Kita sambung catatan trip ke Pantai Timur pada bulan September lalu.
Dari Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang, kami menyambung perjalanan menuju ke Kuala Terengganu. Saya nampak beberapa kedai di tepi jalan yang menjual roti paung, teringat entri blogger Mazni berkenaan roti paung. Terasa nak singgah, tapi tak jadi memikirkan perut masih kenyang bersarapan nasi pagi tadi. Kalau beli tapi tak makan terus, tentu tak begitu sedap rasanya. Takpelah, kita ‘simpan’ roti paung untuk kunjungan akan datang yang entah bila π
Sekitar pukul 2.20 petang kami tiba di kawasan Pantai Kelulut di Marang, kami singgah di Keropok Lekor 008 Kelulut. Jaraknya kira-kira 55 km dari TCIC Rantau Abang. Perut dah mula rasa lapar, sesuailah kami menjamu selera di sini.
Kedai ini merupakan kedai yang sudah biasa kami kunjungi sejak tahun 2009 - ketika itu kami kerap ke Pantai Timur atas urusan kerja Encik Suami.
Mulanya mereka hanya menjual keropok lekor dengan beberapa meja berpayung untuk pelanggan duduk menikmati keropok lekor di situ, kemudian berkembang dengan membuka sebuah kedai makan di sebelahnya.
Kali terakhir kami singgah di sini pada tahun 2019. Tujuh tahun sudah berlalu.
Terkini, kedai makan sudah semakin besar dan lebih selesa. Juga dah ada papan tanda Celup Tepung 008.
Tapi kalau cari di Google Maps tak jumpa pun ‘Celup Tepung 008’ tu, kena buat carian ‘Keropok Lekor 008 Kelulut’. Lokasinya berhadapan dengan Pantai Kelulut dan Semarak Beach Resort.
Ruang kedai sederhana luas, teratur dan bersih.
Selain ruang parkir di tepi jalan, terdapat juga ruang parkir di bahagian belakang kedai - masuk ikut jalan sebelum papan tanda Celup Tepung 008.
Dulu cuma ada keropok lekor, sekarang dah ada pelbagai pilihan menu. Hidangan makan tengah hari kami yang sudah terlewat :
Bihun sup pilihan Encik Suami.
Sotong celup tepung pilihan saya. Rangup tepungnya, tapi sayang adunan tepung rasa tawar dan sotongnya liat susah dikunyah. Memang tak mampu nak habiskan makan. Kecewa sungguh.
Keropok lekor goreng. Rangup di luar, lembut di dalam dan penuh rasa ikan. Sedap!
Keropok lekor rebus ini pun sedap juga, tapi saya lebih suka keropok lekor goreng.
Minuman kami - coconut shake.
Kos makan-makan kami di sini sebanyak RM33. Kalau nak beli keropok lekor atau keropok kering boleh ke kedai sebelahnya. Kami tak beli apa-apa untuk dibawa pulang kerana masih ada beberapa hari lagi sebelum kami kembali ke rumah Perlis.
Kalau kalian lalu di Pantai Kelulut ni bolehlah singgah mencuba keropok lekor di sini. Waktu operasi kedai setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 6.30 petang, tutup pada hari Jumaat.









sedapnya tgk kepok lekor tu..sotong liat tk best btul
ReplyDeleteKita dah excited nak makan, terus kecewa tau..
DeleteSotong tu liat sebab apa ya? Biasa yg liat ni sotong lama, tapi jarang la di Ganu ni sotong lama. Agaknya goreng lama sangat ke? Tak logik jugak kalau tengok pada warna gorengannya. Memang jenis liat (degil) kot sotongnya, hihi. Tentu sakit rahang mengunyah macam chewing gum. Keropok lekor, sy juga suka yg goreng dari direbus.
ReplyDeleteSaya agak pun mungkin kedai ni guna sotong jenis isi liat. Tak taulah kot gigi orang muda takde masalah nak kunyah sotong jenis ni π
DeleteSy suka juga keropok lekor rebus tu, tambah-tambah kalau beli/makan di Ganu sana. Sedap dan terasa isi ikannya.
ReplyDeleteMakan tu rasa puas hati kan, betul-betul rasa ikan bukan tepung π
Deletesaya saja yang coba roti paung saat di KT kak hahahahaha...
ReplyDeletekeropok lekor memang dah ada dalam list saya... pokoknya nak puas2 makan lekor selama di sana ^o^ .. sukaaaa sangat dengan ini... kalau bisa pun nak bawa yang vacum supaya bisa bawa balik jkt
Ok Fanny, tolong makan roti paung untuk akak ya π
DeleteNanti kena cuba keropok lekor di beberapa kedai tau, masing-masing ada rasa tersendiri. Antara yang sedap kena selera akak di KT tu, Kepok Ikan Ssaje.
belum pernah sampai ke negeri sebelah pantai timur. teringin nak ke sana
ReplyDeleteInsyaAllah moga ada rezeki jalan-jalan di Pantai Timur ni.
DeleteBagi saya bihun sup utara yang warna kuning tetap terbaik. he he he
ReplyDeleteSaya suka jugak bihun sup utara, warna kuning memikat selera π
DeleteKecewa la kalau liat sotong nya tu.
ReplyDeleteKecewa laa sebab akak dah excited nak makan, nampak sedap gorengannya tu.
Deletealaa nape tak beli roti paung. makanan special yang senang nak jumpa kat ganu tau! saya haritu bungkus smpai 3 pek sampai balik rumah hehe.
ReplyDeleterupa sotong tu nampak sedap, tapi sayang liat pulak.... boleh bayang rasa susah nak mengunyah tu
Alaa…kata sedap makan panas. Hahaaa..takpelah ada la alasan nak ke sana lagi π€
DeleteDia tak reti goreng sotonya kot kak, biasa kalau yg dh biasa sotong tu sekor2 dia goreng... pastu dh masak baru potong... lembut jicy je
ReplyDeleteBiasanya gitulah kan kalau beli sotong celup tepung Ganu, goreng sekor. Ni dah potong kecik-kecik.
DeleteYang best kalau ke Pantai Timur ialah kedai-kedai macam ni. Biasanya semua sedap2 belaka dan harga pun murah dan berbaloi. Dah makin maju kedai favoritenya ya. Tak biasa ke Marang, biasanya Kemaman dan KT sahaja.
ReplyDeleteSyukur kedainya makin maju, dapatlah saya datang makan kopok lekor sedap walaupun dah bertahun lama tak ke sini.
DeleteBihun sup tu rasanya lebih kurang mee calong
ReplyDeleteOoh...memang meriah bihun supnya.
DeletePuashati mkn kan
ReplyDeleteBila sedapp
Ye nmpk pun sedap kopok lekor nya
Makan sambil tersenyum! π
DeleteOK saya simpan dalam list tempat beli keropok lekor sedap kalau ke Terengganu. Saya suka makan yg rebus, lebih rasa isi ikan tu. Tapi anak2 dan suami suka yang goreng. Sayang pulak sotong celup tepung tu liat dan tawar, sebab dari gambar nampak sedap.
ReplyDeleteYa, kena try beli di beberapa kedai baru dapat rasa berbeza. Kedai lain yang sedap - Kepok Ikan Ssaje.
Deletealamak.sotong kalau liat tu mmg potong rasa wlpun tepungnya sedap
ReplyDeleteSusah nak kunyah, nak makan macam mana...berhuhu jelah kita.
Deletekite geng!
ReplyDeletesy mmg suka keropok lekor yg goreng
yg rebus tu sepotong je boleh telan hehehe
Akak berpotong-potong jugaklah telan sebab sedap jugak π
DeleteLangsung kelaparan saya dibuatnya membaca post iniπ Sedapnya keropok leko yang garing di luar dan lembut di dalam. Sotong liat walaupun tepungnya sedap memang buat terpleot mood nya. KSarie dok terfikir bila ye kali terakhir ke Terengganu
ReplyDeleteTak payah fikir, ada kelapangan zass aje π
DeleteSA hari tu sakan memborong keropok lekor dan keropok keping..buat cenderahati untuk adik- adik..SA lebih suka keropok lekor goreng dari yang hanya direbus...sayangnya sotong goreng tepung tu liat ye...
ReplyDeleteDuduk dekat dengan adik-beradik, seronok dapat beri mereka oleh-oleh Ganu kan.
DeleteMasa kami singgah kedai ni kebetulan sotong dia lembut, dapat pulak yang buncit ada telur. Memang puas lah makan.
ReplyDeleteKedai ni cousin kami yang duduk sana suggest.
Wah rezekilah tu.
DeleteHahha sorry jie.. seram nak buka entry ular tu... geli pun ada gak ..so komen kat sini je la eh...
ReplyDeleteHehe..takpe faham. Sorry jugak ya buat entri ada ular. Perlu catat untuk kenangan π
DeleteWah bertambah maju kedai keropok lekor sampai ada restoran.
ReplyDeleteSeronok dapat makan keropok lekor yang banyak isi ikan. Alahai tidak seronok mengunyah sotong liat.
Kopok lekor rebus tu kita tak leh gi hahahaa.. hanya boleh yg goreng sahaja.. :D
ReplyDelete