[Catatan hari Isnin, 28 Ogos 2023]
Kami menginap di Jerantut satu malam saja. Selesai urusan kerja Encik Suami pada tengah hari Isnin, kami bergerak meninggalkan Jerantut untuk menyambung perjalanan ke Ipoh, Perak pula.
Dah duduk dalam kereta, barulah kami berdua berbincang nak ikut laluan mana (berdasarkan pilihan cadangan laluan di Google Maps). Semalam kami datang ikut laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), jadinya hari ini kami sepakat nak mencuba jalan biasa (bukan lebuh raya) yang akan melalui Jalan Ringlet - Sungai Koyan dan Jalan Tapah - Cameron Highlands. Dua laluan berbukit yang mencabar.
Sangkaan kami meleset, rupanya bukan setakat dua laluan berbukit tetapi sebenarnya kami perlu melalui tiga laluan berbukit yang mencabar!
LALUAN PERSEKUTUAN 234 | JALAN JERANTUT - KUALA LIPIS
Jalan Jerantut - Kuala Tembeling |
Dari Jerantut, kami menghala ke Kuala Lipis melalui Laluan Persekutuan 234 yang juga dikenali sebagai Jalan Jerantut - Kuala Lipis. Jalan yang belum pernah kami lalui.
Struktur jalan yang sempit, berbukit yang curam dan banyak selekoh di Kuala Tembeling membuatkan pemanduan Encik Suami agak perlahan. Saya rasa ngeri apabila kenderaan kami berselisih dengan lori besar. Paling terasa ngeri apabila kenderaan kita mendaki bukit dan selepas itu terdapat selekoh, kita tak dapat melihat apa yang ada di hadapan.
Carian saya (sewaktu nak menghasilkan entri ini) menemukan banyak kes kemalangan berlaku di jalan ini. Antara kes yang mengerikan, lori besar tak mampu mendaki bukit lalu menggelongsor ke bawah melanggar kenderaan di belakang. Juga kes jalan runtuh pada musim banjir. Memang sangat bahaya bagi pengguna seperti kami yang tak pernah tahu tentang struktur jalan di sini.
Khabar baiknya, apabila laluan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) siap sepenuhnya pengguna ada pilihan untuk tidak melalui jalan yang cukup mencabar ini lagi.
Jeti Kuala Tembeling |
Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Jeti Kuala Tembeling yang terletak di sebelah kanan jalan raya. Terdapat deretan kedai dan sebuah bangunan kompleks jeti di sini, tetapi tiada premis yang beroperasi.
Jeti ini menjadi penghubung bagi pelancong yang nak ke Taman Negara Pahang di Kuala Tahan melalui jalan air. Walaupun sekarang dah ada jalan darat, tapi masih ramai yang sukakan cabaran dan mahu merasai pengalaman berbeza dengan memilih untuk menaiki bot. Semasa kami sampai, kelihatan ramai pelancong asing sedang menunggu di jeti.
Menaiki bot dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan ini merupakan salah satu impian kami suami isteri sejak dahulu. Tapi bila dah semakin bertambah usia, rasanya macam dah tak mampu saya nak duduk dalam bot untuk perjalanan selama kira-kira 3 jam. Dapat sampai ke jeti ini dan berfoto-foto pun jadiklah kan 😄
Jalan Kuala Tembeling - Kuala Lipis |
Dari daerah Jerantut, kami memasuki daerah Kuala Lipis. Masih lagi di Laluan Persekutuan 234, tetapi jalan di sini tidaklah begitu berbahaya seperti di Jalan Kuala Tembeling tadi.
Pemandangan yang indah dan memukau. Dan, eh…di sini rupanya lokasi Taman Eko Rimba Kenong (papan tanda dalam foto). Teringat buku bacaan semasa zaman kanak-kanak yang berjudul ‘Misteri di Rimba Kenong’. Kalau tak silap saya, begitulah judul buku tersebut.
Video berdurasi 31 saat memaparkan sebahagian Laluan Persekutuan 234 / Jalan Jerantut - Kuala Lipis. Tapi bukanlah di lokasi yang sangat mencabar dan berbahaya ya, kalau tempat begitu saya tak pegang telefon tapi bibir sibuk melafaz zikir لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ dan mata fokus memandang ke depan je 😬
LALUAN PERSEKUTUAN 102 | JALAN RINGLET - SUNGAI KOYAN
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan. |
Kami singgah menunaikan solat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah sebelum meneruskan perjalanan melalui laluan berbukit seterusnya. Awal perjalanan tadi cuaca panas terik, kemudian sempat merasa hujan lebat di Jalan Jerantut - Kuala Lipis sehinggalah kami tiba di masjid yang cantik dan bersih ini.
Di antara tiga laluan berbukit yang kami lalui hari ini, Jalan Ringlet - Sungai Koyan inilah yang paling melegakan laluannya. Struktur jalan yang lebar dan kurang selekoh tajam serta sangat kurang kenderaan membuatkan pemanduan Encik Suami lebih lancar. Saya menurunkan cermin tingkap kenderaan bagi menikmati udara di perbukitan yang segar dan nyaman, juga melayan mata dengan pemandangan indah hijau alam.
Pun begitu kalau dah namanya laluan berbukit, tetap juga ada risiko runtuhan jalan. Sepanjang pengalaman kami melalui jalan ini, memang sentiasa ada saja jalan yang rosak disebabkan runtuhan jalan. Cuma kali ini tiada kerosakan teruk sehingga terputus laluan seperti yang pernah terjadi.
LALUAN PERSEKUTUAN 59 | JALAN TAPAH - CAMERON HIGHLANDS
Bagi kalian yang pernah lalu Jalan Tapah - Cameron Highlands ini tentu sedia maklum bagaimana rupa jalannya. Struktur jalan sempit, berbukit dan banyak selekoh tajam menjadikan laluan ini cukup mencabar.
Perjalanan kali ini lebih mencabar dan berbahaya sebab terdapat banyak lokasi kerja-kerja baik pulih cerun sedang dijalankan. Hanya satu laluan saja di buka di tempat begini. Kalau ada yang nak ke Cameron Highlands dalam masa terdekat, elakkanlah laluan ini ya.
Pesan sup ekor bakar, tapi dapat sup ekor biasa. Dah lapar, makan je apa dapat. |
Sampai di bawah sebelum memasuki Lebuhraya Utara Selatan, kami singgah makan di Eryna Sup Darat. Ini bukan pertama kali kami makan di sini, selalu jugak kami sengaja keluar dari lebuh raya semata-mata nak makan sup di sini. Supnya sedap dan menyegarkan sesuai dengan cita rasa kami.
Alhamdulillah, kami kemudiannya selamat tiba di penginapan K Garden Hotel, Ipoh sekitar pukul 8.40 malam. Perjalanan kira-kira 8 jam turun naik bukit membuatkan mental dan fizikal saya keletihan! Apa pun, seronok juga sebab dapat pengalaman baru melalui laluan mencabar di Kuala Tembeling.
.
Kalau saya tak sanggup nak lalu jalan yg banyak selekoh tajam sebab boleh mabuk darat dibuatnya. Pernah lalu Jalan Tapah turun dari CH, separuh jalan kena berhenti sebab dah tak tahan sangat termuntah2 sampai lembik.
ReplyDeleteKalau jenis mudah rasa mabuk, memang kena elak laluan berliku berbukit ni.
Deletebaru tuari wak gi Kuala Tahan (Taman Negara) tu nmpk menarik gak., hehe
ReplyDeleteMemang menarik bagi yang sukakan alam semula jadi, saya dah sampai situ ikut jalan darat. Saja la nak merasa ikut jalan air (naik bot). Tapi entah bila 😄
DeleteSaya kalau pergi naik kendaraan bareng suami bila di depan ada turunan atau tanjakan dan berkelok-kelok biasanya berjarak dengan mobil"besar, takut mereka tak kuat menanjak atau mengerem saat turunan tajam 😁, alhamdullilah sudah sampai dengan selamat
ReplyDeleteBetul…sebolehnya nak berjarak jauh dengan kenderaan berat. Macam-macam hal boleh berlaku. Memang rasa lega syukur dah selamat sampai destinasi.
DeleteRezeki PU dapat terima pelbagai tempat yg tak semua org berpeluang merasai perjalanannya. Sy pun suka sangat kalau dapat lalu jalan/tempat yg belum pernah sampai.
ReplyDeleteSama la kita, dapat jalan-jalan atas jalan pun suka 😄
DeleteTapi dalam masa sama, seram bila jumpa jalan yang berbahaya.
LM kalau lalu kawsan bahaya macam ni perut jadi kejang.cramp semacam sebab menahan dari selekoh kiri kanan. seram punya pasal jadi gitu la selalunya
ReplyDeleteSaya pulak…penat tahan nafas bila rasa seram 😅. Macam-macam ya reaksi kita.
DeleteUncle selalu berkerut dahi kalau terpaksa lalu jalan Tapah - C Highland
ReplyDeleteTanda fokus memandu di laluan sukar 😁
DeleteAllah.. kalau sy pun sama, tak lekang zikir & sentiasa berulang baca ayatul qursi. Risau berlaku apa². Sedang lebuhraya plus tu jugak sy gerun sebenarnya.
ReplyDeleteLega bila dah sampai, kan. Sy tak pernah lalu semua jalan yg Ujie ceritakan ni.
Lebuhraya PLUS pun ada kawasan yang saya gerun - laluan sebelum dan selepas Terowong Menora. Berliku-liku dan bercerun. Lagi seram bila banyak pulak kenderaan berat.
DeleteSeramnya nak lalu situ....Tak sanggup rasanya ( ><")
ReplyDeleteKalau ada pilihan, tak mau jugak lalu. Tapi itu jalan dengan jarak yang dekat.
DeleteKalau orang yang memandu lagi mencabar mental dan fizikal. Fokus kena betul-betul.
ReplyDeleteWah! Pergi ke Ipoh pula.
Hehe..iya, pemandu lebih lagi penat mental fizikal. Bezanya orang lelaki lebih tenang, saya mudah cemas. Itu yang penat mental 😅
DeleteSambung kerja di Ipoh pulak dua malam. Lepas tu baru balik rumah PP.
cantik scenerynya...laluan ke CH tu ngeri. nak-nak bila musim hujan
ReplyDeletepernah drive ikut Jln Tapah - CH, mmg mencabar...3 laluan berbukit..fuhh..letih mental & fizikal...
ReplyDeletePernah sekali guna laluan Tapah CH...ngeri tapi singgah mandi li Lata Iskandar..hihihi
ReplyDeleteSaya ada e mail Ujie jemput majlis Adah...tapi bila semak..salah email adress...entah Halifa mana yang saya email...patut la takda respon...huhuhu
Ooh…haha, apa pun terima kasih sudi jemput ya mamaCella 😊
DeleteKalo naik boat 3 jam , saya pun tak tahan kak. Langsung mual2 rasanya perjalanan 😂. Dah paling betul naik mobil ajalah 🤭😄.
ReplyDeleteLama juga 8 jam yaa. Tapi biar gimana saya sukaaa kalo road trip macam ni. Bisa lihat banyak hal 😄👍
Pernah lalu jalan tapah nak ke Cameron. Macam tak boleh je lalu situ sebab pening. Jalan dia pun agak tak elok berbanding Simpang Pulai.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsiannya Ujie.
ReplyDeleteBolehlah saya jadikan panduan kalau hendak jalan-jalan di Malaya. Maklumlah balik sana pun sekali-sekala sahaja, dan tak ikuti sangat perkembangan jaringan laluan darat di beberapa negeri.