Antara tempat yang termasuk dalam itinerari kami ke Medan - kunjungan ke toko buku Gramedia. Saya memilih Gramedia di Sun Plaza kerana ia terletak paling hampir dengan hotel penginapan kami.
Ini merupakan kunjungan kali kedua kami ke toko buku Gramedia. Sebelumnya kami pernah ke Gramedia yang lebih besar di Pekanbaru, Riau. Toko bukunya terletak di dalam sebuah bangunan 3 tingkat. Memang terasa lebih puas menjelajah.
10 judul buku paling laris dipamerkan di rak toko buku Gramedia, Sun Plaza. Saya memiliki dan sudah membaca buku yang terletak di kedudukan ke-5, iaitu Rich Dad Poor Dad. Saya membacanya pada tahun 2015. Sememangnya ia bahan bacaan yang sangat menarik. Rupanya sehingga ke hari ini, buku tersebut masih mendapat tempat di kalangan para pembaca buku. Begitulah, buku-buku yang bagus akan kekal dicari dan dibaca orang.
Memerhati susunan buku di rak dan membelek buku dengan judul menarik, menerbitkan perasaan gembira buat diri saya. Itulah sebabnya mengapa saya suka berkunjung ke kedai-kedai buku besar. Banyak judul buku yang menarik. Walaupun tidak memilikinya, tetapi membeleknya saja sudah memadai.
Tersenyum lebar saya apabila melihat tompokan buku yang saya cari. Inilah sebab utama saya berkunjung ke Gramedia, saya mahu menambah koleksi buku karya Tere Liye. Mengapa saya gemar hasil penulisan beliau? Boleh baca DI SINI.
Bedebah di Ujung Tanduk, sambungan kisah Bujang dalam novel terdahulu iaitu Pulang-Pergi. Bulan Februari ini juga bakal terbit satu lagi judul dalam siri Bujang, iaitu Tanah Para Bandit.
Saya sudah memiliki senaskhah kumpulan sajak Tere Liye, kali ini saya menambah judul yang tiada dalam koleksi. Buku kumpulan sajak dengan kulit keras, menjadikan harganya juga lebih tinggi walaupun bukunya nipis.
Inilah hasilnya - 8 buah buku pilihan saya. Alhamdulillah! Terima kasih buat encik suami yang memaksa saya menambah pembelian 😂. Saya ni ingat nak berjimat, ambil 3 buah buku saja cukuplah. Buat rasa-rasa beli buku pilih sendiri di kedai buku Gramedia. Tapi kalau dapat lebih begini, memang puas hati sangatlah!
Sebenarnya sekarang kita sudah boleh mendapatkan karya Tere Liye secara langsung dari toko buku beliau di Shopee. Boleh buat carian di Shopee : tokobukutereliye.my. Pengeposan dari Indonesia.
Begitu juga kalau nak mendapatkan buku-buku penulis Indonesia yang lainnya di Gramedia, juga sudah ada di Shopee. Boleh buat carian di Shopee : Gramedia Official Malaysia Store. Pengeposan juga dari Indonesia.
Kalau nak membeli dari kedai buku di Malaysia, boleh ke kedai Shopee : Jejak Tarbiah. Nak membelek bagi puas hati sebelum membeli, boleh terus ke kedai fizikal mereka yang terletak di Bangi, Selangor. Harganya tentulah berbeza ya, ada tambahan kos untuk bawa masuk buku-buku luar ke Malaysia.
wah.... cuti2 pun sempat lagi ke kedai buku ye hehe
ReplyDeleteMemang masuk itinerari, nak shopping buku 😀
DeleteTahniah Ujie. Bertambah koleksi bahan bacaan.
ReplyDeleteSaya pernah singgah di kedai buku Gramedia sewaktu jalan-jalan ke Bandung. Saya mencari buku-buku tulisan Pramoedya Ananta Toer yang tidak ada dalam koleksi. Dapatlah beli beberapa buah untuk tambah koleksi termasuk novel Gadis Pantai, Arok Dedes dan Jalan Raya Pos Jalan Daendels. Saya masih mencari Cerita Dari Blora. Buku saya ini ada yang pinjam, tapi tak dipulangkan dan saya lupa orang yang meminjamnya.
Terima kasih kak Amie.
DeleteSemoga orang yang pinjam tu kembalikan buku kepada akak.
Saya pernah juga baca buku Rich Dad. Popular lagi buku itu.
ReplyDeleteItulah alang-alang masuk toko yang bukan selalu pergi baik borong buku. Lagi murahkan beli di sana?
Itulah suami kata, dah sampai depan mata tak kan ambil sikit je.
DeleteYa, lebih murah.
Hah betul buku RDPD tu dah lama dan sentiasa dicari & dibaca orang . ..
ReplyDeleteTerkejut juga saya...buku lama kan..hehe
DeleteWah, bestnya, beli banyak buku. Saya tak pernah baca buku karya Tere Liye. Tapi saya pun suka juga pergi kedai buku besar. Boleh duduk berjam dalam tu, macam masuk Decathlon juga. Hehe.. selamat membaca, Ujie.. :)
ReplyDeleteEh sama la...masuk Decathlon tak cukup sejam. Segala nak dibelek 😄
DeleteTerima kasih Nur.
Saya memang suka membaca, tp tak bayak buku yg dimiliki skadar yg ada di perputakaan awam saja...
ReplyDeleteBagus begitu. Jimat wang dan jimat ruang simpanan. Saya dulu memang buat begitu, berulang alik ke perpustakaan.
Deletedah alang-alang datang takkan ambil 3 je kak...biarla berbaloi ambil banyak sikit kan heheheh
ReplyDeleteAmbil 8 baru berbaloi datang dari seberang laut ya 😄
DeleteTerus 8 tu....! terbaik
ReplyDeleteSesekali shopping buku di seberang laut kan 😄
DeleteBagusnya Ujie rajin membaca buku & novel...
ReplyDeleteSaya banyak baca wasap ja sekarang ni🤭🙈
Tak rajin mana pun, pengaruh medsos kuat 😆
DeleteSeronoknya !!!!!!! Saya biasa baca naskhah Tere Liye secara online je. Teringin nak ada barang dua tiga buah sebgai koleksi. Huu~
ReplyDeleteSepp kita 🤚🏼 peminat karya Tere Liye.
DeleteBolehlah beli direct di Shopee toko buku beliau.
wife rajin membaca jadi saya rajin membelikan utk nya :D
ReplyDelete😁
Deletejauhnya shopping buku
ReplyDeletebertambah koleksi seronok kan tgk susunan buku2 tu
Betul...seronok tengok bersusun.
Deletebetul, belek2, selak2 buku mcm satu terapi..walaupun tak beli....wahh, en suami yg paksa beli banyak...sporting sungguh, pembakar semangat...
ReplyDeleteHi mbak, dapat istilah baru monogamist reader. Hihi kemana saja kok baru tahu istilah ini. Baru tahu juga tentang tokobukutereliye. Informatif blognya. Salam kenal^^
ReplyDelete