai macam kami - rehat, ambil gambar.
Delete