Sunday, 2 February 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Pada 7 Januari lalu saya bawa Jojo si anak bulu berjumpa doktor sebab sakit - entrinya DI SINI. Alhamdulillah selepas itu Jojo kembali sihat sepenuhnya dan berubah jadi kuat makan.

Pagi tadi sekali lagi saya bawa Jojo berjumpa doktor untuk suntikan vaksin. Hampir di sepanjang perjalanan sejauh 21 km Jojo mengiau dengan nada kasihan. Sampai di klinik pun masih tak henti mengiau. Aduhai 😅

Kami tiba di Klinik Haiwan Calico, Arau kira-kira pukul 11.15 pagi. Tak lama menunggu sebab kali ni tak ramai orang.

Selesai vaksin dan rawatan, Jojo dapat kad rekod perubatan.

Selain suntikan vaksin, doktor buat pemeriksaan pada telinga dan mulut Jojo bagi memastikan anak bulu bebas kutu. Doktor juga beri pil Zantel - ubat cacing dengan cara memasukkan pil dalam mulut kucing. Mudah je Jojo makan dan telan.

Berat badan Jojo pula dah bertambah kira-kira 600 gram - berat terkini 4.4 kg. Saya juga tanya doktor berapa umur Jojo. Hasil membelek giginya, doktor anggarkan umur Jojo sekitar dua hingga tiga tahun.

Alhamdulillah Jojo dah dapat suntikan vaksin pertama. InsyaAllah selepas tiga minggu dah boleh dapatkan suntikan vaksin kedua pula.

Kos dibayar kali ini sebanyak RM35 - termasuk caj vaksin RM29 (harga promosi cuti sekolah). Budak sekolah yang cuti, kucing yang dapat harga promosi ya 😁







26 comments:

  1. Aah.... Pengalaman pertama yg berkesan ya 😄... Saya punya dua anabul usia dua bulan... Lincahnya kebangetan.... Jesi dan Jaka namanya 😁cewek dan cowok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usia dua bulan, ada sepasang, tentu lincah bermain bersama. Menghiburkan 😃

      Delete
  2. Dah lama tak bawa anak anak berbulu kat rumah ni ke klinik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah ni ada sekor je anak bulu, rajinlah melayannya Yan 😄

      Delete
  3. Murahnya RM29 je!
    Sini busuk² pun sekali bawa Tot jumpa doc kena RM50 huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini tak boleh mahal, nanti tak ada orang hantar anak bulu ke klinik pulak 😄

      Delete
  4. Hahahahaha.. Jojo dia kira harga budak sekolah la kot, hihi. Dah 2 - 3 tahun rupanya usia Jojo, semoga Jojo terus membesar kuat dan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jojo tak pernah pergi sekolah, untunglah tetiba dapat harga promo cuti sekolah 🤣

      Terima kasih doa Sk.

      Delete
  5. Eh, oklah harga tu... tempat lain lagi mahal pun ada

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Comel tulah yang buat kita jadi sayang, sanggup keluar duit untuk dia 😁

      Delete
  7. Murah harga, untung Jojo, moga terus sihat dan cergas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan tengah ada promo. Alhamdulillah rezeki Jojo 😀
      Terima kasih doanya.

      Delete
  8. Murah jugak harga vaksin kt sana kak.... kiranya nnti lepas dah setel 2 vaksin tu akak akan mandulkan Jojo ke camne kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Dana. Nanti nak mandulkan lepas vaksin kedua.

      Delete
  9. Zantel ubat cacing untuk manusia pun ada. Untuk haiwan pun dia buat juga rupanya.

    ReplyDelete
  10. Murah betul RM29 kak...kucing pun kos rawatan lebih tingi dari kos rawatan manusia

    ReplyDelete
  11. Hahahahah kucing nih dah dianggab anak kak. Walau berbulu dia 🤣. JD diskaunt cuti sekolah dah dapat juga lah 😄.

    Muraaah loh harga vaksin dan check up hewan di sana. Di sini mahal. Makanya sekali anak2 bulu nih sakit, memang pening maminya dibuat 😅

    ReplyDelete
  12. sian nya Jojo..Alhamdulillah, bertambah comel Jojo..berat dah naik..

    ReplyDelete
  13. Bagaimana perangai Jojo ketika bertemu doktor ya?
    Alhamdulillah rezeki juga dapat diskaun vaksin.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****