[Catatan hari Ahad, 27 Ogos 2023]
Encik Suami ada urusan kerja di Jerantut pada pagi hari Isnin, jadinya seawal pukul 6.40 pagi hari Ahad kami bertolak dari rumah PP menuju ke Jerantut, Pahang. Bimbang kalau lewat nanti jalan akan sesak memandangkan hari Ahad biasanya aliran trafik dari utara menuju ke KL lebih tinggi. Tambahan lagi cuti sekolah sudah bermula, kenalah bersedia dengan pertambahan kenderaan di lebuh raya dan jalan utama.
Google Maps memberikan tiga cadangan laluan perjalanan dari rumah PP ke bandar Jerantut :
- Dari Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar di Tapah seterusnya melalui Jalan Ringlet-Sungai Koyan.
- Dari Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar di Tanjung Malim seterusnya melalui bandar Raub.
- Dari Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar menuju ke Kuantan/Genting Highlands seterusnya melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Kami pilih laluan yang paling mudah tetapi jaraknya lebih jauh, iaitu melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Pukul 7.24 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan - pemandangan indah suasana pagi disimbah cahaya matahari.
Pukul 11.16 pagi kami melalui Terowong Genting Sempah di sempadan negeri Pahang. Terpapar poster besar Sultan Pahang yang juga Yang di-Pertuan Agong Malaysia di pintu masuk terowong.
Pukul 1.10 tengah hari, kami tiba di Jerantut. Alhamdulillah kami selamat sampai setelah melalui perjalanan sekitar 6 jam 30 minit (termasuk berhenti makan sarapan dan ke tandas). Penat rasanya duduk lama dalam kereta dan perut pun dah lapar.
Sebelum itu saya buat carian Google Maps - ‘makan sedap Jerantut’. Daripada senarai yang terpapar, kami pilih untuk mencuba makan di Gypsy Garden Jerantut Cafe. Di hadapan kafe inilah terletaknya Batu Kilometer Sifar atau Batu KM0 Jerantut. Ini bukanlah batu yang diletak oleh pemilik kafe sebagai tarikan, tetapi ianya dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Kilometer sifar atau KM0 merujuk kepada satu lokasi di mana titik permulaan jarak sesebuah jalan, bandar atau negara. Batu KM0 biasanya terletak berdekatan Pejabat Pos kerana pada masa dahulu perkhidmatan pos menjadi nadi utama sistem perhubungan. Oleh itu, Pejabat Pos dijadikan sebagai titik KM0 bagi sesebuah bandar.
GYPSY GARDEN JERANTUT CAFE
Sebuah kafe dengan tema unik. Menerusi ulasan di internet, tahulah saya bahawa operasi kafe ini dijalankan oleh pasangan suami isteri.
[gip.si] | ݢيڤسيDefinisi : orang yg berasal drpd suku bangsa Asia yg tinggal di Eropah dan Amerika Utara dan mengamalkan cara hidup berpindah-randah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Rupa bahagian hadapan kafe, di sebelahnya bangunan Pejabat Pos Lama Jerantut. Nampaknya tak banyak meja tersedia, sebuah meja panjang di bahagian dalam dan beberapa buah meja di luar.
Ada satu hal yang saya terlepas pandang sebelum ke sini, iaitu pelanggan perlu membuat tempahan sebelum datang (selepas itu baru saya perasan adanya pesanan pemilik berkenaan hal ini pada bahagian ‘about’ di Google Maps). Pemilik kedai, seorang lelaki kelihatan sedikit terkejut melihat kehadiran kami berdua di muka pintu kafe. Beliau meminta maaf kerana cuma menerima pelanggan yang telah membuat tempahan.
Tetapi sebelum kami beredar, beliau mendekati kami kembali dan berbual ringkas. Dipendekkan cerita, beliau sudi menerima kami memandangkan kami datang dari jauh. Alhamdulillah…rezeki kami makan di sini.
Memahami situasi beliau yang melakukan semua kerja sendirian pada hari tersebut, kami cuma memesan dua hidangan yang mudah disediakan. Segan jugalah kan, terasa menyusahkan beliau pulak kalau nak pesan macam-macam.
Kami duduk di bahagian luar kafe, meja di dalam sudah ditempah oleh sekumpulan pelanggan.
Sup cendawan yang pekat berkrim. Sedap!
Besar saiz potongan ayam panggang ni. Kami kongsi makan potongan ayam ini.
Isi ayam lembut dan berjus. Rasa perapannya pun sedap.
Alhamdulillah kami dapat merasa masakan lazat pemilik kafe. Orangnya pun mesra dan ramah. Memang patutlah ramai mat salih memberikan ulasan baik pada kafe ini. Harga dikenakan juga berpatutan, kami membayar sekitar RM28 bagi dua jenis hidangan dan dua jenis minuman.
AZA GALERI
Aza Galeri merupakan sebuah galeri milik kartunis Aza atau nama sebenarnya Abdul Razak Sofhi @ Subhi yang popular bersama majalah Gila-Gila. Masih ada yang ingat? Saya tak ingat nama kartunis Aza, sekadar ingat dulu memang suka baca majalah Gila-Gila.
Bangunan galeri ini dahulunya merupakan bangunan Pejabat Pos Lama Jerantut. Saya sekadar memotret bahagian luar bangunan. Bagi yang nak berkunjung ke sini, boleh buat carian Google Maps - Aza Cartoon Gallery.
Selepas makan, kami menuju ke hotel. Kami menginap satu malam di SY Jerantut Hotel. Saya pilih hotel ini berdasarkan ulasan berkenaan tahap kebersihan yang baik. Juga ruang parkir yang luas kerana tak perlu berkongsi dengan premis perniagaan lain.
Alhamdulillah memang saya puas hati dengan tahap kebersihan bilik yang kami dapat. Keluasan bilik dan bilik airnya juga memuaskan. Sesuailah dengan harga bajet rendah yang kami bayar. Bilik ini tiada tingkap, tapi tak menjadi masalah kerana cuma tidur satu malam. Bilik airnya cuma menyediakan dua buku kecil sabun, juga bukan masalah bagi saya sebab sentiasa bawa kelengkapan mandian sendiri.
Yang menjadi sedikit masalah bagi saya - tilamnya terasa spring dan tiada lif. Kami perlu berhati-hati meniti anak tangganya yang berukuran kecil.
.
.
.
Hari masih cerah, ada satu lagi tempat di Jerantut yang sempat kami kunjungi. Catatan berkenaannya Insya Allah pada entri akan datang.
.
Cantik juga deko tempat makan tu. Mujur dia terima Ujie dan keluarga ya....tak sampai hati agaknya tu....
ReplyDeleteDia tanya kami dari mana, bila tau dari Penang itu yang tak sampai hati agaknya. Alhamdulillah rezeki.
DeleteSaya tak pernah lagi sampai ke Jerantut. Untung Kak Ujie dapat ikut suami outstation ke merata-rata tempat di Semenanjung ni 😃. Jauh perjalanan, luas pemandangan gituu...
ReplyDeleteAlhamdulillah…mujur jugak akak jenis suka berjalan 😀. Cuma kena tahan penat badan jelah duduk dalam kereta lama-lama.
DeleteSama seperti di Kuala Lipis batu kilometer kosong ada sebelah bangunan pos.. Mungkin juga sbb zaman dahulu pos adalah perhubungan utama masyarakat..
ReplyDeleteRm28 utk dua hidangan serta air tu mmg murah.. Hurmm Jerantut pun akan ku terokai selepasIni insyallah
Nampaknya JKR Pahang yang rajin letak batu KM0 tu ya. Betullah tu, zaman dulu Pejabat Pos merupakan perhubungan utama.
DeleteBandar Warisan sudah, lepas ni Bandar Taman Negara pulaklah ya 😁
Hebat hebat.. Tak sabar nak ke Jerantut pula lepas ni nak menerokai..
DeleteMurah harga makanan. Alhamdulillah dapat pesan walaupun sebenatnya kena tempah tempat awal.
ReplyDeleteSemua tempat menarik termasuk hotel yang warna-warni.
Itulah…terasa murah dengan saiz potongan ayam besar gitu. Alhamdulillah ada rezeki makan situ. Segan jugaklah saya sebab tak perasan kena buat tempahan awal 😅
DeleteJauh berjalan luas pandangan
ReplyDeleteAlhamdulillah Wak
Deletetak pernah sampai ke jerantut lagi. harap ada masa dan rezeki dapat la jejak kaki disana
ReplyDeleteinsyaAllah ada kesempatan boleh jalan-jalan ke Jerantut. Ada Taman Negara, ada kompleks gua dan tinggalan sejarah Mat Kilau.
DeletePernah sekali ke Taman Negara, masa tingkatan 4. Pergi Jerantut, adalah beberapa kali juga , rumah sedara mara
ReplyDeleteSempat jugaklah Yan ke Taman Negara kan…sebelum menetap di Johor. Nak datang lagi, jauh tu.
DeleteTempat jauh lagi dikenang inikan pula tempat bersekolah. Pernah bersekolah asrama di Jerantut dari tingkatan satu hingga tingkatan empat. Banyak kenangan tu di Jerantut. Dah banyak berubah dah, dulu macam pekan koboi sahaja Jerantut ni. Saya menanti update seterusnya.
ReplyDeleteWah..ada memori di Jerantut.
DeleteYa, sekarang dah cantik dan maju. Bangunan di cat baru.
Cantik pemandangan selama dalam perjalanan, selalu fotonya menarik 👍..kalau datang ke kafe makanan sedap dan ramah pelayanan hati puas
ReplyDeleteTerima kasih Mreneyoo. Betul, kalau layanan baik kita jadi senang hati.
DeleteOoooo... itu ke maksud 0 kilometer tu?
ReplyDeleteGitulah hasil siasatan saya uncle 😁
Deletebestnya cerita jalan-jalan akak ni... pernah ke taman negara endau rompin pastu naik kanopi walk
ReplyDeleteTaman Negara Pahang tu yang Dana pergi kan…ada canopy walk.
DeleteCantik cafe tu. Makanan pun nampak sangat menyelerakan...
ReplyDeleteSy pun tak ingat kartunis Aza tu tapi manalah Gila-Gila memang sy suka baca dulu2 :)
Deko kafe unik, sesuai nama Gypsy Garden.
DeleteHehe..kan, majalah kegemaran ramai masa zaman tu.
Eh, lupa nak komen pasal Aza tu... Dia kawan ketat uncle tu!
ReplyDeleteRupanya uncle orang majalah Gila-Gila…baru saya tau 😁. Memang patutlah kawan ketat dengan kartunis Aza.
DeleteKarena baca tulisan kak ujie, saya jadi tahu ada kawasan bernama jerantut. Dan melihat kafe gypsi di atas, sukaaaaa lah kak 😍😍😍. Colorful designnya. Banyak bunga. Kesan yg diberikan cheerful. 👍❤️❤️. Makanya saya suka cafe dengan konsep seperti ini.
ReplyDeleteNasib baik owner ramah pulak yaa. Makanannya fav saya. Soup cream mushroom, dan ayam panggang 🤤❤️. OMG, semoga saya bisa juga mampir kesana kalau nanti ke Malaysia lagi. Daerah pahang berarti yaa.
Daerah Jerantut di negeri Pahang.
DeleteKalau ke Jerantut, yang menariknya ada Taman Negara Pahang. Sesuai bagi penggemar alam semula jadi.
ayam panggang tu mmg nampak sedap..juicy..
ReplyDelete