Ni kisah bertarikh 8 Mei 2014 yang lalu...
Sempat ke Kuala Terengganu satu malam sahaja.
Lewat petangnya dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya ternampak seseorang...
Seorang lelaki berkopiah yang kelihatan bersemangat mengayuh basikal. Saya kata pada suami...gigih betul orang tua ni kayuh basikal. Takmo duduk tepi, nak potong motor pulak. Suami jawab...orang tua ke?. Saya jawab...yelah kot, pakai kopiah. Suami tak tengok sangat sebab fokus pada pemanduannya.
Sampai satu traffic light merah, kereta kami berhenti betul-betul di belakang 'orang tua' tadi. EH! USTAZ AZHAR IDRUS LAH!!!! Terjerit saya! Terus sama-sama ketawa. Orang yang saya kata 'orang tua' tu rupa-rupanya UAI! Patutlah bersemangat mengayuh basikal. Inikan memang hobi dan kebiasaan dia. Ustaz memang sangat sempoi! Kayuh basikal sorang-sorang je walau dah terkenal.
Peluang untuk saya ambil gambar ustaz memang banyak. Sebab kami melalui jalan yang sama dan dia sentiasa ada di sebelah atau di hadapan kereta kami. Jalan situ pulak banyak traffic light, memang kerja saya asik snap gambar ustaz je lah. Tak tahulah ustaz perasan ke tidak.
Entah suratan atau kebetulan, sebenarnya beberapa hari sebelum ke Terengganu saya baru je menonton filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Macam sesuai je tajuk tu dengan saya, dapatlah jumpa ustaz depan mata. Dulu pun pernah hadir ceramah UAI di KUIS, tapi langsung tak dapat tengok kelibatnya. Cuma suami je dapat bersalaman.
Nota hati :
Ramai yang terlibat dengan hobi berbasikal sekarang ni. Tapi sayang, demi hobi tergadai agama. Lelaki dan perempuan masing-masing berpakaian ketat, mempamerkan segala lekuk tubuh. Yang bertudung pun sampai boleh hilang tudung! Apapun alasan, letakkanlah agama yang utama pada tiap-tiap keputusan yang diambil. Semoga Allah mengampuni keterlanjuran kita.
basikal ni mg tgh menjadi kegilaan skrg ni .. saya pg terengganu hr tu pun jumpa tour naik basikal .. hihihi bestnya kak ujie dapat jumpe UAI
ReplyDeleteHihii..mmg best!
Deletebest ujie dpt jumpa UAI..
ReplyDeletebukan setakat berbasikal..yg jogging pun tak reti berpakaian sopan. tergoleg2 dgn pakaian ketat..nauzubillah..
Alhamdulillah kak..mmg best!
DeleteBetul kak..asal aktiviti outdoor je mesti nak seksi. Nape?
UAI mmg dok Ganu rupanya. Ingatkan dia dok KL. Ujie la kelakar, siap kata UAI tu org tua. hahaha.. Skrg ni mcm2 dia kena fitnah. Tak faham betul.
ReplyDeleteTeruk saya kan..asal pakai kopiah dan tak nampak muka je..saya teka dia org tua. Hahaaa..
DeleteHaah..rmh ustaz kat kuala tganu ni..lupa lak nama tmpt dia tu apa.
Fitnah..biasala, dah glamer ada yg tak senang duduk. Ujian..
alamak! kalau aku la, mesti dah mintak tumpang basikal dia. duduk atas palang...
ReplyDeletePastu bolehla ko tumpang glamer sekali ya SM. :)
DeleteWak Botak, ala comel nya la kalau aku dok bayang kan kau pi duduk atas palang tu. Wah hahaha.
Deletegambar ikie seng kue send nang wassap dino kuwi kan?
ReplyDeleteakeh juga gambar ney
untung kue ujie :)
Iyo..dino kuwi aku send siji waei. Hehee
DeleteAkeh meneh ki gambar ney..video pun eneng. Ustaz ni sempoi..siap main angkat bahagian belakang beskal tu. Kalau tgh stop, dia goyang2 beskal, layan henponlah..layan org ramai yg lambai2 kat dia lah. Aku ki merati waei.
Kak, seng biyen nyong orak perasan sopo wong eh seng enggo kopiah kaie. Sak iki baru perasan. Hahaha.
DeleteBIYEN...dulu. Puas akak pikir td masa nak reply komen tiha, tu yg tulis 'dino kuwi'. nasib la ko jwb jawa tata..berterabur jawa akak nih. :D
DeleteBegitulah Ujie semakin tinggi ilmu seseorang itu semakin 'humble'.
ReplyDeleteJaga kesihatan pun juga UAI ni.
Kakak tak pandai naik basikallah Ujie. Kalau pandai kakak suka juga.
Betul kak..ni baru betul org tinggi ilmu.
DeleteSaya boleh naik basikal..tp tak minat sbg hobi lah.
Ustaz AI dah beri contoh yg terbaik utk berbasikal.. tak perlu berpakaian ketat bagai.. kan ujie..
ReplyDeleteDapat juga tengok UAI cara live ye Ujie :)
Pendidikan melalui teladan...
DeleteTu la kak yati...punyala teringin nak tengok live, akhirnya Allah beri peluang. Boleh tengok dekat dan lama jugak. Mmg suka sgt saya masa tu. Tak abis2 senyum..
Wowww..respect la kat UAI!
ReplyDeleteSaya baru tau hobinya berbasikal lps baca entry ni...selama ni tau dia seorang photographer yg hebat :)
Gambar kedua tu, geng dia ke atau org awam mintak otograp? hihihih
Mmg respect kat ustaz, bkn je pandai ckp bab agama, tapi ada hobi mcm org kebanyakkan. Ustaz mmg aktif berbasikal dan penah masuk sukan tu masa zaman sebelum bergelar ustaz.
DeleteGambar kedua...tu org awam rasanya. Sbb org tu baru je sampai dan bersalam dgn ustaz. Kalau yg motor tu mybe geng ustaz, sbb ada je dari awal saya nampak. Kalau berenti kat traffik, ustaz siap tongkat tgn kat bahu org tu. :)
assalam ujie..teringat arwah ayah acik dulu..memang kemana mana naik basikal..sampai doktor pun tanya..sebab usia dah 80 masih sihat dah tiada penyakit 3 serangkai
ReplyDeleteWa salam kak..hasil aktiviti berbasikal lah tu kan..bagusnya!
DeleteSaya kalau jumpa dia dalam ceramah saja, itu pun kerana orang ramai sangat dlm ceramah selalu mata tertumpu ke skrin besar aje. Kalau jumpa dia live, mesti hari itu menjadi hari ini dalam sejarah dalam hidup saya...
ReplyDeletememang...hari itu menjadi hari ini dalam sejarah..bagi diri saya! ^__^
Deletewahh...untung laa kak...akak tak berhenti untuk bergambar dengan ustaz ker??hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Bestnya dapat snap gambar UAI Ujie.....okje suka dengar dia ceramah....lawakkan....
ReplyDeletebetullah ujie...berbasikal sekarang ni mmg jadi kegilaan...tp tulah sayangkan....pakaiannya kurang sesuai
slamber n cool jer UAI
ReplyDeletewah untung lah akak..duk jauh tapi ada jugak rezeki tengok UAI...kenangan tu
ReplyDeletejasi ustaz pun kena jaga stamina...kadang kadang ceramah ke sana sini hampir setiap hari.
ReplyDeletemmg sempoi tu.. tak pedulikan orang lain.. janji SIHAT :D
ReplyDeletekebetulankan Ujie,lps tgk cite ustaz mu tunggu aku dtg.....
ReplyDelete