Tuesday, 5 September 2023

Cili Jeruk Sedap Rangup

Baru-baru ini ada orang beri satu plastik cili hijau segar dari ladang dengan jumlah yang agak banyak. Saya pun buatlah carian internet berkenaan masakan menggunakan cili hijau. Hasilnya, saya berjaya memasak Rendang Ayam Cili Hijau, Ikan Jenahak Masak Berlada dan gunakan sedikit untuk buat Cili Jeruk.

Bagi menghasilkan Cili Jeruk, saya ikut panduan oleh blogger Amie. Kak Amie gunakan kapur makan bagi menghasilkan Cili Jeruk yang rangup. Sebelum ini saya pernah buat Cili Jeruk tapi tidak menggunakan kapur makan, buat versi paling ringkas je. Kebetulan di rumah memang ada kapur makan, bolehlah saya gunakan dalam pembuatan Cili Jeruk kali ini.

Saya catatkan di blog supaya mudah saya rujuk semula. Kalau nak panduan langkah demi langkah, boleh terus ke blog Kak Amie DI SINI ya. Terima kasih buat Kak Amie kerana rajin sediakan foto langkah demi langkah.


CILI JERUK RANGUP

Bahan :
Cili hijau segar
Kapur makan
Cuka makan
Gula pasir
Garam

Cara :
  1. Hiris cili hijau ikut suka, yang penting sama tebal.
  2. Buang biji cili dengan cara basuh beberapa kali menggunakan bekas penapis.
  3. Larutkan kapur makan dengan air, kemudian rendam cili kira-kira 1-2 jam.
  4. Kemudian toskan dan basuh cili beberapa kali bagi menghilangkan bau kapur.
  5. Didihkan air secukupnya, matikan api. Masukkan cili dalam air mendidih tadi dan biarkan sekejap kira-kira 20 - 30 saat.
  6. Toskan cili dan masukkan dalam bekas penyimpanan.
  7. Masak campuran cuka makan, gula dan garam sehingga larut, tak perlu sampai mendidih. Kemudian tuang dalam bekas penyimpanan cili tadi.
  8. Kacau rata campuran cuka dan cili. Biarkan sejuk sebelum tutup bekas cili.
  9. Cili Jeruk sedia dimakan setelah bertukar warna (rujuk foto kedua di bawah).

Cili Jeruk Sedap Rangup
Hirisan cili yang baru dicampur dengan cuka, garam dan gula.
Saya gunakan 5 biji cili hijau saiz besar yang dipotong serong. Saya tak suka nampak biji cili banyak, jadi saya buang bijinya hampir bersih.

Cili Jeruk Sedap Rangup
Cili sudah bertukar warna.
Rakaman foto selepas 3 jam cili dibiarkan dalam larutan cuka. Lupa pulak saya nak perhatikan warna cili selepas 1 jam.

Cili Jeruk Sedap Rangup
Sikit je saya buat Cili Jeruk, sesuai dengan ahli keluarga cuma dua orang. Saya simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama sebab kami bukan nak makan setiap hari.

Bagaimana hasilnya?

Kali pertama saya dan Encik Suami makan Cili Jeruk buatan kali ini bersama Mi Celup yang dibeli. Alhamdulillah memang sedap rangup! Berkali-kali kami menambah Cili Jeruk dalam hidangan. Padahal biasanya Cili Jeruk ni kami suka makan dengan masakan mi jenis bergoreng, tapi rupanya sedap juga makan dengan mi berkuah. Agaknya sebab sedap rangup, itu yang makan dengan mi apa pun sedap 😄






.

21 comments:

  1. Sedap ni makan dengan mee goreng mamak!

    ReplyDelete
  2. ala kak tertelan airliur plk sy tengok cili jeruk akak,terbayang mee goreng talam dengan cili jeruk rangup

    ReplyDelete
  3. Begitu rupanya buat cili jeruk. Senang.

    ReplyDelete
  4. ooo rendam dengan kapur. nak try lah nanti

    ReplyDelete
  5. sedapp cili jeruk
    cik nur paling suka mkn dgn kue teau kungfu , mee gorengg

    ReplyDelete
  6. thank you berkongsi resepi Kak Amie...yg crunchy mmg sedap...telan ailio...hihi..

    ReplyDelete
  7. Nampak cantik je hasilnya. Saya suka makan jeruk cili dengan kuey teow goreng. Sedapnya...

    ReplyDelete
  8. Oh, guna air kapur ya nak bagi crunchy. Nanti boleh dicuba, kat rumah ni wajib jugak ada stok cili jeruk 😆

    ReplyDelete
  9. sedapnya makan dengan kueh tiow goreng..
    dulu arwah mama suka buat jeruk mangga muda campur cili padi...buat makan dengan nasi

    ReplyDelete
  10. alamak kita x makan sangat cili jeruk tp ni kalau MAMA uyum nampak, harus dia ratah je hahaha

    ReplyDelete
  11. Sedap ni makan dgn segala Mee

    ReplyDelete
  12. Wah bisa di coba juga nih resepnya,kalau di sini namanya acar

    ReplyDelete
  13. Okay, simpan dulu resepi ni. Mungkin boleh buat utk si Abang, suka sangat nak makan cili dgn lauk asrama.

    ReplyDelete
  14. Cili jeruk ni wajib ada atas meja makan..

    ReplyDelete
  15. Tanpa cili jetuk...hbarlah kue teow...hihihi

    ReplyDelete
  16. Tadi saya pikir pakai jeruk 🍊 juga kak 😅. Ternyata hanya nama yaa. Saya terkadang suka bingung Chilli hijau besar nih utk apa. Tak banyak resep saya tahu pakai ini. Tapi bolehlah nanti nak bikin pickles seperti resep di atas 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya…pickles = jeruk 😁
      Tapi kalau dalam bahasa Jawa (saya orang Jawa), jeruk = buah limau 🍊

      Delete
  17. Cili jeruk ni makan dengan apa pun sedap. Nak nak kuaw tiaw goreng....perghhh....

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Ujie sudi cuba resipi cili jeruk.
    Sedap kan. Nanti boleh buat lagi kalau ada stok cili hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kak 😉
      Sedap, memang saya akan ikut cara ni jelah kalau nak buat cili jeruk lagi.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****