Catatan hari Sabtu, 31 Januari 2026.
Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Johor, saya sempat singgah di Hamka Coffee - sebuah kafe buku yang terletak di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor. Hamka Coffee yang baru saja dirasmikan sekitar Disember 2025 ini merupakan penjenamaan semula Jejak Buku & Kopi yang dimiliki oleh penerbit dan penjual buku Jejak Tarbiah.
Rumah penerbitan Jejak Tarbiah (JT) tidaklah asing buat saya kerana saya pernah menjadi ejen dropship buku JT sekitar tahun 2019 - 2022. Ketika tempoh tersebut juga saya diberi kesempatan menjadi pembaca pruf buat kali pertama - catatannya di entri INI.
Kafe buku Hamka Coffee terletak di deretan bangunan kedai yang terletak tak jauh dari jalan utama.
Bahagian dalam terbahagi dua bahagian - ruang jualan buku dan ruang kafe.
Kaunter pesanan Hamka Coffee.
Pilihan pastri dan hidangan pencuci mulut.
Konsep layan diri. Buat pesanan dan ambil sendiri bawa ke ruang kafe.
Ruang kafe buku. Saya nampak ada rak buku menempatkan buku-buku yang boleh dibaca secara percuma di sini. Saya cuma singgah sebentar, tak boleh nak duduk lepak di kafe.
Tujuan saya nak membeli buku dengan harga tawaran diskaun. Saya meluangkan masa di ruang jualan buku. Berjalan dari satu rak ke satu rak, membelek dan memilih buku.
Buku dengan tawaran diskaun 50%. Banyak judul buku yang telah saya miliki.
Deretan buku karya Tere Liye, penulis kegemaran saya dari Indonesia.
Turut dijual - pilihan keychain dan pin comel!
Sarung buku (book sleeve) pun ada dijual. Menarik, tapi saya dah ada satu sarung buku. Cukuplah setakat ini.
Puas membelek, saya membeli empat buah buku karya empat orang penulis tempatan - Pahrol M. Juoi, Dr. MAZA, Azizi Haji Abdullah dan Faisal Tehrani. Dapat pula baucer diskaun pembelian kopi, bolehlah saya gunakan untuk membeli kopi di sini 😊
Spanish Latte, harga sebelum diskaun RM9.90. Saya tertarik dengan tagline - Buku di tangan, Kopi di cawan. Memang sesuailah dengan konsep kafe buku Hamka Coffee.
Kalau kalian ada ke Bandar Bukit Mahkota di Bangi, bolehlah singgah di Hamka Coffee bagi merasai sendiri pengalaman bersantai di kafe buku. Sambil tu bolehlah membeli buku-buku dijual, kita sokong industri perbukuan negara!












Menariknya konsep cafe ni
ReplyDeleteKemas dan tersusun tempatnya. Menarik....menarik!
ReplyDeleteMenariknya, kedai buku ada cafe. Saya teringin nak pergi kedai macam ni. Nanti kalau pergi KL, nak ajak suami singgah la. Terima kasih, atas perkongsian Ujie.
ReplyDeleteBanyak betul diskaun. Peminat buku mesti rambang mata.
ReplyDeleteSaya tertarik tengok barang jualan yang ada terutama rantai kunci yang comel.
waaahhhh menariknyaaa konsep kafe buku ni! teringat ada satu kafe pnh viral dulu ttg cara utk buka pintu masuk dia mcm ala-ala kena tolak ape entah sbb mcm konsep rak buku pintunye tp kena pandai solve utk berjaya buka pintunya ehehe
ReplyDeleteBest la konsep cafe ni Ujie. Mesti best santai kat sini.
ReplyDeleteUncle tertanya2 kedai ni asal dari Indonesia ke? Gugel punya gugel, macam takde kan? Pasti tuan kedai ni dah granted permission untuk guna nama & wajah bung Hamka.
ReplyDeleteApa pun uncle suka konsep kedai ni... Harap ada banyak lagi cawangan. Best2
Wah menariknya. Geng ulat buku selalu promote pi sini. Nanti kena pergi ni
ReplyDelete