Monday, 26 September 2011

Masak Lemak Cili Api Daging Salai dengan Mangga

(gambar dari google)

Hujung minggu lalu (semalam dan kelmarin) ada 5 undangan kenduri dan jamuan hari raya. Dalam banyak-banyak hidangan, yang paling menarik dan saya amat suka - MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI dengan MANGGA. Memang sedap dan membuka selera!

Walaupun berasal dari Johor, tapi disebabkan pernah tinggal selama lebih 9 tahun di Negeri Sembilan membuatkan saya gemar masakan dari sana. Semuanya bersantan..Rendang Maman, Masak Lemak Kayu dan segala jenis masak lemak cili apinya. Tapi yang selalu saya masak cuma Ayam Masak Lemak Cili Api. Sebab tu paling mudah, tak perlu salai apa-apa..tak perlu cari daun maman..tak perlu menghiris pelbagai jenis daun.

Bagi sesiapa yang rajin salai-menyalai dan nak cuba resepi ni..boleh ke web My Resipi.


p/s: Saya kalau makan masakan lemak cili api ni, mesti nak letak kuah banyak-banyak. Nasi sampai bertambah! Hmm..tapi kelmarin tak tambah pun sebab segan!

9 comments:

  1. lily pun suka mkn msk lemak cili api..ingat lg masa mengandungkan Qis dulu..mmg giler mkn masak lemak cili api..hari2 nk mkn.. ;)

    ReplyDelete
  2. lily: wah...boleh tembam le hari2 mkn masak lemak..°__°

    ReplyDelete
  3. masakan n9 memang sodap..kegemaran sy lauk gulai tu.. masak lomak cili api.. dulu n9 duk kat mana?

    ReplyDelete
  4. diana: tulah..aritu segan2, skrg teringat-ingat. °__°

    arul: byk..seremban, gemencheh, k.pilah. gulai lomak ni kalau tambah tempoyak pun sodap!

    ReplyDelete
  5. sedapnya! teringat masak lemak cili padi air tangan mak di rumah ;)

    ReplyDelete
  6. norhafisnordin: eh..anak omak!! ^__^

    ReplyDelete
  7. masak lomak cili api mmg upmmhhhh

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan ujie.I orang N9 but dok kat S'ngor.Ni one of my feveret lauk ni..Ahh terkecur la pulok.hehe.Jemput datang blog i yer semoga ukhwah terjalin.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****