Tuesday, 27 May 2014

Mee Racun 3G

Dulu, saya pernah buat entri mengenai Mee Racun di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang, Selangor. Lepas daripada itu, barulah saya tahu yang Mee Racun ni memang terkenal di Batu Pahat, Johor. Sungguh...saya dan suami memang tak tahu dan tak pernah makan walaupun kami orang Johor dan suami memang asal dari Batu Pahat.
 
Bila balik kampung, bermulalah misi mencari. Cari punya cari, kami bertemu dengan kedai makan berikut :
 
 
Mee Hoon Racun Tulang - RM10
 
Mee Racun - RM5
Untuk menu Mee Racun ni, kita boleh pilih nak mee kuning, mee hoon atau kuey teow. Harga RM5. Tapi kalau nak yang ada tulang tu, harganya RM10. Rasanya? Ok. Ada rasa masam-masam, tak reti nak terangkan. Tapi secara peribadi, tekak saya lebih suka makan Mee Racun kat BBST tu. Dari segi rasa dan bahan ada perbezaan. Yang kat BBST tu ada telur dadar kat bahagian bawah mee.
 
Lokasi Mee Racun 3G ni di Jalan Timah Hitam, Batu Pahat, Johor. Agak mudah dicari sebab terletak di tepi jalan besar. Kat seberang jalan ada Maybank. Kedai ni mula beroperasi pada lewat petang. Bagi yang nak mencari Mee Racun di BBST pulak, boleh klik kat SINI.







20 comments:

  1. Walaupun kampung sy kat BP tp sy tak nah mkn mee racun ni Ujie. Hehehehe~

    ReplyDelete
  2. Kak nurul tahu mee racun nie dr blog Yus,memang mee nie berasal dr johor tp x pernah lg rasa.

    ReplyDelete
  3. Kureng yerrr..... Ermm...kena gi sendiri lah jawabnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena g sendiri...rasa sendiri. Tekak lain2..hehee

      Delete
  4. Kakak dah rasa sekali jadilah Ujie sebab kakak lebih suka makan di seberangnya yg jual sup kambing. Biasalah kakak suka sup cecah roti:)

    Jgn-jgn en abe Ujie sekampung dgn en abe kakak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai sup kambing, kami baru tau. Cari2 tak jumpa, aritu masa nak balik baru perasan. So, tu next misi lah jwbnya.

      Suami saya org SM kak..:)

      Delete
  5. hahahaha..kebetulan sungguh! saya pun cerita pasal racun hari ni kat blog!

    mana sedap berbanding mee bandung?saya tak pernah makan lagi mee racun ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. bezanya..ni racun boleh makan punya!

      mee bandung pun byk versi...bg saya tak boleh nak compare sbb rasa lain2.

      Delete
  6. Dua bulan lepas saya pergi ke BP jumpa anak yg belajar di UTHM, sayangnya terlupa pula nak pergi cari mee racun, walaupun anak saya dah promote mee ni kepada saya sebelum itu. Kalau saya pergi sekali lagi, mesti nak cuba....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lps ni kena cuba JR, alang2 dah jln jauh. Anak JR mesti tau kedai mana yg sedap.

      Delete
  7. siji kali pun nyong orak pernah ngicipi mee racun ki
    mesti sedep ey ujie..
    angger mareng kono, nyong arek mangan
    seng mee racun tulang kui.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yok..mareng Johor. Aku belanja mangan seng eneng tulang kuie. :)

      Delete
  8. pertamakali dengar mee racun. kenapalah nama racun yg dipilih? macaam macam ada..hehe

    ReplyDelete
  9. saya pulak tak penah mkn mee kuah..acaner?

    ReplyDelete
  10. nak kena cari jugak ni ujie..tapi kan macam aman dapa nama yang membunuh tu..hi hi racun kan ujie

    ReplyDelete
  11. fuhh...lain macam laa namanya..mungkin sebab nama tu yang buat orang nak cuba rasa..dan bila sedap langsung melekat..menabung lazada sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. Adoiiii terliurnya tengokkkk :)

    ReplyDelete
  13. Mee racun ada kat Muar tak Ujie? nak gi muar ni minggu depan. Heheh.

    ReplyDelete
  14. mula-mula dengar ingatkan mi tu beracun...hahahah...rajin betoi p jalan merata kan...urmm..takda kesempatan lagi nak p jauh2 tu...inshaa Allah kalo ada rezeki nanti...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****