Sambungan entri terdahulu :
BERSIAR-SIAR DI LAUT ANDAMAN
Selesai lawatan di Gua Kelawar, Encik Mahadi membawa kami bersiar-siar di Laut Andaman. Bot dibawa sedikit laju untuk menuju ke laut luas. Kalau yang pakai topi tu kenalah buka, bimbang topi melayang pula.
Nampak tak batu di atas tu berbentuk sisi wajah manusia? Mancung hidungnya! |
Encik Mahadi berhenti di beberapa tempat dan menunjukkan kepada kami formasi batuan unik yang terdapat di sekitar Kilim Geoforest Park. Ada diberikan nama tertentu mengikut bentuk batuan tersebut, tapi saya lupa pula entah apa namanya. Yang pasti, semuanya memang sangat unik dan menarik. Asyik sungguh saya menikmati keindahan formasi batuan di sini. Ada batuan yang kelihatan seperti disusun bertimpa dengan batuan kecil di atas sekali. Takjub sungguh dengan penciptaan Allah.
Foto berlatarkan ikon Kilim Geoforest Park. |
Bot kami kemudiannya tiba di bukit batu kapur yang terdapat tulisan ‘Kilim Geoforest Park’. Cantik sangat tempat ni, cuma dalam gambar gelap sikit sebab cuaca sedikit mendung. Kami dan para pelancong lain ambil peluang berfoto di sini secara bergilir. Walaupun saya rasa segan sebab kita berfoto sambil diperhatikan oleh orang lain, tapi kalau tak berfoto terasa rugi pula. Kalau yang tak segan tu bolehlah berfoto dengan aksi yang lebih menarik, tidaklah duduk kaku macam saya. Tapi ada juga yang langsung tak mahu berfoto.
Pada perjalanan seterusnya, bot kami turut melalui kawasan yang berhampiran dengan perairan negara jiran iaitu Thailand. Boleh nampaklah pulau di negara jiran.
TANJUNG RHU FLOATING RESTAURANT & FISH FARM
Aktiviti dan tempat terakhir dalam lawatan kami adalah ke restoran terapung. Kami dibawa ke Tanjung Rhu Floating Restaurant & Fish Farm.
Tempat ni terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian menempatkan restoran dan satu bahagian lagi menempatkan kelong. Binaan di hujung kelong dengan dinding anyaman tu adalah surau. Siap ada papan tanda bertulisan Jawi.
Pertunjukan ikan (fish show). |
Staf di sini akan memberi makan ikan dan membuat aksi bersama ikan. Ini merupakan pengalaman kedua saya menyaksikan pertunjukan ikan di Kilim. Menurut saya, pengalaman kali ini kurang menarik berbanding sewaktu kunjungan saya pada tahun 2014 di restoran terapung Hole In The Wall. Info terkini yang saya dapat, tempat tersebut sudah pun menutup operasinya.
Ada ikan berwarna-warni, cantik! Menurut staf di sini, ikan-ikan kecil dibela sebagai sumber makanan untuk ikan besar. Ikan berwarna-warni tu saya tak pastilah apa statusnya, kalau jadi makanan ikan besar macam sayang juga kan.
Set hidangan tengah hari. Tiada dalam gambar - potongan buah oren. |
Tibalah waktu makan yang dinantikan oleh saya sebab perut rasa sangat lapar. Semasa kita membeli pakej Mangrove Tour, kita diberi pilihan untuk menambah set hidangan tengah hari dengan harga RM10 / set. Kalau tak mahu ambil set begini pun boleh, sampai di sini kita buat pesanan ikut selera sendiri. Kalau dah ambil set dan nak tambah menu lain pun boleh je. Tak mahu makan? Pun boleh, nikmati sajalah suasana di restoran terapung ni.
Hidangan makan tengah hari disediakan di meja panjang. Jadinya kita akan duduk bersama para pelancong lain di meja yang sama. Di meja saya duduk ni, barisan depan saya semua pelancong asing. Tak tahulah dari mana, ada macam-macam rupa. Bukan orang putih je. Tak berborak pun, cuma bertukar senyum je.
Sedap tak set hidangan yang disediakan? Walau pun ringkas tapi sedap. Nasi goreng, potongan ayam yang digoreng garing dan sup kosong, semuanya dihidang panas. Nasi tu pun banyak, tak habis saya dan encik suami makan. Kalau dikira-kira, memang berbaloi ambil set begini dengan harga RM10. Tak mahal. Tambahan pula dengan suasana makan di atas restoran terapung.
Pemandangan indah dari restoran terapung.
Video berdurasi 03:16 minit memaparkan keseluruhan pengembaraan alam di Kilim Geoforest Park. Ringkas saja tapi bolehlah buat kenangan sendiri dan perkongsian pengalaman bagi yang tak berkesempatan ke sini.
Video kali ini (walau pun dah dikecilkan saiz) gagal dimuat naik di Blogger sebab saiznya melebihi had maksima. Jadinya buat pertama kali saya memuat naik video di YouTube dan kemudiannya kongsikan di sini. Kualiti video lebih baik berbanding saya kecilkan lagi saiz untuk masukkan di Blogger.
Ok, tamat sampai di sini catatan berkenaan Mangrove Tour di Langkawi. Kalau ada ke Langkawi, bolehlah masukkan aktiviti ini. Ianya merupakan satu pengalaman yang cukup menarik dan memberi banyak pengetahuan tentang alam semula jadi. Fikiran pun terasa lebih segar apabila melihat keindahan alam.
Cantik2 gambar
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSaya macam kurang faham pertunjukan ikan itu bagaimana.
ReplyDeleteItulah kalau buat aktiviti luar cepat lapar/penat tapi gembira.
Pertunjukan ikan tu - kita tengok aksi ikan semasa diberi makanan. Masa bagi makan ni la ikan akan melompat untuk ambil makanan atau ada yang akan disuap terus ke mulut ikan. Ikan-ikan yang bersaiz besar je digunakan untuk pertunjukan.
Deletewahh gmbr kembara chuantek jelitter dgn pemandangan alam semulajadi tu makcik., bestnerr ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah..alam jelita, gambar pun jadi jelita 😀
Deletemenarik aktiviti mcm ni...siankan..ikan kecik jadi makanan ikan besaq, dah lah comel...tapi sudah lumrah alam...
ReplyDeleteKan...kita tengok sayang comel. Tapi memang itulah takdirnya.
DeletePersepsi saya berubah bila baca cerita Ujie holiday di Langkawi ni. Mungkin sebab dah lama tak ke sana, kot. Dulu, sekadar pergi Makan Mahsuri, mandi laut, etc. Sekarang boleh pergi tour dekat dengan alam, masuk gua, tengok formasi batuan bukit, suka saya. Harap satu hari, dapat pergi holiday sana. :)
ReplyDeletePertama kali ke Langkawi, 20 thn lalu saya pun ke Makam Mahsuri, pantai Cenang. Tak tau pun ada tour ekopelancongan begini selain island hopping. Mungkin juga tak wujud lagi.
DeleteInsyaAllah moga ada kesempatan Nur ke Langkawi lagi ya 😊
Uncle pun dah pegi restoran terapung ni....
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sampai👍
Deletebestnyaa.. owh baru perasan ada batu bentuk manusia
ReplyDeleteHehe..kena perati dengan imaginasi baru perasan.
DeleteSeronok bila menghabiskan cuti menikmati keindahan alam semulajadi kan. RM10 utk set tu mmg berbaloi.
ReplyDeleteKann..hehe
DeleteCantik gambar berlatar belakangkan Kilim Geoforest Park tu kak. Kaku pun kaku lah kak, asalkan ada gambar kat situ. Tapi tak nampak kaku pun. Okay je pose gitu. Sangat berbaloi meal RM10 dengan portion dan rasa.
ReplyDeleteHaha betul. Janji ada gambar buat kenangan.
DeleteWoooo... nampak air jernih lepas tu terpancak puncak gorila pulak... memang betul-betul rupa gorila!
ReplyDeleteNampak macam gorila keluar dari puncak bukit, seram kalau fikir gorila betul2 😄
Deletememang pengalaman yang menarik. Lepas ni jadi Vlogger lah kak Ujie. Hehe. Saya selalu macam akak, keras kejung bila bergambar tapi bagi saya itu lebih baik dari tak bergambar langsung. Kalau tak nanti bila dah balik ke rumah, teringat-ingat
ReplyDeleteSetuju. Tak kisah la rupa gaya kita camne. Yang penting kita ada gambar kat situ 😄
DeleteDah upload satu dua video, boleh kira jadi Vlogger tak? Haha.