Catatan hari Sabtu, 4 Januari 2025.
Janji temu saya dengan doktor pakar periodontik adalah pada pukul 3 petang. Dari Pen Mutiara Hotel ke Tria Dental Specialist Centre mengambil masa kira-kira 30 minit. Kali ini kami tak memandu sendiri, tetapi menaiki e-hailing - Grab. Lebih mudah sebab tak perlu memandu sendiri menempuh kesesakan bandar Georgetown dan tak perlu bersusah-payah cari parkir. Cuma perlu berbelanja lebih jelah 😆
PEMANDU GRAB WANITA
Buat kali pertama, kami dapat pemandu Grab seorang wanita. Orangnya peramah, terus memulakan perbualan ketika kami melangkah masuk kenderaan.
Terkejut saya bila tahu umurnya sudah melewati 60 tahun. Hebat! Seorang wanita berusia 60-an mampu jadi pemandu Grab di sebuah bandar yang sibuk dan sesak. Banyak juga hal yang kami bualkan, tapi lebih kepada mendengar kisah beliau. Perbualan yang menarik kerana beliau seorang yang positif melalui kehidupan dan juga seorang yang banyak pengetahuan.
Perbualan kami terhenti apabila tiba di destinasi. Kami bersalaman dan saling mendoakan.
PERIODONTAL THERAPY & PERIODONTAL SPLINT
Kali ini doktor Freeda yang memeriksa dan merawat, sesuai dengan permintaan saya. Dah biasa dengan beliau, saya rasa kurang selesa dan kurang yakin pula bila dirawat oleh doktor lain.
Menurut doktor, gigi dan gusi semuanya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Proses rawatan pun tak begitu lama, cuma berlangsung kira-kira 35 minit. Tetapi, tetap jua terasa lama bagi saya yang ada masanya perlu menahan rasa sakit dan ngilu sepanjang proses rawatan. Hati sentiasa berzikir Rabbi Yassir Wala Tu’assir - Ya Allah, permudahkanlah dan jangan dipersulitkan.
Rawatan kali ini - scaling, ukur gigi dan tukar ikatan gigi (splint) bahagian atas. Kos rawatan kali ini sebanyak RM450. Janji temu seterusnya pada 5 Julai 2025.
Jaga jaga membelek kereta tesla takut tersangkut di hati hihihi... Pemandu grab umur 60 tahun.. hebat nya..
ReplyDeleteTersangkut di hati, tapi tak lepas poket. Camne…😂
DeleteKatanya, isi masa dengan bawa Grab.
comellah pulak tempat letak barangnya
ReplyDeleteSebenarnya tu bahagian depan kereta. Tempat letak barang di belakang lebih luas.
Deletewahh umur 60 bawa grab.. masih sihat kuat lagi ye.. comelnya ontot tesla ni hehe
ReplyDeleteOrangnya pun nampak lebih muda, tak macam 60-an. Memang nampak sihat tegap.
DeleteYang comel tu sebenarnya bahagian depan kereta, bukan belakang. Lain macam kan? 😀
Perasaan lepas dah scaling gigi tu rasa lega betul, rasa suci bersih! Saya pulak kena tunggu bln 3 nnti
ReplyDeleteIya, rasa macam sayang nak guna untuk makan sebab nanti kotor 🤣
DeleteHebatnya Aunty tu 👍🏻
ReplyDeleteSy mmg surrender la kalau jalan busy dan crowded...
Lawa kereta tu, alang² angkat la satu PU :p
Bukan setakat drive, tapi jadi diver Grab tu…memang hebat.
DeleteLawa Tesla sebab design ringkas dan kemas. Kalau ada yang belanja, bolehlah angkat satu 🤭
ehemmm
ReplyDeletenak beli tesla ke tu?
hehehe gurau je
Idok lerr…😆
DeleteKita mampu tengok je.
sama ler kiteeee
Deletemampu tgk gambar je kat sini hahaha
mana tau ade rezeki dapat Tesla kan
ReplyDeletePegang je dulu, ambik ‘berkat’ ya 😄
Deletesemoga sihat2 sentiasa sis...
ReplyDeleteInsyaAllah aamin. Terima kasih Lady.
DeleteKalau cerita pasal dentist, tiba-tiba ngilu terus gigi ni. Aduiii.
ReplyDeleteBaca pun dah seriau ya 😄
DeleteKereta Tesla macan kereta mainan kan, tak ada enjin, heheheh.
ReplyDeleteItulah, dok belek celah mana dia letak enjin? 😄
DeleteSerius la, kete Tesla takde enjin? Wow! Patut harga pun wow. :D
ReplyDeleteOh, temujanji doktor gigi. Seram saya baca.
Tak pasti pasal enjin. Yang pasti, enjinnya tak nampak 😄
Delete