Menyambung catatan jalan-jalan bersama ahli keluarga Encik Suami di Perlis pada penghujung Disember 2023. Dari Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, kami terus menuju ke Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh untuk aktiviti bersiar-siar di sekitar tasik Timah Tasoh dengan menaiki bot.
Ini merupakan kali kedua saya menaiki bot di sini. Maka entri ini saya catatkan secara ringkas sajalah sebab dah pernah cerita berkenaan Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh dalam entri terdahulu.
Cuaca ketika ini sedikit mendung, sama seperti sewaktu kunjungan pertama saya ke sini sekitar Oktober 2022. Foto-foto yang dirakam semuanya jadi suram.
Disebabkan jumlah kami agak ramai, kami berpecah menaiki dua buah bot. Beginilah keadaan dalam bot yang kami naiki, tak sama dengan pengalaman saya sebelum ini. Kali ini kami duduk di atas kerusi plastik yang disusun secara berbaris. Saya rasa tak seronok sebab naik bot tapi duduk atas kerusi plastik π
Kedudukan begini juga membuatkan kami sukar berkomunikasi. Tambahan pula dengan encik pemandu bot yang agak kurang mesra, aktiviti bersiar-siar di tasik kali ini terasa sedikit membosankan bagi saya. Selitan info atau cerita berkenaan tasik ini akan memberi tambah nilai bagi aktiviti begini.
Perubahan baru di sini, terdapat platform untuk pengunjung merakam foto kenangan di tengah tasik dengan berlatarkan Bukit Chabang. Di platform tersebut terdapat sebuah buaian dan tulisan ‘I ❤️ Santuari Ikan Air Tawar’. Kawasan platform tidaklah begitu luas, jadinya pengunjung perlu berhati-hati berdiri sementara menunggu giliran untuk berfoto di buaian atau tulisan tersebut.
Menurut pendapat saya, lebih menarik jika kita berfoto dari atas bot (seperti pengalaman saya sebelum ini) berbanding berfoto di atas platform dengan buaian dan tulisan ‘I ❤️ …’. Entahlah, saya kurang suka bila tengok ada ‘aksesori’ tak perlu di tempat yang menawarkan keindahan alam. Seakan hilang keasliannya.
Dah siap berfoto di platform, bot kami mulai beredar. Masa inilah bot yang membawa sebahagian ahli keluarga lagi baru tiba. Saya rakam foto mereka dari kejauhan sajalah.
Bagi kalian yang nak info lanjut berkenaan Santuari Air Tawar Timah Tasoh, jemput baca entri semasa kunjungan pertama saya DI SINI. Jika kalian nak merasa pengalaman bersiar-siar di tasik buatan yang menjadi pusat tadahan air hujan ini, bolehlah masukkan aktiviti menaiki bot dalam itinerari jalan-jalan Perlis.
.
dulu suka naik bot skrg ciknur cam seriau sikit he heee
ReplyDeletePerubahan seiring dengan usia kita yang makin meningkat.
DeleteHehe macam di kelas sahaja apabila nampak Puan Ujie dan keluarga duduk.
ReplyDeleteSetiap tempat sekarang sudah ada 'I ❤️ …' macam satu kemestian untuk beritahu setiap tempat.
π kelas atas air!
Deletedah macam duduk dalam dewan exam pula ye kak naik bot duduk mcm tu hihihi,tak boleh nak borak pandang muka...
ReplyDeleteAdeh..geli hati dengan komen NA & Afzan π
DeleteBest nya. Kami tak cukup masa nak naik bot, cuaca pulak hujan renyai tahun 2022 dulu di Tasik Timah Tasoh. Memang cantik.
ReplyDeleteNak kena datang sekali lagilah tu π
DeleteYa, tak suka bila ada warna-warni di situ.
ReplyDeleteHilang aslinya kan...
Deletehaah betul Ana pun kurang suka bila ada 'aksesori' yg tak mencacatkan seri pemandangan alam semulajadi yg dah sedia cantik dah
ReplyDeleteKita datang nak menikmati alam semula jadi.
Deletepernah beberapa kali ke perlis tp xpernah tahu kewujudan tasik ni... kalau ke perlis selalu buntu nk g mn selain dr tengok padi... :D
ReplyDeleteLepas ni dah tau lah ya Lady, banyak tarikan alam semulajadi di Perlis ni.
DeleteLumayan tegang juga duduk di atas kursi saat bot melaju yaπ,memang sih yang alami lebih indah tanpa ada tambahan apa"
ReplyDeleteSyukur botnya tak dibawa laju. Perlahan je. Dan air tasik lebih tenang tak seperti air laut. Cuma iya, tetap rasa berdebar sebab kerusinya tak melekat pada lantai bot.
DeleteBetul tak suka juga kalau ada aksesori bunga-bunga bagai tu . Sekadar bendera tu ok tapi kalau propss yang berlebihan tu nampak mencacatkan sedikit alam semula jadi
ReplyDeleteHaa..iya CCL. Tak cantik sungguh ada bunga di bot. Entah apa sebab diletak bunga bagai π
Deletepertama kali tau kewujudan tempat ni.
ReplyDeleteSalah satu tarikan di Perlis.
DeleteRisau pulak duduk atas kerusi plastik macam tu, macam tak kukuh/stabil pulak π
ReplyDeleteBila la nak teroka Perlis ni huhu
Betul. Kerusi plastik tu tak lekat pun. Letak gitu je. Kalau ada budak duduk, risau.
Deletekalau dia suruh bersila atas bot tu lagi nayaππ
ReplyDeletetasik ni asalnya empangan kan?
Tasik ni adalah sebuah empangan. Empangan Timah Tasoh.
DeleteSekarang ni, semua tempat letak ayat I love ... tu, jadikan instagrammable. Entah la.
ReplyDeleteSukanya tengok pemandangan bukit-bukit tu.
memang aneh naik kerusi disusun sebegitu. kalau berhadapan boleh juga berbual dan tolong ambilkan gambar
ReplyDeleteMacam pelik pulak ye duduk atas kerusi plastik dalam boat. Unik tapi macam kurang selamat je rasa. Dahlah kita ni aquaphobia sikit. huhu... Ini yang fikir banyak kali nak naik kalau macam ni gayanya. Timah Tasoh dulu sepi, sekarang dah meriah dan banyak tarikannya. Tempat pun cantik.
ReplyDeleteTapi kursi plastiknya sudah dibor ke lantai ya kak? Bahaya juga kalo tak, masih bisa gerak sana sini nanti π .
ReplyDeleteSukaaaa naik boat dan merasakan angin juga percikan air ..sejuuuk berasa. Tak apalah mendung, yg penting jangan hujan. Seraaam π
kita orang perlis pun belum jalan ke Tasik Tasoh ni lagi hahahaa.. hebat :D
ReplyDeleteMak saya selalu juga pi mengail kat Empanga. Timah Tasoh ni dengan geng mancing dia...Kita yang dengar,adoiii. gayat
ReplyDeleteIndah juga ya Mbak pemandangan disana.
ReplyDeleteAsik juga saat naik boat bersama keluarga.
Saat di Ponorogo bulan lalu, saya sempat mengunjungi tempat seperti ini. Namanya Telaga Ngebel. [Telaga (bahasa Jawa) = Danau (bahasa Indonesia)]. Pemandangannya bagus, ada juga spead boat untuk keliling telaga.
Salam,