Entri berkaitan —> Kurang 20 Jam di Kuala Lumpur
Tempahan penginapan kami buat kira-kira satu jam sebelum tiba di hotel - berhenti seketika di kawasan hentian dan buat urusan tempahan menerusi Agoda.
Kami tiba di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada waktu Maghrib.
Tempat letak kenderaan tetamu hotel di kawasan parkir terbuka di sekitar bangunan hotel. Kawasan parkir di hadapan hotel adalah terhad, jadinya kalau kita terpaksa parkir di sisi atau belakang bangunan memang agak jauh jugalah nak berjalan.
Hotel ini dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), ia terletak bersebelahan dengan bangunan menara PKNPk. Kawasan parkir juga berkongsi dengan staf PKNPk, jadinya kalau kita datang pada waktu bekerja mungkin agak susah untuk mendapatkan ruang parkir di kawasan hadapan hotel.
Laluan ke bilik-bilik penginapan. Ceria warna karpetnya, saya terbayang kek lapis Sarawak π
Buah epal hijau untuk tetamu hotel, diletakkan di sudut laluan berhampiran lif.
Bilik penginapan kami jenis superior king di aras 5. Alhamdulillah dapat bilik yang selesa - bersih, berkeadaan baik dan keluasan memuaskan. Harga kami dapat RM181 tanpa sarapan.
Kemudahan minuman.
Kemudahan lain yang disediakan.
Bilik air luas, cuma tahap kebersihan perlu dipertingkatkan.
*****
Lepas hantar beg di bilik, kami berdua turun semula untuk makan di Coffee House hotel. Tak larat rasanya nak keluar mencari kedai makan.
![]() |
| Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Antara menu yang ditawarkan. Menarik semuanya dan harganya tidaklah begitu mahal - sesuai dengan suasana dan tempat makan di sebuah hotel.
Pilihan saya kuetiau goreng (char kuetiau). Saya suka kuetiau goreng style Cina begini, sedap! Hidangan saya ini lengkap dengan isi kerang yang lembut, telur mata dan sambal sotong kembang.
Pilihan Encik Suami - mi rebus. Meriah isinya dan rasanya pun sedap. Paling saya suka, ada hirisan daging bakar yang lembut dan berjus. Puas hati makan dan rasa berbaloi membayar harganya. Layanan staf di sini juga sangatlah baik dan mesra.
*****
Di sini juga terdapat sebuah kedai serbaneka yang beroperasi dari 7 pagi hingga 11 malam.
*****
Paling menarik, terdapat sebuah perpustakaan mini berhampiran kedai serbaneka tadi. Pertama kali saya jumpa hotel yang menyediakan kemudahan begini.
Dah sekian lama saya tak ke perpustakaan, bila jumpa perpustakaan mini begini dah cukup buat saya rasa teruja π
Seronok dapat membelek deretan buku di rak.
Antara buku-buku yang menarik perhatian saya. Hanya mampu membelek, tak sempat membaca.
Satu usaha yang bagus oleh pihak hotel dalam menggalakkan budaya membaca buku. Walaupun yang datang mungkin tak minat membaca atau tak sempat membaca, tapi sekurang-kurangnya susunan buku di rak ini mampu mewujudkan suasana yang baik.














Harga menu antara RM25-26 senang nak ingat. Patut letak satu harga je. Apa pun ruangan Mini Library di hotel adalah satu budaya yang baik. Mungkin sebab hotel milik Perbadanan negeri kot
ReplyDeleteHehe..yelah kan, beza RM1 je.
DeleteMungkin jugak, sebab saya perasan banyak buku lama dari perpustakaan negeri.
Harga makanan ala-carte kat hotel tu dah murah dah tu..pilihan pun banyak..SA pun tertarik dengan dua hidangan tersebut...
ReplyDeleteItulah, seronok nak makan tengok harga ok dan banyak pilihan makanan.
DeleteAah la laluan tu dah macam kek lapis dah.
ReplyDeleteTengok lantai, nampak makanan pulak ya π€π
DeleteMenarik la mini library ni. Dulu takde rasanya...
ReplyDeleteSebenarnya kami bbrp kali juga menginap di Casuarina ni tapi dah lama la tak singgah sini. Dulu anak kecik2, boleh sumbat dlm bilik deluxe, skrg dah remaja belaka, jarang duduk hotel kecuali yg family room atau pun suite. Lagi jimat sewa homestay je : )
Hehe...betul tu, lebih jimat duduk homestay.
DeleteMenarik dan selesa nampaknya biliknya kak... tengok menu yg akak dan suami pilih tu nampak menyelerakan. Biasa la harga kat hotel, sesuai dengan layanan nya kan.
ReplyDeleteYa, rasa berbaloi harganya tu dengan layanan, suasana dan rasa masakan π
DeleteKalau pergi Matta Fair selalu jumpa booth Casuarina Hotel ni. Walaupun dulu selalu ke Ipoh, tak pernah menginap di sini. Boleh tahan jugak rupanya hotel ni, baca review Ujie rasa lebih yakin. Dahlah tepi jalan aje tu
ReplyDeleteHotel lama, tapi kira okeylah selesa bilik yang saya dapat tu. Saya suka masakan dia sedap π. Parking je kurang best sebab susah nak dapat yang dekat.
DeleteBilik nampak selesa, setuju carpet tu mcm kek lapis warnanya hehe. Ada mini library bosan2 boleh la lepak sini baca buku. Boleh bawak naik ke bilik ke bukunya tu Kak Ujie?
ReplyDeleteHaritu terfikir nak tanya tapi tak jadi sebab memang tak sempat pun akak nak baca kat bilik. Jadinya tak tahulah boleh bawa ke bilik atau tak π
Deletehotel ini kalau tak salah pernah direkomendasikan oleh nadia juga saat saya nak ke ipoh.. tp karena saya mau pakai aplikasi marriott bonvoy, akhirnya memilih AC hotel..
ReplyDeletecantiiik memang kak.. sukaaaa kalau hotel ada dekorasi warna warni begini... vibe nya ceria sangat kan ..
dan ada minimarket pula... mudah lah kalau nak beli2 snack kan :D.. trus saya sukaaaa karena ada library juga ^o^ .. bisa puas nak membaca
Untuk Fanny yang datang dari jauh, rasanya akan lebih selesa jika menginap di AC Hotel. Cuma perlu bayar lebih sedikitlah π
DeleteFanny suka membaca, tentu seronok jumpa library π
mee rebus tu nampak meriah betul!
ReplyDeletehaah la, jarang jumpa hotel yang ada perpustakaan mini camni. saya rasa kalau blogger ksarie menginap kat sini, dia tak tidur kat bilik kot. mesti lepak kat library mini ni je
π π π π π π Mungkin jadi begitu ye
DeleteCantik bersih kemas hotel dan biliknya dengan banyak kemudahan
ReplyDeleteWahhhh menariknya ada mini library di hotel ini. Kalau KSarie mau terduduk lama di mini library niπ Alhamdulillah semua makanan sedap di kala tidak lalu hendak keluar mencari makan di luar hotel sebab penat.
ReplyDeleteMenarik kaler dalam bilik.. ceria tapi tidak sakit mata.
ReplyDeleteHehe saya baru lepas sarapqn mi rebus.
ReplyDeleteMeriah tengok aksesori yang ada pada makanan Puan Ujie dan suami.