Tahun 2023 ni saya belum merasa makan durian di Malaysia, tetapi rezekinya dapat merasa makan durian di Ucok Durian Medan. Bukanlah sengaja nak berjalan jauh semata-mata nak makan durian, tetapi alang-alang dah ke Medan, haruslah kita mencuba makan durian di kedai menjual durian yang terkenal ini.
Bukan sekali saya dan encik suami ke Ucok Durian Medan ni tau, tetapi dua kali 🤭
Foto dirakam pada kunjungan kedua. Semasa kunjungan pertama, ruangan gerbang ini sibuk dengan kenderaan pikap sedang menurunkan durian. |
Ucok Durian - bukan setakat menjual durian untuk di bawa pulang, tetapi ia merupakan kedai makan durian yang agak luas. Sesuai sangatlah bagi kami yang menginap di hotel ni, durian merupakan sesuatu yang dilarang bawa masuk ke hotel. Memang kena makan di kedai je kalau nak makan durian.
Semasa kali pertama datang, kami tiba di sini menghampiri pukul 8 malam. Kelihatan kenderaan pikap sedang menurunkan buah durian. Juga longgokan buah durian di suatu sudut. Suasana terasa begitu meriah. Boleh tonton video di akhir entri ini.
Banyak meja makan disediakan. Pelanggan boleh terus duduk, kemudian pelayan kedai akan datang bertanyakan saiz durian pilihan kita. Durian akan di bawa ke meja kita, dikopekkan dan bolehlah kita nikmati. Kita tak perlu pilih durian dan kalau dapat durian yang tak elok, mereka akan ganti lain.
Di atas meja ada disediakan sarung tangan plastik jernih kalau kita tak mahu kotorkan tangan makan durian. Ada air minuman saiz kecil disediakan secara percuma. Juga disediakan bekas untuk buang biji durian. Di bawah meja pula disediakan bekas (warna hitam dalam gambar) untuk buang kulit durian.
Terdapat 4 pilihan harga durian berdasarkan saiz buah :
- Rp. 50k
- Rp. 75k
- Rp. 100k
- Rp. 150k
Durian, pulut dan sate kerang. |
Sebaik kami duduk di meja, ada yang datang menghantar sepiring pulut dan sepiring sate kerang. Yang ni bukan Ucok Durian Medan yang menjual. Kalau kita makan, nanti bayar terus kepada penjual berkenaan.
Semasa kunjungan kedua, barulah kami cuba merasa pulut dan sate kerang yang dihidang. Pulut tu semata-mata pulut tanpa sebarang isi, cuma terasa sedikit manis. Sate kerangnya pula macam kita makan rendang kerang. Bolehlah sekadar merasa, tetapi bukan makanan yang kena dengan selera kami.
Encik suami pilih durian berharga Rp. 100k. Awalnya saya ragu-ragu sebab baru pertama kali mencuba, encik suami pula yakin sungguh terus pilih saiz agak besar. Kami pernah ada pengalaman makan durian di Pekanbaru, Riau yang rasanya mengecewakan, akhirnya terbazir begitu saja.
Sewaktu pelayan kedai menghidangkan durian di atas meja, saya lihat biasa saja warna isi durian tidaklah begitu kuning menggoda. Tetapi bila dimakan, terasa isinya lemak manis dan ada sedikit pahit. Alhamdulillah sedap! Mungkin rasanya macam kita makan durian D24 di tempat kita.
Sebiji durian yang kami makan ni ada 11 ulas. Siap mengira tu 😄
Minuman pilihan kami - teh botol Sosro. Air teh dengan sedikit rasa kelat, tapi sedap.
.
.
Disebabkan rasa durian yang sedap, esoknya encik suami ajak makan durian lagi 😂
Jomlah kita…
.
.
Kunjungan kali kedua pada waktu petang, kami tiba di sini sekitar pukul 5.30 petang. Keadaan agak lengang. Tiada longgokan buah seperti semalam. Cuma ada durian bersaiz besar.
Buah durian saiz besar berharga Rp. 150k.
Sama seperti semalam, isinya lemak manis dan sedikit pahit.
Kami berbual dengan pelayan kedai berkenaan varieti durian yang dijual, menurutnya semua dikenali sebagai durian tempatan. Tiada nama macam di tempat kita - Musang King, D24 dan sebagainya. Walaupun tiada nama yang gah, tetapi rasa durian yang dijual di sini memang terbaik 👍🏽
Saya tertarik dengan kata-kata yang dipaparkan di kedai ini.
Video berdurasi 0:15 minit - kemeriahan di Ucok Durian Medan.
Bagi kalian yang mahu makan durian di sini, sebaiknya datanglah sekitar pukul 8 malam atau waktu pagi/tengah hari. Kerana stok durian tiba setiap hari sekitar pukul 7 - 8 malam. Kalau datang lewat petang (seperti kunjungan kali kedua kami), tak banyak pilihan saiz durian.
Ada musim ke tak durian di sini? Menurut apa yang kami faham, durian ada sepanjang tahun kerana stok durian datang dari serata tempat. Waktu operasi di sini juga panjang iaitu bermula 8 pagi sehingga 12 tengah malam, mudahlah untuk kita datang makan durian.
Jangan bilang pernah ke Medan, kalau belum mampir ke Ucok Durian.
- tagline Ucok Durian Medan -
Kita org kg memang sangat suka mkn duian... Tp pun hanya mkn durian di kg saja.. ;)
ReplyDeleteUntung begitu…ada pokok durian sendiri.
Deletewah, bestnya ada tempat duduk selesa mmg syok la melayan durian. kat malaysia ada ke restoran yg hidang durian semata2? so far belum jumpa lagi.
ReplyDeleteSo far, akak pun belum jumpa restoran sebegini di negara kita. Kalau setakat kedai jual durian tepi jalan ada sediakan meja untuk makan di situ memang ada, tapi tak selesa.
DeleteBersih kedai dan teratur. Suap ada tempat buang kulit durian.
ReplyDeleteSitu tiada nama khas ya? Kadang-kadang keliru banyak sangat nama durian. Bagus juga durian sentiasa ada. Makan sampai jemu. Hehe.
Kalau menurut pelayan kedai ni, begitulah…durian yang dijual tak ada nama tertentu. Jadinya harga semua sama saja, jual ikut saiz bukan ikut varieti.
DeleteMenarik dan bersih serta tersusun elok tempatnya .. sy rimas kalau tempat crowded :(
ReplyDeleteSate kerang tu first time sy tahu kewujudannya:)
Mungkin sebab waktu operasi panjang dan durian setiap hari ada, jadinya tak crowded.
DeleteMulanya kami pun tak tahu tu sate apa, malas nak tanya. Cuba makan…baru tau sate kerang. Pertama kali jugak saya makan sate kerang ni 😄
teh botol forevaah!
ReplyDeletePeminat jugak kah? 😁
DeleteSaya pun tertarik dengan falsafah hidup yang dikaitkan dengan buah durian.
ReplyDeletewow dh ada port durian.. hehehe tak pernah lg cuba durian indonesia mungkin setiap kali ke sana bkn musim durian
ReplyDeleteDi Medan durian memang terlihat sepanjang musim ada kak, tapi sebenernya waktu terbaiknya September. Itu bagus2 buahnya .
ReplyDeleteSaya juga suka makan di Ucok, dan satu lagi bolang durian. 2 tempat ini saja yg saya suka kalo makan durian di Medan.
Durian di Indonesia memang tak pakai nama seperti Malaysia, tapi masing2 daerah berbeda. So far jujur saja saya tak suka durian di Jawa, Krn cendrung hambar. Lebih suka durian dari Medan, Bali dan Sulawesi.
Saya nak ke KL dan Penang Juni atau Juli nanti, semata hanya nak mencoba durian di sana, apalagi Juni Juli itu ada festival durian di Malaysia 🤣. Nak coba durian black Thorne , susah itu di Indonesia dan kalopun ada mahal sangat. 800rb rupiah per buahnya. Makanya saya nak ke Malaysia hanya coba itu
selesa betul tempat makan durian...byk falsafah hidup drpd buah durian...
ReplyDelete