Orang kata kilauan emas boleh memikat HATI isteri,
Orang kata bercuti boleh mengeratkan HATI ayah, ibu dan anak.
Semua di atas memang ada kebenarannya,
Tapi semua itu berlandaskan material..kebendaan.
Tips PENGIKAT HATI, PENGUKUH SAYANG paling mudah..
Dirikanlah solat berjemaah!
Carilah kesempatan waktu untuk melakukannya.
Bukan mencari alasan untuk tidak melakukannya.
Sebaiknya mulakan amalan solat jemaah seawal detik bergelar suami isteri.
Suami menjadi imam, isteri menjadi makmum.
Kasih sayang bertambah, pahala kerana berjemaah juga diraih!
Suami akan rasa lebih bertanggungjawab menjadi pemimpin keluarga,
Isteri akan lembut hati menerima pimpinan daripada suami.
Anak akan rasa disayangi dan mudah dilentur.
Hati-hati yang diikat dengan tali Allah...
Pastinya lebih teguh mengharungi hidup yang tidak sunyi daripada ujian-Nya!
p/s: Kalau rasa tak pandai jadi imam, belajarlah dari sekarang ya... Mula-mula memang rasa tak yakin, lama-lama okeylah tu!
Bagi yang belum biasa berjemaah dengan keluarga, jom mulakan hari ini!
ada sape2 nak jadi makmum aku ke..?haha
ReplyDeletesemoge dipermudahkn mencari lelaki spt ini, amiin ;)
ReplyDeleteh.j: carila makmum kat tanah arab tu..^__^
ReplyDeletediana: betul! tak pandai boleh belajar, kalau dapat yg tak mau jd pandai..mmg susah.
izzah: cari..jgn tak cari! o__o
sedap gila entry ni...terasa sayu baca pula ni,kalau sy leh jadi imam,siapa nak jadi makmum nya??heheeee
ReplyDeleteentry yg sangat menarik,terima kasih akak ;)
ReplyDeletewoofer storm: makmum? mak & adik beradik prmpn pun boleh apa...praktis sblm dpt isteri sbg makmum! ^__^
ReplyDeleteyen: tq kembali. saje kongsi tips utk semua.