CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2024
Jemput baca catatan terdahulu ---> Menikmati Hidangan Malam di Halal Kitchen Restaurant, Nippori
Pagi hari kedua di Tokyo, aktiviti hari ini - lawatan sehari ke Gunung Fuji. Kami memilih untuk berkongsi kenderaan sewa bersama sebuah keluarga dari Malaysia.
Poster iklan di grup Fb : Road To Japan (RTJ). Melalui mesej di Fb, saya dan Encik A mula berhubung untuk berkongsi kenderaan 7 tempat duduk. Encik A bersama ahli keluarganya seramai 5 orang dan kami pula berdua.
Deposit sebanyak 5,000 yen atau RM150 dan baki 50,000 yen dibayar kepada driver cum guide. Jadinya, kadar bayaran seorang kira-kira 7,858 yen.
Pukul 7.50 pagi - selepas mengisi perut dengan roti dan kekacang yang dibawa dari Malaysia, kami keluar di hadapan hotel untuk menunggu kenderaan sewa datang ambil. Mula-mula driver akan ambil keluarga Encik A, kemudian barulah ambil kami.
Suhu ketika ini 10℃. Memang sejuk, tapi kami memilih untuk menunggu di luar bangunan sebab nak memerhati kehidupan pagi masyarakat Jepun.
Aliran trafik di sini tidaklah sibuk, tenang-tenang saja. Kelihatan orang ramai yang rata-rata berpakaian warna hitam berjalan pantas ke arah tujuan masing-masing.
Deretan pokok hiasan di hadapan hotel yang juga menarik perhatian saya - buahnya berwarna merah terang.
Sekumpulan pelajar keluar dari hotel penginapan kami. Entah macam mana boleh pulak tak sejuk kaki mereka ni ya, atas pakai jaket sejuk tapi bawah terdedah.
Selain kumpulan pelajar ni, saya nampak ada juga beberapa orang kanak-kanak (mungkin di usia sekitar 6-8 tahun) yang berjalan bersendirian dengan membawa beg belakang berbentuk seperti kotak. Pemakaian mereka sama - berseluar panjang dan memakai bucket hat. Berani dan pandai mereka berjalan sendirian dan melintasi jalan. Comel je saya tengok.
Untuk makluman, di Jepun sangat menjaga privasi. Kita tak boleh sesuka hati merakam foto individu yang jelas menampakkan wajahnya tanpa izin dan juga berfoto di kawasan persendirian. Ini sepatutnya jadi amalan kita walau di mana jua. (Info lanjut boleh baca Responsible Photography in Japan).
Sebab tu saya agak berhati-hati merakam foto, terutamanya di tempat yang bukan tumpuan pelancong. Foto kumpulan pelajar di atas pula, saya rakam dari belakang dan saya kaburkan mereka - tujuan foto sebagai satu memori dalam catatan musafir saya di Tokyo.
Pukul 9 pagi - ketika ini kami sudah pun berada di dalam kenderaan menuju ke Yamanashi Prefecture. Encik Suami duduk di hadapan sebelah driver - Encik M yang juga orang Malaysia, manakala saya duduk di belakang bersama Encik A dan isterinya Puan L. Masuk je kenderaan, kami terus berbual mesra. Tak rasa kekok walau baru kali pertama bersua muka.
Laluan bertol. Pemandangan di sini biasa saja. Tapi saya tertarik dengan cara pembayaran tol di sini - cuma terdapat dua pilihan laluan iaitu bayar secara manual (tunai atau kad) atau bayar secara automatik (ETC - electronic toll collection).
Kalau di negara kita, kadang boleh tersilap masuk laluan sebab banyak pilihan jenis bayaran. Paling saya kagum - Jepun sebuah negara maju namun masih mengekalkan pilihan bayaran secara manual. Ini sangat memudahkan bagi segelintir masyarakat yang masih mahu membayar secara manual atau kadang kekurangan kredit untuk membayar secara automatik.
Pukul 9.50 pagi - kenderaan kami berhenti di sebuah kawasan rehat di Uenohara City, Yamanashi. Cantik kawasan ini dengan berlatarkan perbukitan warna hijau dan coklat (warna dedaun musim luruh).
Parkir berbumbung untuk OKU. Kami terus menuju ke bangunan yang menempatkan tandas - bangunan di belakang parkir berbumbung ni. Kalau nak membeli makanan boleh pergi ke bangunan di hujung sana. Kami tak ke sana sebab tujuan singgah sini cuma nak ke tandas.
Tempat singki di sini dengan rekaan moden dan sangat bersih, siap letak jambangan bunga segar sebagai penyeri.
Setiap kali masuk tandas di Jepun, saya akan membelek dahulu sebab bukan semua tandas ada washlet (electronic bidet toilet seat). Kalau tak ada, kita gunalah portable bidet atau seumpamanya (perlu bawa sentiasa). Alhamdulillah di sini ada washlet.
Seperkara lagi kena perhatikan juga kadang control panel dan flush button terletak di dinding (rujuk foto di atas). Bolehlah selesaikan urusan dengan tenang bila dah tahu apa nak ditekan. Oh ya, tisu boleh terus masuk lubang tandas dan boleh flush. Tapi tisu yang disediakan dalam tandas sahaja tau, jangan flush tisu sendiri sebab berbeza material tisu.
Pukul 10.25 pagi - Masya Allah teruja kami semua melihat Gunung Fuji buat kali pertama. Gunung yang dilitupi salji memutih di puncaknya ini tersergam indah dan megah di hadapan mata!
Tak puas-puas kami memandang dan memotret dari dalam kenderaan - Gunung Fuji mulanya terlihat di hadapan dan kemudian di sebelah kiri kami.
Pukul 10.35 pagi - Alhamdulillah kami tiba di bandar Fujikawaguchiko setelah menempuh perjalanan selama 2 jam 15 minit dari Tokyo.
Kami menghabiskan masa seharian di sekitar Yamanashi Prefecture ini untuk berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan indah Gunung Fuji. Pergi ke belah mana pun, sentiasa nampak gunung yang tersergam megah ini.
Tempat-tempat yang sempat kami pergi :
- Oishi Park, Fujikawaguchiko.
- Masjid Fujikawaguchiko, Fujikawaguchiko.
- Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida.
- Oshino Hakkai, Oshino.
Walau tak banyak tempat kami sempat pergi sebab pukul 4.30 petang sudah mulai gelap, namun ia memberikan suatu pengalaman yang menarik dan memori indah untuk dikenang. InsyaAllah ada catatan khusus setiap tempat yang kami kunjungi pada entri seterusnya.
Mmg tak jemu tgk Mount Fuji...sempurna sungguh ciptaan Allah...seronok berkelana dgn mereka yg bersahabat walaupun baru pertama kali bersua...kita pun rasa x kekok...
ReplyDeleteAlhamdulillah, hilang rasa berdebar bertukar seronok dapat geng travel yang mesra. Berbual dan bergurau macam dah pernah kenal 😀
Deletecanggih betul toiletnya...
ReplyDeleteSebab tu kena perati dan baca arahan sebelum buat urusan 😅
DeleteGunung Fuji ni mmg wajib dikunjungi ye bila ke Jepun. Byk Sy baca kawan² blogger yg bercuti di Jepun akan ke sini.
ReplyDeleteTak silap Kak Mulan ada tulis, penggunaan cash masih diteruskan esp utk kemudahan warga emasnya.
Tak wajib pergi, kalau memang tak minat nature. Suami saya tak minat nak pergi pun, tapi saya minat. Jadi sampai jugaklah kami ke sini 😀
DeleteBetullah tu sebab Jepun 'negara tua' - tinggi populasi warga tua. Jadi kena ambil kira kemudahan untuk mereka.
Tak sabar nak tunggu gambar gunung fuji nya tu kak... ada gambar yg dekat lg tak kak? Dah biasa kot, tak sejuk kaki mereka tu ye kak, yelah kalau tgk kartun jepun kan budak sekolah rendah dah pergi sekolah naik bas sendiri, beg sekolah mereka pun mahal kan kak yang bentuk 4 segi tu. Dana ada terbaca kat mana entah. Mesti rasa selesa pergi ke sana, sebab bila ke tandas tu ada bidet mudahla bagi kita yg jenis beristinjak dengan air, yelah kan banyak negara yang guna tisu je hehehe.
ReplyDeleteInsyaAllah next entry ada banyak gambar Gunung Fuji yang lebih dekat 😀
DeleteLogik jugak beg 4 segi tu mahal, akak tengok pun bukan macam beg biasa-biasa.
Betul sangat Dana, senang hati sungguhlah akak travel kat sini sebab rata-rata tandasnya ada air untuk bersuci. Tempat duduknya pulak hangat je 😁
waaahhh 4.30 petang dah mula gelap ye? bestnyaaa di Jepun!
ReplyDeleteTapi rugi masa sikitlah untuk kita yang nak berjalan ni. Cepat gelap.
Deletebestnya Jepun kak...cita-cita Pia nak sambung belajar di Jepun,tak sabarnya nak tunggu dia besar nak ikut pergi Jepun hahaa
ReplyDeleteWahh...moga Allah kabulkan hasrat Pia. Sokong sangat nih 👍
DeleteDulu-dulu akak pun ada cita-cita gitu, tapi lepas SPM tak jadi mohon sebab family tak bagi belajar jauh sangat.
2 perkara yg ditakuti bila pergi ke Jepun ialah makanan halal n tandas yg tiada bidet..
ReplyDeleteInsyaAllah ok je bab makan halal, kecuali pergi tempat yang jauh dari lokasi pelancongan kena bawa bekalan sendiri.
DeleteSaya sentiasa bawa portable bidet/botol spray, persediaan kalau jumpa tandas tak ada air.
Cantik, Gunung Fuji, dengan salji di atas.
ReplyDeleteBagus info Ujie tentang toilet, untuk orang macam saya yang tak tahu ni.
Itu jadi panjang entri, hal toilet pun panjang lebar cerita 😅, tujuannya untuk memori sendiri dan info pembaca.
DeleteBersihnya toilet dorang
ReplyDeleteBersih selesa saya guna. Ini antara sebab kenapa saya suka Jepun.
DeleteSamalah dengan tandas di Korea.
ReplyDeleteKena baca dan perhati betul-betul arahan serta simbol yang hendak ditekan.
Paling lucu setelah selesai qada' hajat, rasa berangin pula. Rupanya ada kipas untuk keringkan hihihiiii.
Lagi canggih ni kak Amie, siap ada kipas 😂
DeleteBeberapa kali ke Jepun tapi masih belum ada rezeki nak tgk Mt Fuji ni.. Nak repeat tunggulah anak2 besar dulu.. tak mau bawa the kids 4 org tu hahaha :D
ReplyDeleteWah...Afif dah beberapa kali ke Jepun rupanya!
DeleteCamtu takpelah repeat nanti-nanti tunggu anak-anak besar 😀
Kalau dah bergabung dgn family lain tu mmg best boleh cut cost instead pergi berduakan.. Tak try gigit ke buah tu geram pulak tgk merah dia menyala hahaha :D
ReplyDeleteKalau pergi berdua je, mungkin terpaksa pilih pakej Klook. Rezeki dapat geng untuk share day trip ni.
DeleteKalau try gigit buah tu, tak pasal terpaksa cancel day trip Fuji. Kot buah beracun 😂
Memang best dapat tengok sendiri Mt Fuji. Betul di Jepun tak boleh sesuka hati ambil gambar kan. Mereka jaga privasi. Maghrib awal 4.30pm memang tak dapat jalan banyak. In syaa Allah moga dapat ke sana lagi.
ReplyDeleteAamin, moga ada rezeki kita kembali ke Jepun. Saya teringin nak pergi tempat bersalji pulak 😀
Deletebanyak tak kedai2 kat area RnR tu?
ReplyDeletebla datang jepun hujung tahun tu laa cabarannya kejap sangat dah gelap kan...
Alamak Anies, kami tak pergi bahagian kedai pun 😅. Nak kena cepat gerak ke Fujikawaguchiko.
DeleteBetul, tapi cuaca sedap tak terlampau sejuk, tak panas.
dapat solat tak kat masjid fuji tu?
ReplyDeleteAlhamdulillah kami berhenti solat dan makan kat situ.
DeleteBagus kalau dapat teman utk sharing cost ke sana. Gunung Fuji pastilah JD tempat wisata wajib kalo kita ke Tokyo kan. Dulu saya juga kesna, tp naik kereta api dengan suami dan anak2. Memang sudah saya took notes rute menuju kesana 😄.
ReplyDeleteWaktu itu lihat gunung Fuji dari atas rollercoaster Di themepark Fuji Q. Sempat pula rollercoaster itu berhenti di puncak, mungkin supaya yg naik bisa mengagumi keindahan gunung Fuji, sebelum dibuat histeris terjun ke bawah 🤣🤣
Beruntung sangat saat kakak datang sedang cerah dan mt Fuji terlihat jelas yaa.
Bicara ttg anak2 jepang yg pakaiannya pendek dan tahan dingin di cuaca begitu, selain mereka dah biasa, tapiii saya waktu itu diajarin dengan teman orang Korea, saat winter yg penting sebenernya baju atasan proper. JD ada long jhon atas, baju kemeja dan sweater. Untuk kaki yg penting telapak kaki tertutup. Dan tidak akan merasa dingin. Gloves juga yg penting telapak tangan tertutup. Jarinya terbuka ga masalah.
Dan saya coba Waktu itu. Saya pakai gloves yg bagian jari terbuka. Lalu Krn blm pakai tudung, saya pakai rok selutut, tp sepatu dan kaos kaki thermal. Dan memang di suhu 3 dercel, saya hanya merasa sejuk ringan. Tp tidak menggigil. Krn part tubuh yg terpenting sudah tertutup 😁
Akak pulak yang rasa kecut perut baca cerita naik roller coaster tu 😄
DeleteWah, info bagus berkenaan pakaian musim sejuk. Begitu rupanya, patutlah mereka nampak ok saja pakai skirt musim sejuk 😄
Terima kasih Fanny kongsi info dan pengalaman 👍
Rasanya lagi selesa naik van persendirian. Nasib baik dapat kumpulan keluarga yang ramah.
ReplyDeleteSayapun berharap ada tol tunai juga sebab memudahkan.
Alhamdulillah memang selesa dan lebih santai. Day trip gini kalau naik kenderaan awam, jadi terkejar-kejar nak pergi banyak tempat.
DeleteBetul, buat satu lorong tunai pun cukuplah.
ye SA ada baca dari blog lain jugak tentang privasi tu...suka travel macam ni sebab lebih santai kan kak
ReplyDelete